.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, February 5, 2011

Tajuk 67: Tips membina KERANGKA KONSEPTUAL (Bhg 1)

Tips kejayaan adalah saling memberi dan menerima


Kerangka konseptual / teoritikal ibarat peta kepada kajian anda. Jika anda tak ada peta, anda akan sesat… dalam kajian anda sendiri, apatah lagi pembaca anda. Secara simple, kerangka konseptual adalah kerangka yang anda akan jalankan kajian anda dan ianya belum establish lagi. Ia sebagai panduan dan halatuju anda menjalankan kajian. 


Kerangka teoritikal pula telah establish, atau kerangka konseptual  yang telahpun diuji.. Namun kedua2 istilah ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua variabel atau idea utama yang terlibat dalam kajian anda bagi memudahkan anda menentukan perkaitan variable dan idea2 tersebut. Kedua-duanya lazim dipaparkan dalam bentuk grafik. 


Mayer umpamanya telah membina  kerangka teori pembelajaran multimedia, yang telah diuji sebelumnya berdasarkan kerangka konseptual yang beliau bina. Namun begitu, terdapat penyelidik yang mungkin memberikan tafsiran yang berbeza. Kadang2 kedua2 istilah ini “interchangeable” wpun ada yang suka berdebat mana satu istilah yang lebih tepat. Bagi saya yg penting anda tahu bagaimana nak bina kerangka konseptual kajian. Berikut adalah langkah mudah bagi membina kerangka konseptual. Berikut adalah satu contoh mudah membina kerangka konseptual:

Tajuk:
Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya sektor awam atau swasta dalam kalangan bakal graduan

Objektif:
Kajian dijalankan bagi mengkaji faktor–faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya sektor awam atau swasta dalam kalangan bakal graduan

Teori / konsep utama:
Teori pemilihan kerjaya X dan Y (anda boleh memilih teori pemilihan kerjaya spt Teori Holland)

Perkaitan antara variabel yang terlibat:
Katakan Teori X menyatakan bahawa terdapat tiga faktor utama pemilhan kerjaya iaitu jantina, kelas sosial dan bangsa. Dalam kajian anda telah menambah faktor personal bagi memantapkan dapatan kajian terdahulu yang belum pernah dijalankan di Malaysia. Anda dapati Teori Y mencadangkan faktor keluarga dan peer sering mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan. 

Kehadiran tambahan variable personal dari Teori Y membuatkan kajian anda signifikan untuk dijalankan.

Bersambung..............

1 comment:

  1. baru faham..slepas nak pengsan kena hentam present proposal....hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...