.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, September 5, 2019
Tajuk 1447 : Ketika menulis bahan akademik...
Tolong jaga benda kecik yang boleh besar ni...
Berikut contoh penulisan yang bagi anda mungkin kecik tetapi besar bagi SV yang membacanya
1. Apabila anda menulis, pembaca terutama SV tak tahu apa yang ada dalam kepala anda. Jgn tulis sesuatu yang anda sendiri faham secara yang pembaca tak faham. Apatah lagi menulis sesuatu yang anda sendiripun tak faham.
2. Jgn le tak reti nak tulis citation. Mendeley dll tu adalah 3rd party software - boleh sahaja garbage in garbage out. Double check lah, jgn kejap muncul 'and' kejap '&'... kejap 'et. al.' kejap 'et al'. Konsisten lah sayang...
3. Bila nak paraphrase dari BI kepada BM, jgn le translate one-by-one macam budak tak belajar BM.
Contoh:
'To be included in this review, articles had to meet four criteria. First, the study had to target at least one dependent variable....'
Jgn ler tulis macam ni.. ber
'Bagi memasukkan dalam kupasan, artikel hendaklah menemukan empat kriteria seperti mensasarkan sekurang-kurangnya satu pembolehubah merdeka...( XX, 2016)
Elok jer kalau tulis macam ni...
'Artikel kajian lepas yang dipilih untuk kupasan hendaklah memenuhi empat kriteria, dimulai dengan penentuan pembolehubah tidak bersandar ...(XX, 2016)
4. Janganlah buat ayat sepesen jer.... spt..
'Ini kerana....' ada 5x dalam satu muka surat
'Ini disebabkan oleh...' ada 8x dalam satu muka surat
'Ianya adalah untuk...' ada 10x dalam satu muka surat
Muntah den !
5. Belajarlah buat paragraf. Jangan ada satu page hanya satu paragraph dgn 20 ayat, ada page dengan 6 paragraf.... ada yang 2 ayat.
6. Tak reti-reti nak tentukan ayat yang memerlukan citation. Mana-mana ayat yang ada quantiti spt - lebih baik, kurang digunakan, banyak dihasilkan, meningkatkan skor, kenaikkan peratusan atau melibatkan fakta, statistik, angka,... mestilah ada citation.
Kalau malas nak rujuk, tulis je kat FB..
Semua di atas tak perlulah nak kena ajar.. semua dah besar panjang.. Walaupun nampak kecik, kalau dah baca 10 pages penuh dgn 6 perkara di atas, mahu menyirap bandung darah naik kat kepala...
Loteh !
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment