Anda ada masalah nak kaji tapi bukan semua masalah boleh dijadikan RQ yang baik utk satu kajian PhD.
RQ1 - Apakah faktor pemandu melanggar lampu merah?
RQ2 - Apakah faktor murid sukar memahami subjek statistik?
RQ1 akan memberikan anda beberapa faktor yang tidak membawa byk makna sebagai data utk satu kajian apatah lagi kajian PhD.
RQ2 juga akan memberi beberapa faktor dan faktor ini memberi makna untuk kajian bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
Kadang-kadang boleh juga uji dengan 'So what?'.
RQ1, jika pemandu bersikap tidak peduli kepada peraturan lampu merah - so what ?
RQ2, jika murid menyatakan tidak memahami cara penyampaian guru - so what ?
Soalan 'So what?' memberi hint bahawa jawapan yang terjawab mesti mengandungi informasi atau data berguna untuk kajian yg rigorous.
Bagi RQ1, sikap tidak peduli tidak boleh memberi apa2 kepada kajian selain pemandu akan didenda bila melanggar lampu merah.
Bagi RQ2, jika murid tidak faham statistik kerana penyampaian guru, maka satu kaedah / pendekatan perlu dikaji untuk mencadangkan satu pendekatan yang dijangka berpotensi meningkatkan pemahaman murid dalam pengajaran statistik.
Anda buat kajian bukan penguatkuasa undang2...
OT
No comments:
Post a Comment