.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1650 : Sebab dan akibat... kerana kita dulu adalah seorang murid !



Apapun sistem pendidikan di sekolah dalam dunia ini akan menunjukkan trend berikut:

1. ada sekumpulan kecil murid yang gifted... hebat.. advantages dapat menguasai dgn mudah.. dan akan sampai ke higher education yang terbaik dan menjadi professional

2. ada majoriti murid yang average.. so-so... bolehlah masuk sampai higher education sebahagiannya
3. ada sejumlah kecil yang unik kerana autism, dyslexia.. oku
4. ada sejumlah kecil juga yang ada LD kerana masalah cognitive
5. ada yang dari kumpulan 1-4 diatas yang bermasalah... disadvantages akibat pelbagai sebab spt latar belakang keluarga dan persekitaran.


Oleh kerana SEMUA sistem pendidikan walau apapun pendekatannya akan menghasilkan 5 trend di atas maka.. pilihlah sistem yang..

6. mengembalikan semula maksud 'pendidikan' iaitu tiga perubahan berikut - perbuatan, pemikiran dan sikap.

7. murid berbeza maka maksud kejayaan tentunya berbeza asalkan membawa kepada tiga perubahan tersebut - itulah pendidikan


Yang kita lalui...

8. pendidikan kita sejak Tahun 1 melayan murid sebagai SAMA lalu membandingkan mereka dgn GRED, sebagai indikator kejayaan utk mcapai satu standard..

9. atas dasar inilah, banyak sistem spt dinegara maju tidak mewujudkan gred disekolah supaya fairness kepada kepelbagaian anak-anak.

10. maka pentaksiran menjadi element terpenting, bukan penilaian berbentuk gred... bukan !

11. Penggunaan buku teks menjadi salah satu sebab kebergantungan murid kepada penguasaan melalui hafalan demi hafalan dari buku teks atas nama peperiksaan.

12. Bukan sahaja buku teks, pelbagai pendekatan pedagogi yang dianggap hebat jika diikuti langkah-demi-langkah spt resepi cup cake terus membekukan ruangan kreativiti guru.

13. Pemantauan ala 'landlord' menjadikan sistem pendidikan yang dinamik cuba bergerak mengikut pembaris, menghakis otonomi pendidik yg ada seciput cuma.


Akibatnya...

14. Muridpun jadi pendamping buku di sekolah .. pemburu past year questions dan menagih slide serta nota kuliah jika di IPT. Mereka akan 'memberontak' kalau tak ada semua ini

15. Pelajar pascasiswazah pun sama, kalau kekiri semua kekiri, kalau kekanan semua ke kanan... kalau kena print sebb terkhilaf ukuran margin 0.5 cm pun print lah semula..

16. Maka terhasillah masyarakat yang nature nya payah... yang sukar utk berfikir kalau tiada buku teks... kalau tiada arahan... kalau tiada yang pantau...yang mengejar gred...mengejar itu dan ini.. sbg tanda kejayaan utk mendapat lebih imbuhan.


Sekadar bahan berfikir...

Tak perlu setuju dgn status ini..


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...