.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1676 : FENOMENA PELIK TAKUT RAIKAN MURID CEMERLANG
Aku up 10 respon aku terhadap satu tulisan dlm akhbar KOSMO (tahun lepas)... bagi menyusuri mind set pengarang artikel tersebut yg boleh saja mewakili mind set ibubapa produk sistem pendidikan di Msia..
Ini antara tulisan dalam tajuk di atas yg aku cnp dan bagi respon..
Petikan:
Pada penulis, tidak ada salahnya. Hidup ini, kalau banyak berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara, maka segala-gala yang dibuat akan menjadi salah.
Respon aku:
1. Siapa berfikiran negatif? Pendidikan bukan 'competition' utk lihat siapa banyak dapat A lalu perlu diraikan. Ini pemikiran 'old school' yang membataskan maksud rai dengan acara pentas-pentasan.
Petikan:
Dengan tidak meraikan pelajar cemerlang ini, kita sebenarnya menutup jalan, emosi dan rasional ibu bapa lain serta anak-anak untuk mendapat rangsangan supaya mereka turut sama menyertai usaha bagi mencapai kecemerlangan.
Respon aku:
2. Ransangan apa? Adakah anak-anak 4A kurang terangsang berbanding anak-anak 6A dan anak-anak 6D ibubapa mereka lepas tangan? Kenapa sempit sangat istilah 'rai' yg masih tertumpu kepada acara naik pentas diikuti dengan tepuk tangan beramai-ramai sehingga ia boleh menutup emosi anak-anak dan ibubapa?
Petikan:
Kadangkala penulis tidak faham. Kenapa acara meraikan pelajar cemerlang ini pun disakiti? Penulis tertanya-tanya mengapa isu mudah itu perlu dilihat dengan begitu amat kompleks. Pernahkah ada murid sekolah yang bunuh diri ketika mereka melihat pelajar cemerlang naik ke atas pentas untuk diraikan seketika?"
Respon aku:
3. Kenapa penulis anggap ada yang disakiti. Siapa yang sakiti siapa? Anak-anak yang baru pada tahap sekolah rendah ini masih suci untuk berfikir sehingga membunuh diri seperti imiginasi liar dan extreme penulis.
Petikan:
Atau kita ini termasuklah dalam kategori mereka yang tidak sanggup melihat anak orang lain cemerlang sebab anak kita tidak cemerlang?"
Respon aku:
4. Jiwa ibubapa yang cemerlang tidak memerlukan anak-anak mereka diraikan dalam pengertian sempit naik pentas malah sentiasa bersifat empati dan simpati. Mereka yang memahami erti pendidikan akan berjiwa besar.
Petikan:
Kalau begitulah yang difikirkan, betullah sistem pendidikan di negara ini membosankan budak-budak pintar.
Respon aku:
5. Kalau budak-budak pintar bosan, bagaimana dengan kurang pintar, yang bermasalah pembelajaran, disleksia, autism, hyperactive, pemulihan atau anak-anak dari latar belakang 'disadvantages' dan 'at-risk' ? Tak sangka pulak anak-anak pintar yang dikaitkan dengan A ini bosan kerana tidak diraikan di atas pentas seperti yang difahami oleh penulis. Aku pulak bosan membaca tulisan dgn mind set yg tidakpun dianuti di negara maju yang masih melihat kecemerlangan dengan banyaknya deretan A.
6. Orang dewasa, tidak tahu apa yang mereka fikirkan, mula mencemarkan jiwa anak-anak ini dengan sogokan A sedang dalam masa yang sama mereka juga merengek anak-anak Malaysia tidak kritis, tidak inovatif, pasif dan ulat buku hanya utk exam. Budaya mbaca out !
7. Mengapa orang dewasa tidak sedar wujudnya pada anak-anak yang masih rebung ini bibit-bibit mental disorder, stressed, memberontak, anxiety, narcissism, selfish, bully, depression, decline of empathy sebaik sahaja mereka berada dalam sistem pendidikan. Orang dewasa telah menjadikan dunia pendidikan bukan untuk kanak-kanak. Apa sebenarnya yang kita ingin capai?
8. Kita gagal menyediakan asas pendidikan yang holistik sejak 60 tahun dulu walaupun pelbagai istilah cemerlang - Hari Cemerlang, Sekolah Cemerlang, Guru Cemerlang, Murid Cemerlang dan lain-lain. Kita berada di kuartil terbawah diperingkat antarabangsa. Ini juga bukan telahan, ini perangkaan.
9. Kita jauh ketinggalan dari aspek nilai berbanding Jepun yang dulunya hancur berperang dan juga tewas dengan Finland dari aspek akademik dengan sistem sekolah play-based yang hampir tiada homework , tiada peperiksaan sekolah rendah dan menengah rendah, tiada acara naik pentas untuk murid 'cemerlang' tiada sekolah cemerlang lalu menjadikan sekolah syurga anak-anak bermain, berkolaboratif, berfikir kreatif dan bersedia meneruskan pendidikan ketahap menengah yang lebih kompetitif.
10. Dinegara maju yg dihargai sejak play school adalah bakat.. sikap positif.. kesungguhan dan potensi masing2 murid yg unik.. bukan gred apatah lagi siap tempah PLAKAD yg kini di buat pulak dlm. majlis TERTUTUP ...yg kemudian di upload secara TERBUKA dlm social media pula... sbb hati meruntun nk tunjuk juga byknya As...
Sayang kamu 💋
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment