.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1674 : Bacalah ratusan artikel #1



Salahfaham turun temurun yg perlu diperbetulkan.


Dulu aku mula2 dengar PG kena baca dulu 30 artikel.. pastu naik 100... ada yang kata 300 dan tadi aku dengar lagi baca dulu 200 artikel. Ada satu statement kena baca 500 - 1000 baru jadi PG yang solid? Apa benda semua ni?


Mestilah kena baca bro... sebab nak familiarkan dengan apa yang bakal dikaji, dan tahu apa yang belum dikaji. Kalau tak baca ratusan artikel, mana nak tahu? Ingat ini apa - PhD lah !


Cenia lah...


1. Buat PhD adalah perkara baru bagi PG, sebab itulah pertama kali (dan yang terakhir) PG tu buat PhD.


2. Bukan sahaja pertama kali PG buat PhD, bidang yang nak dikajipun adalah yang pertama kali dia cuba kaji. Kalau dah banyak kali itu bukan PhD... itu McD.


3. Nak mulakan dengan baca ratusan artikel? Ketahuilah sayangku... artikel ditulis oleh scholar utk scholar dan disemak oleh scholar dalam dunia scholar. Lagi tinggi maqam artikel lagi khusus dan mendalam kajian yang ditulis. Artikel bukan ditulis utk novis apatah lagi utk orang awam... malah policy2 makerspun tak selak journal. PG yang novis pun kalau baca 300 artikel takkan menambah kefahaman.. tapi kepeningan.


4. Maka... tradisi membaca dulu awal-awal 100, 200, 300 artikel adalah insane, tak masuk aqal. Artikel yang ditulis oleh scholar dan expert ini jika tak difahami oleh PG yang novis, hanya membuang masa.. buang elektrik, buang motivasi dan buang tebiat..


Jadi?

5. Mulakan dulu dgn bacaan2 ringan semasa dalam bidang kajian, buku2 terbaharu, isu-isu semasa, ambil peluang bertemu pakar, experienced personal, berbincang utk mendapat satu fokus awal apa yang nak dikaji. Selepas lakukan ini, dalam pendidikan misalnya, muncul perkara / keywords yang relatively baru spt computational thinking, EDM, social media in informal learning, STEM integretive, innovation, robotics etc. Selepas ini, barulah difokuskan kepada pencarian BEBERAPA artikel terbaik utk memulakan proses review. Jadikan pencarian anda bermula dgn keyword2 ini. Pencarian inipun kena tahu strateginya, bukan main google je.


6. Usahakan mendapat BEBERAPA artikel high impact dengan pertinent authors (jika boleh) dalam journal yang juga specific. Dari BEBERAPA artikel ini, katakan 10, mulakan snowball utk mendapat jaringan artikel yang berkait rapat, termasuk sumber buku, handbook, document dari mana2 badan spt NSTA (National Science Teaching Association, US - yang banyak bincang isu semasa dalam pendidikan).


7. Langkah #6 diperlukan utk mula mendapatkan pembacaan dari bahan yang lebih asas spt buku yang menjelaskan apa yang diutarakan dalam artikel. Jika artikel mengkaji computational thinking, maka PG perlu tahu dahulu maksud, ciri, theory dan kepentingan computational thinking dari buku2 terkini, yang tidak dibincangkan secara mendalam dalam artikel, sebab artikel fokus kepada analisis data dan dapatan kajian.


8. Langkah #7 juga akan memberi isyarat, method kajian dan analisis data yang perlu didalami dari buku2 atau dgn menghadiri bengkel yang berkaitan.. sebab tidak dijelaskanpun dalam artikel. Anda takkan faham kenapa nak guna smart-PLS dan bagaimana nak gunakannya dgn baca artikel wpun seribu - faham tak ni?


9. Setelah menguasai asas ini, membuat pembacaan dari buku, berbengkel, barulah dapatkan tajuk dan perkembangkan pembacaan dari pencarian artikel-artikel lain yang releven sepanjang pengajian anda. Akhirnya nanti, selepas 3 tahun, PG perlukan bacaan sehingga 300 bahan, termasuk artikel, tetapi bukan di awal2 sebaik shj selepas mendaftar !


10. Ketahuilah sayangku... aspek yang nak dikaji adalah sesuatu yang BELUM diketahui oleh scholar (dan sudah pasti PG juga xtahu), maka kombinasi keyword diatas boleh sahaja menghasilkan sesuatu yang novel. Misalnya, 'Robotic / Computational thinking as a strategy for STEM intergretive learning in an innovation environment ' tanpa perlu baca ratusan artikelpun.


Share dgn kawan2 yg sedang menghabiskan 100, 200 atau 300 artikel.


Sayang kamu.... ❤️


OT





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...