.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 8, 2011

Tajuk 78: Literature Review - 1: Research Gap?



Literature review (LR) adalah satu bab yang paling menyesakkan dada kerana anda perlu mencari sumber rujukan, menulis, mengorganisasi, menkritik, menganalisis dan mensintesis maklumat bagi menyokong kajian anda. Literature review diterjemahkan sebagai sorotan literatur, sorotan kajian dll. Yang penting anda faham  tujuan dan keperluan LR dalam penulisan tesis atau projek anda. 

LR menyediakan latarbelakang dan konteks kajian anda dengan lebih mendalam. Ini kerana terdapat byk kajian yang berkaitan dengan bidang kajian anda yang telah dilakukan terdahulu, maka LR menyediakan asas bagi anda mengetahui latarbelakang kajian dan justifikasi kajian yang bakal anda lakukan dalam bidang yang sama. 

LR mengupas kajian yang telah dijalankan dan bagaiamana kajian anda berkaitan dengan kajian2 tersebut. Ini termasuklah teori yang digunakan, metodologi kajian, sampel yang terlibat dan cara analisis data dilakukan dan cadangan2 untuk mengisi "gap" yang masih wujud. Dengan mengetahui semua aspek ini dari kajian2 lepas, anda boleh mengorak langkah menjadikan kajian anda lebih mantap dalam mengisi kekosongan atau "gap" yang masih belum diisi dari kajian terdahulu. Gap ini perlu dinyatakan dengan jelas bagi menyakinkan bahawa anda tidak mengulangi kajian yang sama dengan kajian2 lepas. 


Salis and face painting 

Contoh 1: 
Banyak kajian (senaraikan rujukan anda, tahun) menunjukkan kesan aplikasi peta konsep dan peta minta yang tidak konsisten dalam meningkatkan pemahaman pelajar. X (tahun) dan Y (tahun) telah menegaskan bahawa kelemahan peta konsep adalah kerana ciri-ciri pembinaan hirarki konsepnya yang sangat rigid, manakala ciri-ciri pembinaan peta minda pula terlalu fleksibel. Dengan itu, kajian ini akan menggabungkan ciri-ciri peta konsep dengan peta minda yang dinamakan "konsep minda" bagi memberikan ciri fleksibiliti peta minda kepada peta konsep.

Ayat yang bergaris adalah satu gap yang ditinggalkan oleh kajian terdahulu, iaitu ciri peta konsep yang terlalu rigid dan ciri peta minda yang terlalu fleksibel. Ini adalah satu contoh kajian yang sedang saya jalankan dengan pelajar master saya.

Contoh 2:
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui aplikasi teori maklumbalas (feedback theory) dalam pembinaan perisian penilaian berasaskan komputer sebagai satu pendekatan dalam  penilaian formatif.  Ini kerana, kajian-kajian lepas (senaraikan rujukan, tahun) hanya menggunakan pendekatan latih-tubi dalam membina perisian penilaian berasaskan komputer.

Ayat yang bergaris adalah satu gap yang mana satu teori baru (teori feedback) akan dikaji keberkesanannya yang belum pernah dilakukan dalam kajian terdahulu. Ini juga satu contoh kajian yang sedang saya jalankan dengan pelajar master saya.

Setelah anda mengetahui dan mengupas gap yang perlu anda isi, maka LR akan menyakinkan pembaca akan justifikasi kajian anda. Ini bermakna anda perlu mencari bahan rujukan dan kajian lepas berkaitan seperti antaranya:

Contoh 1 - Teori konstruktivis, kajian peta konsep dan kajian peta minda
Contoh 2 - Teori behavioris, teori feedback, kajian CAA (computer-aided assessment)

Gap ini sebenarnya telah anda kenalpasti dan dinyatakan secara jelas dalam pernyataan masalah. Huraian dan kupasan lanjut akan dilakukan dalam bab sorotan kajian pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...