.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 18, 2011

Kampungku dan masakan ibu....

Minggu lepas sempena cuti Maulidurrasul, saya ambil kesempatan ziarah mak dan ayah di Rembau.
Ini lah gambaran untuk dikongsi bersama.... menggamit tempat sama-sama dibesarkan....

Singgah dulu minum cendol madu di Rembau yang terkenal


Nilah dia presentation cendol madu..... ada aiskrim lagi !


Caya tak ?


Ditangga inilah saya membesar, bermain.... ntah mana perginya kawan2
sepermainan lagi.... anak2 dah tak nak bermain ditangga lagi
sebab mereka ada komputer dan internet..... 


Mak yang rajin menanam pokok bunga... dah kira over-crowded sebab
mak sentiasa sayang nak buang bahagian yang ditetas..... mesti ditanam
semula.....


Sebahagian bunga mak....penuh sekeliling rumah
Wajah ayah dan mak.... membesarkan kita tanpa
mengharapkan balasan.... sekadar ingatan dan perhatian dihari tua...


Dah lupa lak nama bakul yang selalu mak bawa pergi kenduri kawin. Then dapat pulut and telor..
kalau musim cuti sekolah, hari2 makan telor...
 Bakul ni dah berabuk sebab majlis kahwin sekarang bawak duit jer... then dapat ler gula2
dan kuih cup cake....


Ni ler pic mak dan ayah masa muda-muda.....Nampaknya
ke henseman ayah jatuh pada saya he he he


Mak dah jarang memasak banyak2 sebab tinggal berdua dengan ayah sehingga
bawang dan kentang ni dah nak tumbuh !




Rumah pusaka jiran2 kian banyak yang terbiar.... menunggu masa roboh sahaja.
Anak2 dah jadi orang KL. Dulu didepan rumah nilah ramai kawan2
main gasing dan buat layang2... sekarang SEPI.... dan SAYU...


Mak masak pucuk ubi dengan ikan masin..... tetap tida bandingan sejak dulu..kini dan selamanya


Tak lengkap jika tiada masak lomak cili padi ayam dengan nangka muda


Pinggan inilah yang menghidangkan nasi sejak saya belum saya lahir
sehinggalah kini.... 


Jering ni mak petik jer..... anak2 tak tahu nak makan benda ni...
sebab berbeza dengan nugget di KFC


Ayah baru balik dari menoreh.... kerja ayah menjadikan ayah tetap sihat dan
kelihatan muda..... patutlah sayapun macam itu he he


Saya abadikan bunga mak di sekeliling rumah.... cantik.. sesuci kasih mak
Sekolah Kebangsaan Undang Rembau.... sekolah saya kira2 1 km dari rumah.




Sesegar kasih mak....




Juntaian kasih mak tak pernah putus


Ceria wpun mak tak pernah kecapi kemewahan


Mekar wpun dibawah terikan mentari


Lembut dan anggun


Membara dijiwa


Menguntum senyuman




Bersemangat waja


Mencuri perhatian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...