.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 15, 2011

Q & A 5 : Terlalu byk teori, pening nak pilih !

Soalan:
Dalam penulisan literatur kajian, antara masalah yang dihadapi adalah memilih teori dan model yang sesuai dengan kajian. Semakin banyak jurnal, artikel, tesis dll yang dibaca, semakin banyak teori dan model yang dijumpai dan ada yang sesuai dan tidak. Teori2 dan model2 yang sesuai itu perlu diperbincangkan semuanya dalam LR atau yang hanya teori atau model yang 
dipilih sahaja atau yang sesuai sahaja atau... ini yang memeningkan kepala saya.


Cikgu W
UPM


Respon:
He he saya pun pening. Saya mudahkan sahaja. Hal ini timbul antaranya adalah kerana anda mengkaji "gap" yang ada kalanya "gap" tersebut berada antara beberapa teori yang saling berkaitan. Katakan anda mengkaji aplikasi perisian komputer peta minda dalam pengajaran biologi dan hubungannya dengan penguasaan konsep biologi pelajar, maka kajian anda berada antara teori pengajaran, teori keativiti pelajar (semasa membuat peta minda) dan mungkin juga teori berkaitan innovasi pengajaran, teori rekabentuk teknologi pendidikan serta teori konstruktivisme dan teori pembelajaran bermakna Ausubel (berapa banyak teori daaaaa).


Jika ini hal yang terjadi (memang terjadipun), saya cadangkan anda fokuskan lagi kepada pemilihan variable. Jika anda hanya menguji  perisian komputer sedia ada, dan mengajar secara biasa dengan menjadikan perisian tersebut sebagai ABM, abaikan teori berkaitan model pengajaran, innovasi pengajaran, kreativiti dan teori rekabentuk teknologi pendidikan. Jika hanya variable penguasaan konsep menjadi keutamaan maka teori konstruktivisme dan teori pembelajaran bermakna Ausubel patut menjadi kerangka teoritikal anda. Kemudian anda keluarkan variable anda dan mungkin anda perlu gabungkan kedua2 teori ini untuk dijadikan kerangka konseptual anda pula. 


Yang jadi persoalan, anda sendiri tak pasti apa yang anda nak kaji, variabel mana yang anda 
pilih, maka terjadilah anda fening sendiri sebab semuanya anda fikirkan sesuai. Ni maknanya anda masih belum mendalami pengetahuan berkaitan kajian anda sendiri.... anda syok dengan tajuk yang canggih tetapi akhirnya anda fening sendiri...


Terima kasih kerana bertanya.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...