Ramai yang menulis PS sampai 5, 6 pages pastu dapat komen 'apa masalah yang awak nak kaji ni?'
PS adalah jantung kepada kajian anda, sebab ia menjadi alasan kenapa anda buat kajian.
1. Apa isu yang anda concern dan kepentingannya - 2 para
2. Apa masalah disebalik isu tersebut - 3 para (dgn citation) dan justification
3. Apa saranan anda - 1 para
Semuanya dalam 6 para atau tak lebih 2 pages. PS yang tebal menjela2 akan membenamkan apa masalah yang nak dikaji.
Contoh dummy:
Isu penarikan balik kereta A dari pasaran, yang tersebar dalam mass media. Antara masalah yang dilaporkan adalah kerana pemasangan gear box.
Jadi tuliskan sedikit pasal isu tersebut diikuti dengan masalah yang difokuskan kepada mencari kerosakan gear box (dgn citation). Period !
Kalau ada yang tulis sampai 6, 7, 8 pages masih dikatakan pernyataan masalah anda tak cukup dalam, bermakna bukan PS tu yang bermasalah... tapi anda !
OT
No comments:
Post a Comment