Phew…. Jiwa saya memberontak bagaimana lagi boleh saya bantu pelajar sarjana yang serius untuk menulis sorotan literatur tetapi kekurangan panduan. Saya berikan sedikit panduan lagi…. elakkan dari membuat dakwaan yang tidak berasas atau tidak berkaitan semasa menulis literature review anda. Fikirkan setiap hujah yang anda tulis kerana anda bukan menulis cerpen yang anda boleh gunakan andaian anda sahaja.
Berikut saya sertakan enam contoh mudah:
Suatu hari di luar Kota London..... |
Berikut saya sertakan enam contoh mudah:
i. Menulis dengan dakwaan berdasarkan maklumat yang tidak jelas perkaitannya.
Contoh:
Berdasarkan ramainya bilangan pelajar perempuan yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti maka dapatlah disimpulkan bahawa pelajar perempuan mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki.
Ulasan:
Dakwaan kemasukan ke universiti tiada kaitan dengan hujah tingginya IQ kecuali semua pelajar terpaksa menjalani ujian IQ. Jangan buat andaian anda sendiri.
ii. Membuat dakwaan kepada sesuatu yang mempunyai makna yang berbeza.
Pendekatan behaviorisme telah berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam matematik kerana kebolehan penyelesaian masalah yang mereka miliki.
Ulasan:
Pendekatan behaviorisme (tingkah laku) selalunya dikaitkan dengan latih tubi bukan pemikiran peringkat tinggi seperti kebolehan penyelesaian masalah.
iii. Membuat dakwaan dengan menghadkan sesuatu maksud.
Pelajar yang cenderung menggunakan pendekatan menghafal dalam mempelajari sesuatu konsep tidak akan berjaya menguasai konsep mata pelajaran Biologi.
Ulasan:
Menghafal adalah satu keperluan dalam menguasai konsep. Memahami diikuti dengan kebolehan menghafal akan memudahkan penguasaan konsep. Yang perlu ditekankan adalah menghafal tanpa memahami apa yang dihafal. Jadi pelajar yang faham dan boleh menghafal akan berjaya.
iv. Membuat dakwaan dengan contoh yang terpencil
Penangkapan beberapa pelajar sekolah agama di Kajang yang merokok membuktikan betapa seriusnya gejala salah laku pelajar sekolah aliran tersebut dewasa ini.
Ulasan:
Beberapa pelajar tidak dapat mewakili seriusnya gejala salah laku.
v. Membuat dakwaan menggunakan konteks yang salah atau berlainan
Dapatan kajian yang dilakukan di sekolah menengah harian ini disokong oleh dapatan kajian oleh Asmah dan Halimah (2009) yang mendapati pelajar lelaki sekolah berasrama penuh lebih cemerlang berbanding pelajar perempuan.
Ulasan:
Sekolah menengah harian bukanlah sekolah berasrama penuh.
vi. Membuat dakwaan secara ekstrem atau terlalu yakin
Pendekatan kaunseling kelompok adalah satu-satunya pendekatan yang terbukti berjaya memulihkan penagihan dadah dan mengelakkan berlakunya penagihan semula.
Ulasan:
Tidak ada satu pun cara yang mutlak untuk menyelesaikan isu gejala dadah seperti yang didakwa.
Pesan saya.... anda tidak akan terus mendapat kesempurnaan dalam penulisan literature review anda. Jadi mulalah menulis.... berfikir apa yang anda tulis....tulis secara kritis....
OT - Gud luck!
OT - Gud luck!
No comments:
Post a Comment