.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1663 : Siri Penerbitan Scopus-ISI #2
Kesalahan Awal Penerbitan Artikel
Ketahui ini terlebih dahulu sayang..
1. Bolehkah hantar artikel lebih dari satu penerbit ?
Menghantar salinan beberapa manuskrip artikel yang sama serentak kepada beberapa penerbit adalah menyalahi etika. Penerbit tidak akan mempertimbangkan mana-mana artikel yang sedang dalam pertimbangan penerbit lain. Malah banyak penerbit memerlukan jaminan bertulis bahawa artikel yang dihantar dalam masa yang sama tidak dihantar kepada penerbit lain atau yang sedang dalam pertimbangan penerbit lain.
Terdapat dua alasan iaitu:
a. Tindakan ini hanya akan menyusahkan pihak editor penerbit yang membuat semakan dan menghantarnya untuk semakan pakar serta membuang masa kerana akhirnya penyelidik hanya akan memilih satu penerbit sahaja.
b. Jika ini dibenarkan berlaku, semua penyelidik akan membuat perkara yang sama, malah akan menghantar kepada beberapa penerbit, dan ada kemungkinan penerbit menerima banyak artikel yang di semak tetapi kemudiannya tidak semua penyelidik mahu menerbitkan artikel mereka.
2. Pemalsuan data
Terdapat keadaan penyelidik yang juga pengarang artikel dengan sengaja memalsukan data dengan pelbagai tujuan menambah data tanpa menyudahkan penyelidikan atau mengubahsuai data untuk menyebelahi expectation penyelidik. Perkataan yang selalu digunakan untuk merujuk kepada fenomena ini adalah fabrication dan falsification.
a. Fabrication (data yang telah ditambah dan diubahsuai
- menambah data bagi memenuhi keperluan statistik dan persampelan
- menambah data yang tiada seperti menulis transkrip jawapan partisipan yang tidakpun ditanya semasa temuduga.
- menambah data bagi kajian yang tidak dijalankan samada di makmal mahupun lapangan.
b. Falsification (memanipulasi sampel, alatan atau data)
- mengubah jangkamasa kajian supaya menepati reka bentuk kajian
- melanggar assumption sesuatu analisis statistik seperti kenormalan taburan data
Pemalsuan data adalah satu kesalahan dalam etika penulisan dan editor penerbit sesuatu jurnal berhak untuk tidak mempertimbangkan lansung sebarang artikel yang mempunyai data yang meragukan.
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment