.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 27, 2011

Tajuk 99 - JIKA SAYA MENJADI ANDA (BHG 1)

Jika saya menjadi anda, sebelum saya putuskan sebarang tajuk kajian:
  • Saya akan mulakan langkah saya dengan membuat intensive LITERATURE SEARCH dengan membaca 20 - 30 artikel jurnal tahun 2008 - 2011 yang menepati bidang saya, katakan  pendidikan sains. Bukannya sibuk mencari tajuk tanpa asas pembacaan dan pengetahuan dalam bidang yang diminati (dengan kemudahan online sekarang... 200 artikel pun boleh cari !)
  • Saya pastikan ada 2,3 artikel / prosiding kajian tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
  • Saya juga akan mendapatkan 3  - 5 tesis dalam bidang yang sama
  • Saya akan teliti tajuk, objektif dan sampel yang digunakan supaya sesuai dengan "citarasa" saya. Sampel penting kerana saya ada banyak kekangan. Method kajian bukanlah satu isu, tambahan ada perisian SPSS dan NViVo misalnya. Tapi lepas tu kenalah ikut kursus.
  • Saya akan senarai pendekkan 5 artikel jurnal dan 2 tesis yang paling relevan untuk kajian saya
  • Saya buat begini kerana saya seorang novice, saya perlukan artikel yang paling hampir dengan bidang saya dan saya perlukan tesis untuk mengetahui secara detail apa yang telah dilakukan. Dari artikel dan tesis tersebut saya dapatlah meneroka lagi rujukan2 lain.
  • Saya akan baca dan cuba fahami teori yang digunakan
  • Saya akan pilih 2 teori paling saya faham
  • Setelah membaca dan memahami artikel dan tesis tersebut, saya akan fikirkan kesesuaiannya untuk mengisi gap dalam bidang saya. Gap ini saya cuba dapatkan dari cadangan future research dalam artikel yang saya baca.
  • Setelah itu baru saya berjumpa supervisor /penasihat saya dengan mengemukakan 5 working title yang saya hasilkan dari pembacaan saya.
  • Saya percaya, saya sudah ada asas untuk membuat kajian dan bahan untuk LR saya.
  • Saya pun cuba email beberapa pensyarah pakar bidang pendidikan sains dalam dan luar negara.
  • Saya takkan mencari tajuk yang sesuai tanpa membuat pembacaan yang intensif dahulu....kerana akibatnya saya akan teraba2 dan tak ada fokus kajian.....maklumlah saya masih NOVICE
Nanti ikut jejak ayah jadi pensyarah.....


Komen anda:
  • Senanglah tulis itu ini sebab U dah lulus dan dah jadi pensyarah. Kami ni?
Saya akan jawab..... dalam tajuk seterusnya....TAJUK 100 ! Phew....

2 comments:

  1. Gembira kerana sy dpt 'bertemu' dgn blog Dr SPSS ni..sy sekarang ni teraba2, alkisahnya bulan depan sy nk register phd di Upm, tapi dekan tempat sy menjadi fellow baru je reject sy punya proposal sebab katenye xmncapai standard Phd..sekarang, saya cuma ade ms kurang dari sebulan utk cari tajuk baru, bincang dgn Sv, carik Lr, serahkan pd dekan, dpt kelulusan die & seterusnya biasiswa sy dpt diproses untuk pengajian saya..sy bakal buat Phd in Biostatistics, skrg tgh pening nk carik tajuk lain.

    ReplyDelete
  2. terima kasih...blog Dr amat membantu bagi kami yang baru nak melangkah sambung study...belum daftar pun dah rasa teraba-raba......harap-harap perkongsiang ini membantu kami supaya dapat berjalan dalam terang, taknak teraba-raba...takut terhantuk dinding, tersungkur...aduhai....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...