.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 30, 2012

Tajuk 389: Bengkel TATIUC + Empat tips speed-up computer yang slow giler !


Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah melalui blog ini kepada supervisee saya, Widyawati dan Azean serta mantan pelajar research method saya, Rohayu yang telah selesai viva masing-masing. Mereka inilah yang paling kerap berjumpa saya sehingga menjadi akrab. Now masa utk correction.....moga perjalanan anda selepas ini menjanjikan kejayaan yang lebih besar....

Bengkel di TATIUC:
Berakhirlah satu lagi bengkel penulisan tesis melalui kemahiran doc map / navigation pane, Mendeley dll....kali ke2 di TATIUC, Ganu kite. Terima kasih kepada organiser termasuk Sdr Roslan yang membawa saya pegi balik dari Awana ke TATIUC. Sudah pasti kepada Liza @ zeq villa yang memungkin bengkel penulisan ini dijalan. 

Saya minta maaf sebab dalam bengkel tersebut tak sempat ler pulak nak demonstrate Atlas.ti, software qualitative yang saya ingin perkenalkan sebagaimana Mendeley. InsyaAllah, saya dan sifu international Atlas.ti, Ani Munirah akan sama2 popularkan Atlas.ti ini supaya kajian qualitative akan menjadi lebih efisyen...seiring kajian kuantitatif.

Saya turun di airport KT dalam 9.30 pm, sewa kereta dan drive ke Awana, dekat Kemaman…. bersama isteri dan 2 boys yang tidor lena….sampai di Awana tengah malam….hampir masuk pagi... setelah drive 2 jam 30 min merentasi gelap malam. Penat juga rasa badan....

Sengaja sewa kereta kerana saya bercadang utk melawat anak saya, Arif di Uitm KT, sebelum balik ke KL. Wpun sekejap, saya syukur dapat berjumpa Arif kerana saya tahu jauh disudut hatinya sentiasa merindui kasih seorang ibu kandung. Saya tetap seorang ayah, takkan sama kasih seorang ibu kandung yang telah meninggalkan Arif selamanya ketika masih terlalu kecil. 

Spt biasa… saya akan download pic utk kenang2an peserta bengkel…. dan diri sendiri.....
Nine dah 2 tahun.... dah ada seat sendiri.... 2 tahun lamanya juga bengkel ini telah berlansung

Bersiap utk ke TATIUC.....sempat lagi shot pic dalam bilik air !!

Self-portrait: Menunggu Sdr Roslan di lobby Awana

Bersama organiser TATIUC ....  
Nak minta Liza simpankan banner ni buat kenangan !!

Bersedia dengan penuh semangat.... meneroka doc map / nav pane

Dimulai dengan konsep 1file1thesis

copy n paste jer dalam z-draft... as simple as ABC.....

MashaAllah....barulah tersusun dan mudah dibaca... tak delah berserabut otak ana!

Emmm....makin cepat siap proposal makin kurang BLURR....

So teruskan dengan DMIRMIW

CWYR dengan Mendeley.... fuhhh...

Liza (kacamata): 2 jam jers.... dah siap 3 chapters !!

Saat terindah..... 
Search, dropbox, explore...paperless !
Write and write .....speechless !

Hands-on activities..... 7 jam bercakap non-stop !!

Tahniah ada yang datang sejauh UTHM.... moga sukses dalam penulisan tesis

Bengkel dah selesai..... masa untuk bersantai.... nak juga dibelai....
Montessori kata budak2 suka main pasir .......
Betul jugak.... 

Hah.... baru main pasir dah KO.....

Sebelum balik, ke Pantai Batu Burok.....

Adventurous.... susah gok bawok bende ni !!

Arif dan Zuhayr..... 

Kemesraan adik dan abang ....

Empat tips


Saya nak ambil kesempatan utk share 4 tips mempercepatkan komputer yang slow dan terkedu2 macam makan nasi  dengan buah mengkudu. Saya cuma buat tip1 pada desktop saya…. dan to my surprise…. dari terkedu2 macam makan buah mengkudu terus berdesup macam makan nasi  dgn budu...... sampai tok prase gewe lalu.... tamboh nasik slalu !! 

Pendek kata....tadinya 60km/jam ... tup-tup lepas buat jer tip1 terus naik 80 km/jam.... emmm not bad dan perubahan kelajuannya pasti terasa ! Cubalah....

Tips ini nampak simple tapi saya sendiri terlupa nak buat.... asyik scan virus jer...Saya tulis sebab ramai yang mungkin “terlalu sibuk” sehingga terlupa macam saya nak lakukan tips berikut…dan tak perasan komputer tu dah semput..... sama macam tuannya sendiri yang juga semput apabila nak tulis tesis!! 

Tip1- Cleanup
Ini bagi drive komputer anda yang tersimpan berbagai unwanted files, temporary files yang tak digunakan sejak mula anda beli komputer tu. Fail2 ini perlu dibersihkan, termasuk dalam bakul sampah komputer anda.  Lakukan ini sahaja:

All program – Accessories – System tools – Disc cleanup – OK

Tip2 – Uninstall
Buang mana2 program yang dah lama tak guna. Kalau ada games… buang jer. Kalau ada program yang dah lama tak guna macam Adobe Air, Itunes dll… buang jer sebab pc kita nak tulis tesis bukan nak proses lagu… 

Control Panel – Add and Remove Program – Sort by (frequency of use)

Bila sort by frequency use…. mana2 program yang rarely used tu buang jer... jangan sayang2... sayangkan masa yang banyak terbuang jika laptop tu slow memanjang...

Tip3 – Tambah RAM dan Format !
Ini bukan Ramlah RAM tau....Kalau dah lama guna katakan 2 tahun….hari2 laptop tu kena buat kerja siang malam pagi petang….wpun dia tak der perasaan tapi kesianlah kat dia. So pergi jer kedai komputer (atau jumpa teknisyen komputer anda) minta tambah RAM (jika ada slot) dan FORMAT semula. 

Jgn lupa save semua bahan dahulu dalam harddisk (atau dropbox jika cukup capacity nak simpan). Lepas format tu, sure macam pakai laptop baru wpun body laptop tu dan calar balar sana sini… kerana terpaksa bekerja tanpa henti selama ini !!

Tip4 - Beli hok baghu abis citer !
Bagi yang guna netbook yang kecik tu, maybe dah boleh fikirkan utk beli laptop yang normal dan powerful. Juga bagi yang dah guna laptop terlalu lama, sejak first year sampai la ni....keyboard pun dah tak nampak huruf... dah sampailah masanya ganti yang baru. Kalau dah kecik macam netbook, susah nak baca baca dan buat kerja2 penulisan akan menjadi leceh....melainlah anda ada megalophobia, takut pada benda2 besar!! Laptop yang terlalu lama pulak mempunyai risiko yang tinggi utk alami macam2 masalah dipertengahan jalan. Beli hok baghu, pastikan antivirus uptodate.... then fokus kpd penulisan....


OT

Tuesday, September 25, 2012

Tajuk 388: Proceeding 2012 - Education dan Educational Psychology !

Bro, ko tahu tak pipet tu amende? 

Emmm… cam pernah dengar jer… amende tu? 

Pipet tu yang diguna dalam lab kimia atau bio…utk masukkan sejumlah isipadu larutan… 

O….. ingat2…..apsallak bro…. tetiba jer tanya pasal pipet tu? 

Aku teringat masa aku dulu guna pipet (atau ejaan omputihnya pipette) nak buat research chemistry final year, beratus2 kali kena pipet sampai melecuh tangan aku bro… lengoh sana sini…dan berminggu2 nak siapkan experimen aku…. sampai tido dan makan dalam lab bro….tapi la ni… dah ada pipet electronic dgn btk yang ergonomic… berdesup2 boleh pipet dan siap sekelip mata jer !! Kerja2 lab yang dulu 2, 3 bulan baru siap… now boleh buat 2, 3 hari jer ….dah jadi jauh lebih sempoi bro… 

Apa kena mengena pipet tu dengan aku lak? Confused le pulak aku? 

Memang le tak de kena mengena…..Ko tak guna pipet…. Ko buat research dan tulis thesis guna laptop jer. Jadi aku cuma nak pesan, pastikan laptop ko tu tiptop… sebabnya dalam bengkel aku yang lepas2, ada sahaja peserta yang tersangkut sana dan sini bila nak download Mendeley, SPSS atau Atlas.ti. Kerja2 yang patutnya siap 30 minit dan berlarutan berminggu2… dan dalam bengkel aku termenung jer lah sebab laptop dah tak leh guna....bateri kong.... adapter rosaklah... macam2.. 

Ingat tak aku pernah cadangkan beli ultrabook? 

Ingat…

Jika ultrabook agak mahal…. Aku nak cadangkan ko survey jer laptop yang nipis seperti Acer Aspire S3, dan dgn harganya sekitar RM2000 (harga ikut specification). Acer ini sebijik ala2 ultrabook... ringan dan nipis...tapi kalau budget ko banyak.. belilah apa2pun ultrabook... Toshiba, Samsung malah Acer Ultrabook !!

Tunggu jab bro… kenapa tajuk ko proceeding 2012… then ko citer pasal pipet then lap top… ?

Tu mudaqqimah jer… memanglah aku nak bagi tau pasal proceeding 2012. Aku nak kongsi satu buku abstract 2012 dgn pembaca blog akulah. Ini adalah abstract bagi satu conference yang belum pun bermula…iaitu 9 - 12 oct 2012. Aku nak share, bagi pembaca blog yang berada dalam bidang berikut:

Assessment and Evaluation; Teacher Education; Guidance and Counseling Psychology; Educational Psychology; Adolescent Growth and Development; Learning Theories; Effective Teaching Practices; Second Language Teaching; Leadership and Collaborative Policy; Adult and Continuing Education; Higher Education; Quality Assurance/Institutional Effectiveness; Special Education; Education and Technology; ICT; Distance Learning; Psychology..etc

Apa istimewanya buku abstrak tu bro? 

Itu abstrak kajian paling latest tahun 2012 dalam education dan educational psychology. Kalau ko nak tahu tajuk yang masih PANAZZZ.... bolehlah lihat buku ni utk mendapat idea fokus kajian yang ko ingin terokai. Bukan itu sahaja, byk kajian dalam abstrak ini dibuat dalam context sesebuah negara spt tajuk berikut dan boleh ko sesuaikan dalam contact Malaysia pula… malah ada beratus abstrak yang lain !! 

Berikut adalah beberapa tajuk abstrak dari ratusan tajuk dalam buku abstract tersebut ...

AN ANALYSIS OF TEACHERS’ SENSE OF EFFICACY SCALE WITHIN THE MALAYSIAN CONTEXT

NEW SKİLLS İN ADULT EDUCATİON AND TRAİNİNG: THE FİELD OF MEDİATİON İN PORTUGAL AND FRANCE

COMPARİSON OF THE EFFECT OF THREE METHODS OF CREATİVİTY DEVELOPMENT İN ELEMENTARY STUDENTS İN TEHRAN CİTY

THE COGNITIVE LEVEL OF THAI SECONDARY

STUDENTS ALGERIAN ADULT’S ATTITUDES ENGAGED IN AN ONGOING TRAINING TOWARDS CONTINUING EDUCATION

THE RELATIONSHIP BETWEEN METACOGNITION AND THEORY OF MIND : RESULTS ON EGYPTIAN

PRESCHOOLERS A DESCRIPTIVE STUDY OF EMOTIONAL INTELLIGENCE AND ACADEMIC PERFORMANCE OF MBBS STUDENTS (INDIA)

FACILITATING COGNITIVE PRESENCE IN AN ONLINE DISCUSSION FORUM: ANALYSIS OF PARTICIPANTS’ POSTS (MALAYSIA)

PROBLEM SOLVING AND PROBLEM POSING SKILLS OF STUDENT MATHEMATICS TEACHERS ABOUT THE ‘SETS’ SUBJECT (TURKEY)

AN ANALYSIS OF TEACHERS’ SENSE OF EFFICACY SCALE WITHIN THE MALAYSIAN CONTEXT GENDER

DIFFERENCES IN READING HABITS AMONG BOYS AND GIRLS OF BASIC SCHOOL IN ESTONIA

Mudah2an abstrak ini dapat membantu anda yang baru melayari dunia penyelidikan....

Mana buku abstrak tu bro? 

Ada...ko download buku abstrak lengkap dan ambil sedikit masa meneliti abstrak2 tersebut dgn klik link berikut...

SILA KLIK INI

Moga berjaya...

OT

Saturday, September 22, 2012

Bengkel USM Kubang Krian, Kota Bharu


Berakhir satu lagi bengkel bagi zon Pantai Timur yang berlansung di hadapan bangunan Perpustakaan Tun Hamdan, USM, Kampus Kesihatan, Kubang Krian. Terima kasih kepada Nur Abdullah dan Ira dan 2 lagi kawan mereka (tok ingak doh namo) yang mengaturkan bengkel sehingga membawa saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di kampus USM ini.

Mulanya terkejut kerana ada “Dato” dan “Peguam” yang hadir sebagai calo PhD, namun suasana  ceria dan saya sempat berkenalan dengan mereka semasa coffee break.  Saya juga terkesima kerana ada perserta yang datang sejauh Johor Baharu, selain dari IPTA berhampiran seperti UiTM, UMK, politeknik dll yg IPTA saya tak tahu....Paling mengujakan apabila kali ini terdapat ramai peserta yang baru mendaftar, termasuklah dari UKM..... dan seorang peserta dari Monash Univeristy, Australia….

Semua nya datang dengan satu tujuan, memulakan penulisan tesis dengan langkah yang betul dan yakin dengan pemahaman dalam bidang masing2  secara lebih mendalam melalui Literature Search, Mendeley dan Z-draft. Saya hanya memberi jala, mereka lah yang akan menebarkannya dalam bidang masing2!!

Semoga berjaya…..

Thesis dan Laptop ibarat aur dan tebing.... so biarlah laptop tu betul2 TIPTOP !!

Bengkel hands-on yang santai.... tulis jgn tak tulis

Generasi muda yang bakal menjadi penyelidik berjaya

Peserta yang hadir.....bertanda "O" tulah penganjur....

Pendaftaran.... 

Bengkel diadakan dibilik bengkel dihadapan perpustakaan Hamdan Tahir

Menimba ilmu tak kira usia.... dan latar belakang

Mendalami bidang kajian masing2 dgn z-draft

Menjadi calon Master dan PhD..... saat terindah dalam hidup !

Ada yang guna double laptop.... memang mantop !!

Dari guna MS WORD secara "mak cik2" .. now dah naik boleh guna secara "professional".... barulah tugas menulis berdesup !!

Ramai yang terkesima apabila pertama kali berkenalan dgn Mendeley....

RFOT ... mahirkan diri jangan malu2....

Dgn konsep DMIRMIW.....kini peserta boleh lebih fokus  melaksanakan tanggungjawab keluarga, pekerja dan pelajar sekali gus !!

Thursday, September 20, 2012

Tajuk 387 - Mudahnya survey on-line: monyetpun boleh buat!

Salam bro, esok aku akan ke USM Kubang Kerian... first time gi sana tau...

Wokey... selamat berangkat.... cek mek molek klate tu cun2 blako...

Tak dok apo tu.... kawe biaso doh ...

So mende citer pasal monyet ni?

Adalah aku nak share, tentang research, kebetulan ada yang tanya pasal survey on-line.

So salah satu survey yang mantap dan sempoi adalah www.surveymonkey.com. Apsal diorang namakan monkey tu aku tak tahu.... maybe terlalu senang nak buat survey kot... sampai monyet pun boleh buat.... aku agak jer !


Salah satu template yang boleh dipilih. 

Ko boleh pilih option kedua, RM49 sebulan dgn 1000 respondents. Jika ko terpaksa tunggu 2 bulan bagi responden ko jawab..... ko bayar RM98 jer... then tunggu jer data ko masuk. Lepas sebulan ko remind lagi. Bayangkan kalau ko nak pos, print, letak stem, telefon dll..... ponek den !!



Perkembangan survey yang boleh di monitor

Contoh dapatan deskriptif yang mudah dari survey


Ko dah cuba ker bro?

Aku explore dah...., tapi student master aku buat on-line survey kepada semua pensyarah IPTA guna surveymonkey... sangat sempoi, dari bina questionnaire, hantar email, dapat respon sehinggalah ke dapatan atau score yang ko dapat... semua berlaku in real-time. Lagipun sangat murah dan mudah, asalkan ko tahu alamat email respondent ko, siap boleh remind sapa2 yang tak respon lagi !

Aku dah explore, hampir semua bentuk questionaire termasuk yang open ended boleh dibuat dengan mudah, dalam BM atau BI. Jadi kenapa tidak mencuba survey online jika sesuai dengan kajian ko.  

Bayangkan ko ada hantar 500 servey on-line, 100 kepada setiap kluster sampel ko. Ko boleh trace bilangan responden yang jawab dari setiap kluster dan ko boleh hantar reminder. Paling best, ko tak payah nak key-in data ko dalam excel, sebab semuanya akan dihantar kepada ko....

Jika ko tak guna utk research kali ini, maybe akan datang sapa tahu? 

Ada lagi ker yang seumpama surveymonkey?

Ko boleh juga guna google doc, tapi aku tak pernah cuba. Aku dimaklumkan melalui email ada satu lagi iaitu survey gizmo. Baguslah jika ada pilihan. Survey gizmo spt yang diberitahu kepada aku boleh terus convert data dalam SPSS. Oleh kerana dah ada survey online yang "free" dan memenuhi keperluan research, samada suveymonkey mahupun survey gizmo, mengapa tidak dimanfaatkan. 

Contoh suvey menggunakan google docs...

So selamat mencuba....

OT

Tuesday, September 18, 2012

Kamera antik yang dah pupus ...

Berehat sebentar dari tajuk research.... saya abadikan koleksi kamera antik saya yang tak ternilai..... sebab bukan sahaja unik tetapi dah tidak ada dipasaran... khususnya Jenama KODAK. Dan ada yang berusia lebih 100 tahun. Koleksi kamera saya ini adalah buatan US, England, France dan Swiss.

Saya bukan pengumpul tegar, sekadar membelinya jika harga murah dan secara kebetulan jer. Saya jadikan ini hobi semasa menyiapkan tesis saya di Adelaide, selain dari crabbing, apple picking dll. Maksudnya, hobi jgn di tinggalkan wpun sedang buat tesis !! Malah hobi ni bermula semasa buat tesis.... inilah saat terindah dalam hidup...

Kebanyakkan kamera saya beli di Australia dan England dgn harga beberapa dollar. Saya tak beli di kedai antique... mahal wooo. Ada yang dibeli di garage sale dan kaki lima....Saya juga ada kipas dan telefon antique... boleh "sewa" kalau nak jadikan prop filem 60an..

Saya belum ada masa nak buat research setiap satunya wpun saya tahu ada maklumat terperinci online...



Ini bukan kamera. 
Ini radio Phillips zaman 50an.... dgn casing kulit lembu.. dah masuk kategori antique.. bolehlah pinjam kalau nak buat  filem 60an... 


Barisan kamera KODAK 50an dan 60an.... zaman AGOGO


Close-up.... paling canggih tahun 60an, dibuat di England


Yang ini tahun 1950an

Close-up KODAK pandang atas.... dimiliki golongan bangsawan jer.... tahun 30an


Pandangan sisi  kamera yang dipanggil "Folder Camera"


Ini jenama AGFA.... saing KODAK masa itu... 
Dihasilkan tahun 1935 dengan harga 13.50 pound


Kodak Retina mula dihasilkan tahun 1939


Kodak Retina dari sisi atas


Kamera instant ni KODAK ni dah jadi antik dan tak dikeluarkan lagi kerana kalah persaingan dengan POLAROID ketika itu


Lima generasi kamera KODAK BROWNIE dalam koleksi saya. Kamera kotak ini mula dihasilkan tahun 1900 di US dengan harga US1.00 sahaja.




Ini versi yang lebih maju......zaman tu lah !


Kamera Ful-Vue tahun 1939 buatan England dinamakan ENSIGN.... juga menggunakan pandangan atas utk melihat imej yang saya beli beberapa dollar sahaja !  

Saya memegang "Baby Cine Camera" buatan France 1923 !!  Fokus kamera adalah dgn melihat bingkai besi di atas kamera. Kamera inilah yang ambil photo dan video Second World War yang ditayangkan di Channel Discovery ASTRO

Baby Brownie generasi tahun 1934, dihasilkan di US dan UK. Fokus kamera dilakukan dgn melihat menerusi dua keping besi di atas kamera.


Satu2nya koleksi yang saya beli di Malaysia. Model Cine KODAK ni secara kebetulan dijual di kali 5 Pasar Payang, K. Trengganu. Saya beli dengan harga RM70. Kamera ni dihasilkan tahun 1932 


Ini adalah camera  video keluaran Swiss...sejak tahun 30an. Saya tak ingat dari mana saya dapatkan model ini dalam koleksi saya.

Yashica, jenis kamera pertama yang saya miliki semasa di kampus dulu.... saya beli di Singapore dgn duit biasiswa ( he he) dgn harga RM175.... nostalgic !! Masa tu Singapore adalah syurga beli belah....Inilah kamera yang merakamkan perjalanan saya mendaki Gunung Kinabalu dan aktiviti dikampus tahun 1982 - 1986 (kamera kecil disebelah tu adalah lighter !!)
Kamera guna DISC Kodak yang juga dikeluarkan sekejap kerana tak berjaya menggantikan film KODAK dan kamera ini adalah antara generasi terakhir pengeluaran kamera jenama KODAK. Kini gergasi kamera dimiliki oleh Canon dan Nikon.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...