.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1654 : Kisah kita: 2 markah terkilaf, mereka terpisah..



Senario 1

Ali dan Ahmad kawan baik. Ali dan Ahmad selalu mendapat no 1 atau no 2 dlm kelas silih berganti. Ketika UPSR, Ali mendapat 5A1B tetapi Ahmad mendapat 4A2B. Perbezaan markah keseluruhan Ali dan Ahmad hanyalah 2 markah kerana Ahmad terkhilaf menjawab satu soalan objektif subjek Maths.


Senario 2

Ali berjaya memasuki SBP membanggakan keluarga, sehingga diadakan doa kesyukuran. Ali dibawa melancung atas kejayaannya itu. Mujur ketika itu tiada media sosial, jika tidak, tentulah penuh kisah dan wajah Ali dipaparkan kerana kejayannya memasuki SBP dgn caption 'Moga Ali jadi anak yang soleh dan terus berjaya dunia dan akhirat'


Senario 3

Ahmad yang kekurangan 2 markah terkhilaf hanya bersekolah di taman perumahan yang sama. Tiada kenduri, tiada melancung, kerana ibubapanya agak kecewa anak mereka tidak mendapat mana-mana SBP.


Senario 4

Mulalah episod Ali berada dalam kelompok elitas dengan segalanya terbaik dan terpilih. Dgn suasana yang condusive ini, Ali mengekalkan momentum untuk berjaya lalu akhirnya mendapat HLP untuk keluar negara... selepas beramai2 menunjukkan plakad deretan As dlm satu majlis ppisahan.. yg menjadi viral kerana munculnya FB dan IG.


Senario 5

Ahmad yang berbeza 2 markah dgn Ali ketika UPSR tadi terus bergaul dengan rakan2 setaman, sukar mengekalkan momentum kejayaan sekolah rendahnya dan berjaya memasuki sebuah politeknik.


Senario 6

Hanya kerana 2 markah terkhilaf ... kedua rakan ini semakin terpisah dan perpisahan ini semakin membezakan mereka... sedang keduanya berhak mendapat layanan persekolahan yang sama... kemudahan persekolahan yang sama dalam satu sistem pendidikan persekolahan yang sama.. disebuah negara yang sama... namun senario itu tidak berlaku sebegitu dalam sistem pendidikan persekolahan yg 'murni' bertunjang 'ketuhanan' yang kita warisi.


Inilah adalah fenomena 'advantages and disadvantages accumulation' dalam sistem persekolahan awam yang tidak serasi dgn kemurnian pendidikan...


Hanya kerana 2 markah... mereka terpisah


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...