.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1681 : Kenapa menangis sayang...
1. Aku terkejut, membaca message yang dia sedang mengambil KTM utk datang ke UPM. Sebaik sampai di stesen KTM Serdang.. dia ambil Grab terus ke bilik kecil ku.
2. Dia mula bercerita... jelas walaupun perlahan dan sayu. Aku mendengar dgn setia.. suaranya yang perlahan tiba-tiba tersekat-sekat, dia menangis.
3. Dia kini berada dihujung semester akhir, ada banyak isu yang belum selesai. Dia tersekat di beberapa bahagian, utk menjadikan kajiannya berasaskan mathematik dari genre biomechanics dan tersekat utk menganalisis data intervensi kerana sampel yang sedikit serta data EEG yang sukar dianalisis dalam kajian beliau.
4. Kenapa dah hujung semester 6 masih tersekat? Data yang ada seperti gagal menepati tujuan kajian. Bukankah hala tuju kajian sepatut selesai pada minggu2 awal pengajian dgn RQ yang jelas? Soalan ini bermain diminda ku. Namun, lebih baik berbincang dari membuat pelbagai andaian... kerana setiap insan ada masalah tersendiri dan kelemahan diri.
5. Setelah melihat beberapa artikel yang dia bawa, maka akupun mencadangkan aspek yang mengubah tajuk kajian asal beliau kepada tajuk baru. Ini tajuk yang aku berikan kepada beliau:
EXPLORASI AKTIVITI OTAK DAN PERMODELAN UJIAN KOGNITIF KESAN STROOP DAN MASA TINDAKBALAS DARI AKTIVTI MEMANAH
6. Aku tahu dan dapat rasakan satu kelegaan dari lirik matanya yang dia lega seperti terlerai satu simpulan yang menyekat mindanya untuk berfikir sekian lama.
7. Tajuk ini tentu asing bagi ramai PG, tetapi inilah tajuk yang dicari2 selama ini oleh beliau. Tajuk inilah yang tidak muncul-muncul sekian lama hingga dia hilang arah bila diajukan pelbagai persoalan kenapa dan untuk apa..
8. Dengan tajuk ini maka data yang diperolehi boleh di sesuaikan utk membina satu model matematik dari skor ujian yang dijalankan dengan keperluan bidang biomechanics beliau.
9. Lama juga aku termenung sebaik sahaja beliau beredar... banyak perkara baru yang aku sendiri pelajari... sesuatu yang aku sendiri tidak pernah terfikirkan... tetap ada jalan penyelesaian.
10. Terima kasih kerana datang dan memberikan aku peluang .....
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment