.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 20, 2011

Tajuk 93 - Tahukah anda ada 5 jenis variable bukan IV dan DV jer

Anda mungkin belajar dua variable sahaja iaitu IV dan DV. Jangan panik jika masa defend proposal atau tesis anda ada yang tanya tentang variable yang lain. 

Tahukah anda ada 5 jenis variable bukan sahaja IV dan DV ? Jadi jgn keliru bila jumpa 3 lagi variable. Penelitian tentang variable2 ini penting jika anda jalankan kajian eksperimental supaya kesan pada DV benar2 disebabkan oleh IV bukannya variable lain yang anda tidak kaji. 

Jika ada audience yang tahu dan memberikan rasional bahawa ada variabel lain selain IV, terngaga nanti anda.....tak dapek den nak tolong....

Saya ringkaskan spt berikut:

Independent variable (IV) – variable tak bersandar yang dikaji kesannya terhadap variable versandar atau dependent variable (DV). Dalam kajian eksperimental, IV dimanipulasi untuk melihat kesannya terdapat DV, maka ia juga dinamakan treatment, manipulated, antececedent atau predictor variable.

Contoh: Kaedah mengajar (IV) dimanipulasi dengan menjadikan dua kaedah berbeza (X dan Y) bagi melihat kesannya kepada skor (DV). Kaedah mengajar adalah treatment dalam kajian yang dimanipulasi bagi melihat kesannya pada DV.

Dependent variable (DV) – variable yang kesannya dicerap akibat  IV. Boleh dipanggil outcome atau effect variable.

Mediated variable (mediator) – variable yang menjelaskan mengapa hubungan antara IV dan DV berlaku. (Bagi maksud biasa, mediate ini seperti orang tengah yang intervene atau masuk campur antara dua pihak yang bergaduh untuk menjelaskan hubungan kedua2nya supaya ada penyelesaian)  

Contoh:
Anda mengkaji hubungan antara kekerapan membaca novel BI (IV) dengan skor BI (DV), kerana anda ingin mengetahui samada pelajar yang kerap membaca novel mendapat skor BI yang lebih baik. 

Namun anda perlu tahu bahawa penguasaan BI juga adalah variable yang menyebabkan pelajar itu kerap membaca novel dan akhirnya berlaku peningkatan skor BI. Oleh itu, penguasaan BI mediated variable yang dapat menjelaskan  hubungan antara IV dan DV. 

Dengan membuang penguasaan BI, hubungan antara IV dan DV telah tidak bermakna. Maksudnya tidak guna mengukur hubungan antara IV dan DV ini jika subjek anda tidak menguasai BI, sebab mereka takkan membaca novel BI ! Jadi penguasaan dalam BI menjelaskan mengapa hubungan IV dan DV ini berlaku.

Contoh:
Umur yang bertambah (IV) mempengaruhi skor lulus memandu (DV), namun pengalaman membawa kereta adalah mediated variable yang menjelaskan hubungan ini. Jika subjek tiada pengalaman membawa kereta, umur meningkatpun tidak akan mempengaruhi skor memandu!

Key - variable yang menjelaskan mengapa wujudnya hubungan antara IV dan DV.

Moderator variable - variable yang berinteraksi bagi meningkat atau mengurangkan kekuatan hubungan antara IV dan DV. (Dalam bahasa biasa moderate bermakna "sederhana' atau tidak extreme. Variable ini bukanlah variable utama yang extreme tetapi variable ini boleh berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV)

Contoh:
Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV) tetapi jantina boleh menguatkan hubungan ini yang mana lelaki yang berumur lebih kerap menonton berita berbanding dengan perempuan berumur. Ini bermakna jantina adalah variable ketiga (selain IV dan DV) yang moderate dan berinteraksi dengan umur bagi menguatkan kekerapan menonton berita.

Key - variable yang berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV. 

Extraneous variable - variable luaran selain IV yang mempengaruhi DV.

Contoh:
Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV). Selain daripada itu, isu semasa yang berlaku juga mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu semasa adalah extraneous variable yang perlu dikawal. 

Variable ini tidak dikehendaki dalam kajian, kerana mengganggu DV. Maksudnya, jangan lah masa ada isu hangat sehingga semua orang yang kecik dan besar menonton berita.... macam peristiwa tsunami, maka masa tu jika  anda ambil data, sure semua orang kata dia kerap menonton berita. 

Ada baiknya anda tangguhkan dulu sehingga tiada berita yang sensasi berlaku. Ada juga penyelidik menamakan variable ini sebagai confounding variable.


Kesimpulan:
Yang cuba saya ketengahkan disini adalah - PENTING dan CRUCIAL bagi anda yang membuat kajian kuantitatif khususnya korelasi dan eksperimental supaya membaca kajian lepas dan cuba mencari ulasan tentang variable mediator, moderator dan extraneous bagi meyakinkan pembaca bahawa anda memahami kesan variable2 tersebut, bukan sahaja IV dan DV. 

Kefahaman anda tentang variable2 selain IV dan DV kajian anda akan memberikan "weight" kepada credibility anda.  Jika anda menjalankan kajian eksperimental pula, kupasan bagaimana anda mengawal variable extraneous adalah WAJIB. Jika tidak...... dusyuummmm....anda pasti akan ditembak semasa defend aka viva !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...