Mengenakan syarat universiti 100 ranking dunia ini membuat aku terfikir...
Pertama:
Mendapat tempat di universiti ranking 100 dunia, belum tentu secara otomatik pelajar akan mendapat supervisor yang juga hebat dan bertaraf dunia.
Kedua:
Universiti dalam ranking 100 yang didambakan maybe ternama bagi fakulti tertentu dan bidang tertentu bukan bagi semua fakulti, semua bidang, semua kemudahan atau semua supervisor.
Ketiga:
Universiti dengan ranking maybe lebih rendah juga mempunyai supervisor tersohor kehebatannya dalam dunia scholar bidang tertentu. External examiner aku dulu, Prof David Treagust yang menjadi Pengerusi Science and Mathematics Education Centre, Australia dengan H-index 85, dan artkel nya di cited > 25000 (sejak 2010) - tak ada sapa dalam bidang beliau yang sehebat ini !
Prof Treagust adalah tokoh world class tersohor dalam bidang Chemistry / Science Education, memilih utk menjadi Professor di Curtin University of Technology (CUT), Perth sebuah university luar ranking 100 terbaik dunia sedang pelajar science / chemistry education seluruh dunia mencari beliau untuk berguru.
Keempat:
Cuba anda selidik researcher tempatan yang ternama dalam bidang masing-masing sekarang ini, yang tersohor dan mempunyai track record yang baik. Adakah mereka tersebut graduan dari 100 university ranking dunia atau bukan?
Kelima:
Oklah, baik juga jika ramai yang berpeluang mendapat tempat di university 100 ranking dunia khususnya pulang sebagai DR. Namun, kehebatan ini tidak akan membawa banyak makna jika DR tersebut tidak meneruskan kehebatannya dalam dunia research bila balik berkhidmat di tanah air sendiri, lebih-lebih lagi yang kemudiannya hanya memegang jawatan pentadbiran tanpa research.
Keenam:
Tentulah yang terbaik bila mendapat universiti ranking top 100 dgn SV juga yang top. Tetapi keutamaan perlu ada. Sebab itu sekarang diadakan juga ranking kepada bidang pengajian, yang lebih realisitk berbanding ranking universiti secara umum.
Ketujuh:
Universiti hanyalah 'tempat belajar'. Jadi keutamaan perlu kepada university dgn ranking terbaik dalam bidang kajian dan kepakaran SV...yang membawa budaya research yang hebat,. bukannya ranking university secara umum. Kesian kpd calon yang telah mendapat SV tersohor tiba2 terhalang kerana ranking university ! Aduss..
Ketujuh:
Kadang2 terfikirlah jugak. Mungkin ada yang balik dari top universiti, yang dulu proposalnya simple dan tesisnya tak sampaipun 150 pages.. namun kehebatannya sekadar dilihat dari proposal dan tesis PG yang tebal, contradicted dgn yang dia sendiri belajar dan buat dari universiti hebatnya. Bila dunia PG menekankan problematization dan innovation, dia masih dgn pencarian gap tak abis-abis..
Recap.
Maaf jika cara aku berfikir berbeza.. mungkin kerana aku tidak belajar di universiti 100 terbaik dunia TAPI sempat berguru dgn SV ranking 1 dunia..
OT
No comments:
Post a Comment