Dr,
Saya ingin tahu perbezaan guna skala Likert 5 dan 7 poin? Adakah syarat2 tertentu.
Jawapan:
Skala 5 atau 7 bergantung kepada keperluan soal selidik anda. Lazimnya pelajar menggunakan skala 5 point yang lebih popular kerana bilangan pilihan yang tidak terlalu byk atau terlalu sedikit, sesuai dijawab oleh kebanyakkan focus group. Namun jika anda memerlukan perincian jawapan, terutama jika focus group anda adalah golongan yang ada idea tentang apa yang anda kaji, maka anda boleh gunakan skala 7 poin. Contohnya anda bertanya kepada pelanggan tetap akan sesuatu perkhidmatan yang diterimanya, sudah pasti anda memerlukan perincian. Contoh skala 7 seperti berikut:
Level of Acceptability
1 – Totally unacceptable
2 – Unacceptable
3 – Slightly unacceptable
4 – Neutral
5 – Slightly acceptable
6 – Acceptable
7 – Perfectly Acceptable
Level of Importance
1 – Not at all important
2 – Low importance
3 – Slightly important
4 – Neutral
5 – Moderately important
6 – Very important
7 – Extremely important
Mudah2an jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih kerana bertanya.
OT
No comments:
Post a Comment