.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1664 : Self-Proclaimed sebagai Pakar?



1. Ramai yang tanpa rasa apa-apa 'self-proclaimed' sebagai Pakar Motivasi, Pakar Psikologi, Pakar FB, Pakar Proposal, Pakar Cup Cake, Pakar Hp, Pakar Aircondition, Pakar Hartanah, Pakar Online Business, Pakar Cari Gap dll. Paling menarik bila ada Dr. dihadapan nama, maka lebih mudah nak 'self-proclaimed' pelbagai pakar.


2. Self-proclaimed adalah penglabelan diri sendiri utk diri sendiri dengan tujuan yang pelbagai, mostly utk mendapat perhatian, menaikkan self-esteem, dan banyak digunakan untuk mendapat keuntungan diri.


Pakar adalah mereka yang ada 2 ciri

a. Qualification tertinggi dalam bidang yang khusus. Misalnya Prof Khoo Kay Kim, yang disebut sebagai Pakar Sejarah. Itupun beliau tidak menulis atau mengangkat diri sendiri apatah lagi menulis dgn gelaran 'Prof. KKK Pakar Sejarah'.


b. Mendapat pengiktirafan tertinggi seperti Prof Dr. Jomo Kwame Sundaram, termasuk anugerah Tokoh Akademik Negara, selain memang beliau berkelayakkan dalam ekonomi. Itupun beliau tidak menulis secara Proclaimed sebagai 'Prof. Jomo, Pakar Ekonomi Negara'.


c. Yg lain spt practitioners boleh dipanggil pakar jika ada proven track record atau pengikhtirafan pihak lain spt Pakar Badminton negara Dato LCW. Klu takat kawan satu geng yg panggil pakar ... jauh panggang dari api lah.


3. Sementelahan itu ramai juga yang keluar TV lalu disebut sebagai pakar oleh pengacara seperti Pakar Kanak-Kanak, Pakar Sakit Puan kepada medical doktor yang dijemput ke studio. Ini bukan proclaimed tapi satu penghormatan atas kelayakkan mereka.


4. Paling terharu, bukan sahaja proclaimed diri sendiri sebagai pakar yang bukan bidang yang didakwa, mengelirukan malah lansung tak ada kena mengenapun, lalu menggunakan tagline yang tawadduk-tawadduk....


5. Contohnya dapat PhD dalam kaunseling, ikut kursus hartanah 3 hari, lalu buat namecard sebagai Pakar Hartanah dgn tagline.. 'Dipercayai.. Benar lagi Sohih'.


6. Masa jadi PG dulu, semua perlukan justifikasi, support dan evidence, sehingga fakta statistikpun perlu ditafsir dalam batasnya... termasuk dalam pemilihan PAKAR utk validation.


7. Tak sapa akan ambil Pakar Motivasi yang kita kenali utk validate instrumen kerana itu bukan bidang kepakaran beliau. Tetapi bila kita dah graduated, kita plak yang proclaimed pakar itu dan ini yang bukan bidang pengajian kita dahulu.


8. Semakin ramai yang dah ada PhD... ada Dr. dihadapan nama, macam2 proclaimed boleh wujud yang membawa kepada 'overclaming' - maklumat dan pengalaman sendiri didakwa dan dijadikan sebagai satu fakta !


Wallahualam.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...