.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1662 : Siri Penerbitan Scopus-ISI #1
Aturan Nama Pengarang
Kita bermula dulu dgn susunan nama pengarang, jgn main ikut apa kata orang lain jer.. biar faham memolek, terutama yang baru nak jadi SV.. bahagian seterusnya akan menyusul...
Nama pengarang
Pengarang hendaklah individu yang memberikan sumbangan intelektual (intelectual contribution). Pengarang pertama adalah individu yang membuat kajian atau yang paling banyak menyumbang secara intelektual kepada penghasilan artikel tersebut.
Situasi 1
A membuat penyelidikan dan A juga yang telah menyediakan draf artikel untuk diterbitkan. A meminta B sebagai pakar untuk menyemak dan membuat penambahan bagi memantapkan analisis dan kupasan dapatan dalam draft artikel tersebut sebelum dihantar kepada editor satu penerbitan jurnal.
Susunan nama pengarang: A, B
Penghargaan: Tiada
Situasi 2
A dan B sama-sama membuat kajian tetapi B telah menyediakan draf artikel, sedang A tidak terlibat dalam penyediaan draf terserbut. Semasa membuat kajian, A meminta C, rakannya yang sama bidang untuk membantu meminjamkan salah satu instrumen dari makmal.
Susunan nama pengarang: B, A (A beri sumbangan intelektual ketika kajian)
Penghargaan: C
Situasi 3
A, B, C berjaya mendapatkan geran penyelidikan. Hanya A dan B sahaja yang menjalankan kajian dari awal hingga akhir, sedang C tak terlibat kerana sibuk dan terpaksa berada diluar negara. C juga tidak terlibat dalam menyediakan proposal semasa memohon geran penyelidikan. A menulis draf artikel lalu meminta B membuat semakan draf di bahagian analisis data.
Susunan nama pengarang: A, B
Penghargaan: Organisasi penyedia geran penyelidikan
Situasi 4
A, B, C membuat kajian. C dan B sama-sama menyediakan draf artikel untuk penerbitan. A kemudian D diminta untuk membantu mengulas dan menambahbaik analisis data yang agak kompleks.
Susunan nama pengarang: C, B, A, D atau B, C, A, D
Nama pengarang pertama antara C dan B perlu dilihat kepada pihak yang lebih banyak menyumbang. Jika sukar dipastikan, maka mereka perlu berbincang untuk mendapat kata sepakat.
Situasi 5
A pelajar ijazah kedoktoran yang membuat kajian dan menulis draf artikel. Penyelia utama, X membantu memantapkan artikel, sedang penyelia kedua, Y sejak awal tidak terlibat dengan kajian dan penyediaan draf, lalu Y dengan suka rela mahu menjadi pembaca pruf draf artikel tersebut.
Susunan nama pengarang: A, X
Penghargaan: Y (tiada sumbangan intelektual)
Walau bagaimanapun, aturan di atas adalah satu kaedah lazim berdasarkan sumbangan intelektual. Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh terlalu ramai penyelidik dan melibatkan beberapa institusi berasingan. Keadaan ini memerlukan kaedah penulisan aturan nama pengarang yang disepakati bersama.
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment