.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, February 12, 2011

Tajuk 83: Literature Review - 6: Masa untuk menulis secara KRITIS !

Setelah berehat seketika..... masa untuk menulis sorotan literatur !
Sampai masa untuk menulis secara KRITIS sorotan literatur anda. Kritis bermakna anda menulis dengan menganalisis dan mensintesis apa yang anda baca, Katakan tajuk working title anda berkaitan:
PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH
Langkah 1: Kumpul bahan
Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai. Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja:
(i)
The main objective of this study is to design a learning courseware based on learning style for form 6 science students using ADDIE model.  Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention.  Therefore designing a learning courseware  should  fulfil diversity of learning style.  (Norliza, 2008)
(ii)
The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010)
(iii)
Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)
Langkah 2: Analisis bahan
Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1
1.       Membina mengunakan model ADDIE
2.       Ambil kira stail belajar pelajar
3.       Meningkatkan tumpuan pelajar
(ii) Perikan 2
4.       Memasukkan elemen 3D
5.       Visualkan konsep dinamik dan abstrak
(iii) Perikan 3
6.       Interaktif
7.       Meningkatkan motivasi
Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri
Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut:

Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE.  


Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008).  

Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik,  abstrak  (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimedia yang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D.

Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciri interaktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009).

Perhatikan:
1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda. Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda.

2. Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia  walaupun tidak digunakan lansung dalam mana2 sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan.

3. Perhatikan anda memasukkan semua isi-isi ( 1 - 7) dengan stail penulisan dan kefahaman TANPA terikat dengan ayat dari petikan. Barulah pembaca membaca "ayat anda sendiri" dan "terdengar suara anda" dalam sorotan literatur anda.


4. Hanya dengan petikan 3 artikel secara ringkas sahaja, anda telah boleh menulis EMPAT perenggan dalam sorotan literatur anda. Bayangkan jika ada 100 rujukan lengkap !

5. JANGAN menulis seperti membuat sebuah laporan sebab sungguh MEMBOSANKAN dan menjadikan anda sebagai seorang yang hanya meringkaskan kajian terdahulu. Ramai pelajar suka menulis seperti:


  • Noliza (2008) menyatakan bahawa....Ini disokong oleh kajian Rahayu (2009).
  • Widyawati (2010) menambah bahawa....Seterusnya Norliza (2008)....
  • Rahayu (2009) menegaskan bahawa.....Kajian ini selari dengan kajian Widyawati (2010)....
Akhirnya yang ditulis adalah ringkasan kajian lepas.... bukannya kajian anda yang menjadikan kajian lepas sebagai sokongan....kerana suara anda tidak kedengaran dalam sorotan literatur ! Kalau setakat meringkaskan kajian lepas "student form five pun boleh buat" ..... betul tak....
Aah la... macam budak Form Five jer... betul..betul...betul



2 comments:

  1. ya Allah sngat membantu, terima kasih Dr.. izin sy simpan atikal DR dalam sy punya blog ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...