.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1684 : Action Research – Reflection VS Reflexive



Pesan kepada penggiat AR KPM

Action Research – Reflection VS Reflexive


1. Aku cuba mentelaah buku founder kepada Action Research - Stephen Kemmis dan Robin McTaggart (lihat foto) yang nama mereka spt wajib ada dalam setiap laporan atau artikel AR oleh hampir semua ‘penyelidik pendidik’ di Malaysia.


2. Kedua-dua pengarang ini menekankan kepentingan reflexivity dalam kajian AR dengan menyatakan bahawa ‘Practice is always reflexive’ dan ‘Practice involves practical reasoning’.


3. Penyelidik AR di Malaysia masih terbungkam dengan perkataan ‘Reflection’ atau ‘Reflective’. Reflecting membolehkan anda menilai dan menganalisis apa yang anda lakukan serta menilai pencapaian pelajar, sedang reflexive membawa kepada maksud yang lebih transformational.


4. Lebih menarik lagi, buku tebal ini lansung tidak menyebut pre-test atau post-test malah hanya ada satu sahaja perkataan intervention (yang disamakan dengan practice) , sedang inilah perkataan yang memenuhi artikel2 kajian AR di Msia.. tak tahu kat mana mereka dapat semua itu.


5. Kepada ‘pakar-pakar’ AR yang cuba menggerakkan kajian sebegini di Msia, supaya membaca buku ini dan buku-buku semasa yang lain supaya hala tuju AR berada dilandasannya.


6. Jgn sampai sampel n=12 pun nak dibuat paired sample t-test, yang menyalahi hukum statistik asas… sedang yang diperlukan adalah reflexive bukan sekadar reflection, apatah lagi inferential parametric statistical analysis yang salah !


7. Minta maaflah kalau aku katakan bahawa pendidik kita kurang membaca luar dari bidang pengajaran mereka dan lebih selesa menunggu templat AR... lalu semua kajian AR di Msia kelihatan 'semacam'... sehingga yang salahpun menjadi tradisi tanpa siapa berani membetulkannya...


8. Jgn berhenti membaca, apatah lagi yg dah ada PhD yang menerajui AR yang sgt diperlukan di sekolah kerana sifat dinamiknya yang sentiasa diperlukan.


9. Aku sekadar memberi sedikit pandangan moga dapat dimanfaatkan.


10. Semoga AR menjadi nadi penggerak transfomasi.. kreativiti.. pendidik Msia..


Saya sayang kamu.. ❤️


OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...