.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, September 6, 2019
Tajuk 1680 : Tesis dan nikmat seksual.
Kenapa seseorang itu terdorong utk kawin? Agak2nya utk menempuh KESAKITAN atau nak mendapat KENIKMATAN?
1. Bagi yang belum mengalami 'sakitnya kawin', tentulah mereka kawin kerana ingin mengecapi kenikmatan. Nikmat apa? Tentulah nikmat seksual, nikmat malam kedua (sebab malam pertama masih malu-malu) selain nikmat-nikmat yang lain. Antara tujuan kawin pun utk mendapat ketenangan selepas dihalalkan nikmat seksual Uda dan Dara.
2. Bagi yang dah alami sakitnya kawin, juga ingin berkahwin lagi. Kenapa? Kerana nikmat juga.
3. Jadi mengejar nikmat adalah 'The Big Why' seseorang terdorong utk mencari pasangan dan berkahwin, maka, nikmatilah perkahwinan disamping keseronokan berkeluarga yang lain, sedang ujian dan kesakitan tetap akan ada, samada anda bekeluarga atau tidak.
4. Begitu dgn tesis. Kenapa anda lakukan kajian kerana sakit utk mencari apa yang orang lain tak buat dan kadang kala menjadi mengarut, dari bertindak membuat sesuatu yang anda sukai dengan mengembangkan apa yang ada yang orang telah buat?
5. Fokuskan 'The Big Why' anda kepada apa sahaja yang anda akan nikmati sebagai PG dgn mempelajari byk perkara baru, menjadi insan baru, dengan membuat perkara baru, dari sibuk2 menyakitkan diri awal-awal lagi membaca beratus2 artikel meraban hanya utk mencari apa yang kononnya tidak dibuat lagi, sedang apa yang perlu dibuat 'just rite under your nose'.
6. Selepas anda menyusahkan diri meraba2 dalam terang mencari dan membaca 100 artikel utk cari 1 tajuk, kemudian anda perturunkan pulak kesakitan tersebut kepada generasi IR4.0 ! OMG.
7. Sebab itu, aku alergik bila PhD dan master dikaitkan dgn sendu sedan, macamlah yang tak buat PhD dan master hidupnya riang gembira. Sendu sedan ini menunjukkan tahap minda anda yang rendah kepada ujian utk menjadikan anda seorang ilmuan. Nikmatilah masa belajar dan masa menjadi PG kerana anda berada di taman2 syurgawi..
8. Lebih sedih lagi, pernyataan kalau tak susah dan sakit tu bukan PhD namanya, ungkapan insan yang hilang wisdom terhadap ilmu dan terhadap pengetahuan baru, dan semakin sadis bila dia sendiri sengaja membuatkan PG kesakitan hanya kerana dia dahulu pernah mengalaminya.
9. Dunia dah berubah, dari wawasan 2020 ke IR4.0. Manfaatkanlah kecanggihan gajet dan aplikasi utk membantu meningkatkan kualiti kerja untuk anda menikmati perjalanan sebagai PG.
10. Kalau zaman telefon ganggang dan artikel hanya hardcopy wujudnya kesusahan, takkan situasi yang sama masih berlaku di zaman ada WA, jutaan apps, dan online artikel. Inilah masa untuk meningkatkan kenikmatan menjadi PG dan kualiti research yang dihasilkan, bukan dipenuhi dengan sendu sedan dan tangis dengan strategi lapok menghasilkan tesis.
Saya sayang kamu ...👄
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment