.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1673 : Sekolah SATU ALIRAN KEBANGSAAN
Aku minat politik tetapi tidak minat menulis sesuatu yang berkaitan politik. Tapi bila aku terima petisyen utk adakan sekolah SATU aliran, aku nak respon sikit je lah... sebab ada elemen sekolah disitu. Aku cenderung menyatakan bahawa...
1. Perpaduan atau apa sahaja yg berkaitan dgnnya bukan bermakna mesti hanya ada SATU aliran, satu parti politik atau satu bahasa... yg lain xboleh ada...yang perlu ada adalah SATU aliran perdana, aliran kebangsaan..
2. Ini bermakna tetap ada ruang juga untuk sekolah bukan aliran perdana spt sekolah antarabangsa, tahfiz, sekolah sukan, sekolah seni, agama, vernacular ikut keperluan. Ini bukan suatu yang asing pun di negara lain. Di Oz pun ada Islamic School yang dibenarkan beroperasi utk memenuhi keperluan tertentu walaupun ramai juga umat Islam yang menghantar anak mereka ke sekolah arus perdana di sana.
3. Atas pelbagai situasi terutama politik sejak selepas merdeka, sekolah bukan aliran perdana spt dibiarkan tumbuh semahu2nya.
4. Lebih wajar mengetatkan syarat kepada semua sekolah bukan aliran perdana yg dah wujud sekian lama, malah ada yang dah berpuluh tahun kewujudannya.
5. Jika syarat yang adapun tak mampu dilaksanakan, tentulah idea utk menghapuskannya menjadi tidak valid.
6. Kita memang dah ada sekolah arus perdana, tetapi imej sekolah arus perdana mestilah sekolah yang GAH... lengkap, professional dan sistematik sehingga menjadi pilihan utama rakyat.
7. Jika sekolah arus perdana mampu merealisasikan impian ibubapa kepada anak2 mereka dgn lebih baik dari sekolah bukan arus perdana, apa yang kita jangka akan berlaku?
8. Sikap positif dan kajilah secara 'functional analysis' sistem pendidikan arus perdana.
9. Satu soalan simple berkaitan perpaduan. Adakah bangsa yang berbeza yang melalui sistem arus perdana bersatu dan berpadu? Cer semak latar belakang pendidikan mereka yang bertelagah hari ini, adakah semuanya dari sekolah bukan aliran perdana, atau dari bangsa yang berbeza ?
10. Maka, lihatlah dulu kepada sekolah arus perdana supaya berupaya membawa misi 'bersatu' dan 'berpadu' dgn situasi pembelajaran yang kondusif, sebelum mencadangkan sesuatu dari SATU ALIRAN perspektif yg simplistik.
Sekadar yg aku terfikir...
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment