Saya masih meneruskan lagi beberapa komen yang masih berlegar2 dikepala saya tentang kelemahan menulis literature review yang perlu anda baiki.
Komen 1:
Gagal menjelaskan konsep / teori dalam kajian dengan jelas. Anda membahaskan beberapa konsep / teori yang tidak berkait secara lansung dengan keperluan atau perspektif kajian.
Contohnya tajuk berkaitan pedagogical content knowledge dibincangkan berdasar teori pembelajaran bermakna Ausubel. Walaupun semua teori dalam pendidikan saling berkaitan, anda perlu memilih teori yang paling relevan dengan kajian anda. Jadi bagi kajian berkaitan pedagogical content knowledge, maka teori yang paling relevan adalah teori yang dimodelkan oleh Shulman (1986, 1987, 1992). Beliau telah mengemukakan Model of Pedagogical Reasoning berkaitan aktiviti bagi pengajaran berkesan melalui pengetahuan kandungan dan pedagogi guru. Model ini mengandungi kitaran comprehension, transformation, instruction, evaluation, reflection, and new comprehension. Semua istilah yang berkaitan model inilah yang sepatutnya dikupas dengan jelas dan kaitannya dengan kajian yang dijalankan.
Komen 2:
Gagal menjelaskan hubungan antara kajian2 lepas dengan kajian yang dijalankan. Sering kali anda menggunakan sumber sekunder dalam kupasan kajian2 lepas. Anda mungkin boleh menggunakan sumber sekunder berkaitan dengan perbincangan asas-asas teori kajian anda, kerana terdapat teori yang telah lama established yang sukar untuk mendapat sumber primer. Namun anda mesti menggunakan sumber primer apabila mengupas kajian2 lepas berkaitan dengan tajuk2 anda yang diterbitkan dalam bentuk journal artikel. Sumber primer adalah laporan penyelidik sendiri manakala sumber sekunder adalah laporan atau kupasan oleh penulis lain terhadap hasil kajian penyelidik asal.

Jika anda membuat kajian berkaitan pedagogical content knowledge, berikut adalah sumber primer yang WAJIB anda kupas antaranya:
- Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15 (2), 4-14.
- Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57 (1), 1-22.
- Shulman, L. (1992). Ways of seeing, ways of knowing, ways of teaching, ways of learning about teaching. Journal of Curriculum Studies, 28, 393-396.
Berikut adalah theoretical framework bagi kajian anda jika berkaitan dengan penggunaan teknologi, pengetahuan isi kandungan dan pedagogi yang anda perlu kupas sebelum menyediakan conceptual framework kajian anda. Sila baca semula tajuk blog saya yang lepas perbezaan antara theoretical framework dan conceptual framework. Kupas theoretical framework ini dengan jelas dan disokong dengan kajian2 lepas. Tunjukkan perkaitannya sebagai tulang belakang teori bagi kajian anda. Jika tidak.... kajian anda akan lembek tanpa tulang belakang yang tak mampu berdiri sendiri!
Komen 3:
Gagal membahaskan secara kritis dapatan kajian yang bertentangan antara satu sama lain. Jangan hanya memilih kajian yang menyebelahi anda tetapi tidak mengupas kajian yang bertentangan dengan dakwaan anda. Kajian yang bertentang ada kalanya membuka ruang "gap" untuk anda isi dan sangai penting untuk dikupas.
Komen 4:
Literature review bukanlah satu senarai panjang ringkasan kajian2 lepas atau senarai teori2 yang berkaitan kajian anda yang anda ringkaskan satu persatu tanpa dikaitkan antara satu sama lain. Literature review adalah kupasan kritis kesemua kajian2 lepas bagi meletakkan kajian anda sebagai pengisi ruang yang masih terdapat diantara kajian2 tersebut dan sekaligus memantapkan teori2 yang telah ada.
Selamat menulis !!
Selamat menulis !!
No comments:
Post a Comment