.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, September 5, 2019
Tajuk 1448 : Kenapa proposal MESTI NIPIS ?
Knp proposal TAK BOLEH TEBAL ?
Kenapa ? Inilah sebabnya...
Aku mmg faham knp beriya2 sgt nk tebalkan proposal supaya nk PASTIKAN yg PG faham dan tulis TEBAL-TEBAL apa yg dia faham. Tapi itu BUKAN tujuan proposal...
Fahaminya begini...
1. PG mmg WAJIB faham apa yg dia nk kaji... giler lah buat kajian yg sendiri tak faham... sekurang2nya pada peringkat asas kajian.
2. Nak faham... kenalah baca artikel dan buku yg releven... byk manapun tak apa...
3. Menjadi tanggungjawab SV supaya PASTIKAN supervisee faham dgn diadakan perbincangan dan presentation serta bersoal jawab sekerap yg mungkin sambil merujuk kpd satu kerangka kajian atau outline dlm bentuk proposal yg ringkas.. dlm bberapa helai... katakan 5 pages
4. Bila dah diterima dan diperkemaskan dgn pemahaman yg teruji dlm perbincangan PG dgn SV dan komiti.. maka proposal yg sama juga bbrapa helaian dgn maybe bbrp adjustment disediakan pula utk PD.
Ketahuilah bahawa... sesungguhnya...
5. Memang sifat proposal mesti nipis kerana ia adalah outline utk kajian bagi MEMUDAHKAN semua pihak termasuk PANEL melihat interconnectedness antara semua aspek UTAMA kajian.. bukan utk membuktikan pemahaman PG.
6. PG faham atau tidak boleh sahaja diuji dgn diajukan soalan...bukan dari penyediaan proposal yg TEBAL. Lagi sedih... proposal jer yg tebal tapi tak faham apa yg ditulis... dahlah mbuang masa menyediakannya.
7. Proposal TAK BOLEH TEBAL kerana bukan sahaja namanya proposal tetapi proposal yg tebal akan menyukarkan pihak lain yg nk justify dgn melihat perkaitan keseluruhan aspek utama kajian. Maka proposal yg TEBAL is out of question.
8. Dan inilah pemahaman dan amalan yg aku bawa dari obersi.. dari UK..US.. Japan..Denmark dan Australia malah dibuktikan dgn rakan-rakan termasuk uni tersohor spt Uni of Cambridge... Sydney dan Tokyo.
9. Proposal BUKAN disediakn utk semak pemahaman PG.. BUKAN ! Pemahaman PG disemak dgn presentation BUKAN proposal. Proposal disediakan utk memudahkan pihak lain membaca dan mengetahui rangka kajian PG dan mbuat sebarang cadangan pemantapan atau pembetulan. Itu tujuannya.
10. Konsep yg sama juga cuba dibawa dlm ptandingan 3MT... dgn PG mampu mpersembahkan keseluruhan kajian dlm 3 minit bpandukan 1 slide sahaja... ringkas.. padat dan dari pemahaman yg mdalam..
Adoiiii...
11. Manalah dtg pemikiran klu proposal master tebal .. proposal PhD mesti lebih tebal... yg nipis tu undergrad je..
12. Proposal undergrad ke... master ke atau PhD semuanya boleh sama nipis... perbezaan hanya pada masalah... RQ dan analisis data yg tercatat yg berbeza rigorousness.
Penat betul nak terangkan..... Ya Allah.. ampuni lah dosa-dosa hamba mu ini...
OT - Wefie berempat baru adil...
#knpproposalmestinipis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment