Ramai pelajar berminat untuk mengkaji keberkesanan sesuatu program yang telah atau baru dilaksanakan dalam sistem pendidikan atau program2 latihan yang lain. Saya sendiri tidak mendalami apa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kerana berada di IPTA. Namun saya ingin memberikan sedikit sumbangan pandangan.
Keberkesanan sesuatu program boleh dikaji berdasarkan model2 penilaian. Saya ingin sentuh dulu satu model yang generic – Model CIPP (context, Input, Process, Product). Model ini dipelupori oleh Stufflebeam (peliknya nama).
Keberkesanan sesuatu program boleh dikaji berdasarkan model2 penilaian. Saya ingin sentuh dulu satu model yang generic – Model CIPP (context, Input, Process, Product). Model ini dipelupori oleh Stufflebeam (peliknya nama).
Context – penilaian keperluan pengguna program dan rasional perlaksanaan program bagi mencapai objektif program tersebut. Perkara ini berkaitan dengan perancangan program.
Input – penilaian input berdasarkan maklumat tentang sumber manusia dan sumber fizikal bagi memastikan keberkesanan kos. Perkara ini berkaitan dengan perancangaan struktur program.
Process – penilaian terhadap perlaksanaan program bagi mengesan sebarang kecacatan perjalanan program. Perkara ini berkaitan dengan usaha mempertingkatkan keberkesanan program.
Product – penilaian bagi mengenal pasti hasil yang dijangka dan tidak dijangka dengan membandingkan hasil yang diperolehi dan diperlukan oleh pengguna program.
Salah satu cara penilaian dilakukan adalah dengan penyediaan jadual matriks. Bacalah journal2 bagi mengetahui cara-cara lain melaksanakan CIPP. Jika anda gunakan jadual matrik, anda perlukan pasukan penilai yang komprehensif (pegawai dalaman dan penilai luaran yang akan membekalkan data), pemeriksa ketepatan laporan, kesahan dan reliability. Jika anda seseorang yang memang pegawai dalam MOE dan terlibat dengan sesuatu program seperti PPSMI (dah mansuh) atau MBMMBI (ganti PPSMI) anda akan lebih mudah jalankan kajian penilaian ini kerana anda akses kepada staf dan data program tersebut. Jika anda "orang luar"...cucah ler cikit... banyak ler halangan dan prosidur yang anda kena tempuh....maklumlah..... tak semua suka programnya dinilai.
Berikut adalah contoh matrik bagi penilaian context. Anda boleh sediakan seberapa banyak soalan yang menjurus kepada konteks program. Anda kena sediakan jadual matrik bagi tiga penilaian yang lain.
A: Matrik Penilaian Konteks | |||
Soalan | Petunjuk | Sumber data | Kaedah pengumpulan data |
Soalan 1: Adakah maatlamat program tercapai? | Teliti misi dan visi program | Minit mesyuarat, notis, laporan dll | Analisis dokumen Interview |
Soalan 2: Sejauh mana matlamat program tercapai | Perbezaan antara yang disasar dengan yang tercapai | Minit mesyuarat, notis, laporan dll | Analisis dokumen Interview |
B: Matrik penilaian input | |||
Soalan | Petunjuk | Sumber data | Kaedah pengumpulan data |
C: Matrik penilaian proses | |||
Soalan | Petunjuk | Sumber data | Kaedah pengumpulan data |
D: Matrik penilaian produk | |||
Soalan | Petunjuk | Sumber data | Kaedah pengumpulan data |
Setelah anda lengkapkan matrik di atas, anda akan analisis bagi menentukan keberkesanan program. Maklumat dari interview dan dokumen serta bukti foto boleh anda proses melalui perisian NViVo. Ia akan lebih memudahkan. Jika anda tak tahu NViVo terpaksalah lakukan secara manual. Ini adalah kajian kualitatif. Ini sekadar konsep CIPP yang saya tulis. Anda kena explore dan dalami lagi. Jika anda faham bagaimana CIPP dilaksanakan..... itu satu permulaan yang baik... phew...Saya akan cuba menulis model2 lain pula....
OT
Piramid Giza, Mesir Dec 2010 yang dingin dan tenang... |
OT
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya mengucapkan tahniah membangunkan blog ini. Sememangnya informatif.