.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 2, 2011

Tajuk 54: Camner pulak nak analisis soal selidik....

Lori ni sarat dengan questionnaire...
Saya cuma akan bincangkan dua bentuk data yang sering digunakan dalam soalselidik / questionnaire. Yang paling penting, data dari soal selidik dapat dianalisis berdasarkan:

i. objektif atau persoalan kajian yang hendak dijawab

ii. jenis skala pada soal selidik. 

Jika persoalan memerlukan persetujuan (“Ya” atau “Tidak”) antara lelaki dan perempuan terhadap sesuatu isu maka data adalah pada skala nominal. Berikut adalah contoh persoalan kajian dan item yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian tersebut:

 Persoalan kajian:
 ·      Adakah guru lelaki lebih bersetuju dalam hukuman rotan berbanding perempuan?

Maka kenalah anda bina item soal selidik seperti berikut:

 Apakah jantina anda:
______ Lelaki               
______ Perempuan

Adakah anda setuju hukuman rotan dijalankan semasa perhimpunan sekolah?
______ Ya        
______ Tidak

Hasil data nominal hanya boleh diringkaskan sebagai frekuensi atau  peratus seperti berikut:
                                              Peratus persetujuan hukuman rotan
Jantina
Ya
Tidak
Lelaki (n=100)
40%
60&
Perempuan (n=100)
70%
30%
Purata
55%
55%

                                                Bilangan persetujuan hukuman rotan
Jantina
Ya
Tidak
Lelaki (n=100)
40
60
Perempuan (n=100)
70
30

Oleh kerana anda menggunakan frekuensi bagi data nominal, anda boleh menganalisis perbezaan berikut menggunakan statistik bukan parametrik chi kuasadua antara:
·      lelaki dan perempuan yang setuju (sampel tak bersandar)
·      lelaki dan perempuan yang tidak setuju (sampel tak bersandar)
·      lelaki yang setuju dengan lelaki yang tidak setuju (sampel bersandar)
·      perempuan yang setuju dengan perempuan yang tidak setuju (sampel bersandar)

Jika anda gunakan pula skala 5-poin Likert (data ordinal), maka data boleh diproses seperti data interval:

Apakah pendapat anda tentang hukuman merotan pelajar?
1: Sangat Tidak Setuju  2: Tidak Setuju 3: Tidak kisah 4: Setuju 5: Sangat Setuju

Jadual berikut menunjukkan min skor skala Likert pendapat tentang kewajipan merotan pelajar. Anda mencampurkan semua skor setiap responden lelaki dan perempuan dan dapatkan min skor Likert scale seperti berikut:

                                                  Min skor skala Likert hukuman rotan
Jantina
Persetujuan
Lelaki (n=100)
3.75
Perempuan (n=100)
2.50

Min menunjukkan lelaki lebih bersetuju hukuman rotan berbanding perempuan dan perbezaan ini boleh diuji signifikannya menggunakan analisis statistik ujian-t sampel tidak bersandar.

Harap anda dapat sedikit idea bagaimana item soal selidik diproses. Paling utama, item dibina mesti menjawap persoalan kajian, ada konstruk yang diuji...selain dari reliable dan valid....bukan ikut sukahati jer ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...