.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1622 : Ketahui analisis data seawal mungkin - rahsia GOT !

Status panjang ini akan menjawab satu soalan, kenapa PG sentiasa dalam kebingungan wpun mereka bukan bingong.


1. ROT adalah satu outline, kerangka ringkas yang anda boleh drafkan dulu utk melihat aspek utama spt problem, RQ dan kaitannya dengan analisis data. Fikirkan sepintas lalu tajuk dari satu isu / masalah yang menarik minat anda utk mula lengkapkan ROT


2. Nak lakukan ini, bukan dgn ikuti kelas Research Methodology, tetapi dgn mula membaca artikel yang ada bau-bau harumanis dgn tajuk kajian anda.


3. Kalau tajuk yang sama dalam artikel menggunakan katakan interview dan document analysis misalnya, ada kemungkinan besar kajian anda pun akan gunakan analisis data yang sama


4. Maka, sebelum anda pergi lebih jauh, anda perlu menguasai analisis data interview dan document analysis WALAUPUN anda baru di minggu 3 Semester 1. Anda perlu cari bengkel analisis data kualitatif dgn mempelajari perisian ATLAS.ti untuk tujuan ini, bukannya mengharapkan kelas Research Methodology.


5, Kenapa? Ini bagi membolehkan anda mengetahui bentuk data yang sesuai di analisis (transcript, document, video dll) dalam kajian anda. Natijahnya, anda boleh jangkakan data yang sesuai dengan kajian anda maka anda boleh disesuaikan pula dengan RQ anda.


6. Proses di atas adalah proses mengenalpasti analisis data secara ringkas dahulu bagi membolehkan anda mengetahui dan mengikuti bengkel yang sesuai.


7. Dalam hal yang sama, jika anda perlukan analisis data dgn SEM-AMOS, maka pemahaman mengenadalikan analisis ini akan membantu anda secara lebih baik akan bentuk instrumen, skala serta responden yang sesuai. Maka, anda boleh buat adjustment kepada RQ anda dalam ROT,


8. Proses di atas andalah proses BACKWARD bagi memastikan anda telah meletakkan objektif, RQ dan instrument yang sesuai dgn analisis data yang bakal anda lakukan.


9. Jika anda boleh lakukan ini, otak anda akan lebih jelas apa yang bakal anda lakukan dalam kajian anda, tak adalah terus-terusan bingong.


10. Kalau dah Sem 5, proposal dah tebal gedabak... tapi TAK TAHU cara analisis data, anda hanya menempak masalah.. cayolah cakap den.


OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...