.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1666 : Siri Penerbitan Scopus-ISI #4
10 Proses Penerbitan dilalui PG
1. Menyediakan proposal kajian
2. Menjalankan penyelidikan
3. Menulis artikel
4. Mencari senarai jurnal yang sesuai
5. Memilih satu jurnal yang menepati kandungan artikel
6. Menghantar artikel kepada editor jurnal
7. Editor jurnal akan menghantar artikel yang diterima kepada pakar/panel dalam bidang yang sama dengan kandungan artikel utk di review
8. Artikel ini akan disemak, dinilai dan diulas oleh selalunya dua atau tiga pakar/panel
9. Hasil semakan dan cadangan pembetulan akan dihantar kepada editor untuk dikembalikan semula kepada pengarang artikel bagi tujuan pembetulan
10. Setelah pihak editor berpuas hati dengan pembetulan serta format yang perlu diikuti seperti yang disertakan dalam ‘Guide for Authors’, barulah artikel tersebut akan diterbitkan dalam jurnal berkenaan.
Terdapat tiga jenis proses reviewing (bergantung kepada pemilihan sidang editor jurnal) bagi menghasilkan artikel yang disemak oleh pakar/panel iaitu peer-reviewed (UKM guna perkataan berwasit). Ketahui istilah2 ini..
a. Single blind
Pengarang tidak mengetahui siapa yang menyemak, menilai dan mengulas artikel tetapi sebaliknya pakar/panel tahu siapa pengarang artikel yang disemak
b. Double blind
Kedua-dua pakar/panel dan pengarang artikel saling tidak mengetahui identiti satu pihak lagi
c. Triple blind
Ketiga-tiga pihak - pakar/panel, editor dan pengarang artikel saling tidak mengetahui identiti satu pihak lagi
c. Open Reviewer
Kedua-dua pihak pakar/panel dan pengarang saling mengetahui identiti masing-masing.
Sayang kamu... ❤️❤️
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment