.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 5, 2018

Tajuk 869: Kanak-kanak dan algorithm

Kanak2 belajar dari algorithm dulu... bukan konsep !
1. Anak2 bila mula memanggil ibu... tidak memahami konsep ibu. Mereka tak tahu 'ibu' adalah perempuan yang melahirkan anak hasil dari perkahwinan dengan seorang lelaki. Mereka tidak tahu konsep perkahwinan apatah lagi persenyawaan.. Cukuplah mereka tahu, itu ibu ! 

2. Nine (foto) dah buat soalan bahagi dan darab yg simple2 (wpun lom blaja kat sekolah) sbb aku detect dia otak maths... so far lah. Dia belum betul2 captured konsep darab dan bahagi tapi boleh jawab soalan sbb dia boleh kuasai algorithm yg aku ajar. Ini dah cukup baik dgn level abstractness umur dia (7+ tahun). Setelah menguasai algorithma, dia akan mula membina skema, diikuti sedikit demi sedikit menguasai konsep bila mula berhadapan dgn latihan yang lebih authentic dan abstrak.. maybe bila dah naik Tahun 3.
3. Jadi... jgnlah kecoh2 sangat nak ajar istilah2 abstrak kat anak2 ni dulu. Biar dia selesa dgn algorithm dan guna sedikit aspek memorization dahulu sebagai permulaan. Ini nature belajar anak2. Apa yang perlu, sebahagian besar anak2 normal ini dapat kuasai apa yang diajar mengikut algorithm (tahap rendah dalam hirarki pengetahuan) sebelum diperkenalkan jargon2 yang kita yang dah tua bangka nipun tak berapa nak tahu. Anak2 kita bukan Adi Putra yang melangkaui abstractness even cikgu maths dia sendiri !
4. Sebab itu aku fikir tak sesuai istilah2 abstrak dan konsep2 spt hipotesis, inferens, bundar, 4x3 tak sama 4x3... diperkenalkan di Tahap 1 atau tahap yang terlalu awal... kerana ini istilah jargon yang pak mak diapun tak tahu... sabar2lah nak ajar budak2 ni.... jgn kerana kita dah ada pengalaman hidup dan baru nak faham istilah2 ini setelah kita berusia 45 tahun, kita nak sumbatkan kepada anak2... akhirnya harapkan buku teks saja yang tebal.. latihan yang banyak... hanya sedikit sahaja anak2 yang kuasainya dan dapat A.. yang lain dok tenganga, sedang yang A pun rupanya ramai yang hafal cara nak jawab soalan - itulah pendidikan kita ! 
5. Cikgu dan mak ayah terlebih dahulu tahu ke apa algorithm tu? Jgn tanya anak anda pula...
OT

Tajuk 868: Research is to DISCOVER something

Manalah mak tak haru....

Research - “to discover so.. to determine…to investigate…something "

1.
Kajian doctorate ke.. Master ker... jelas bertujuan utk contribute to knowledge, maka contribution ini lebih mudah difahami sebagai “to discover something by solving a problem/issue". Membuat research adalah utk “discover something”.. maka terpacullah perkataan berikut dalam soalan kajian yang membawa maksud “to discover" (mana ada RQ atau objektif kajian dimulakan dengan perkataan "To fill..." )
To identify…
To develop..
To validate...
To compare...

2.
Dua tujuan utama kajian quantitative sosial science – menentukan hubungan (korelasi, regressi etc) dan membuat perbandingan (t-test, ANOVA, chi-square etc) yang semuanya lebih difahami sebagai “to discover” the quantity of the relationship dan differences.

3.
Kajian qualitative spt grounded theory pula adalah satu kaedah sistematik - “the discovery of theory” through intensive analysis of qualitative data.



4.
Dalam research pure and applied science pula…. no doubt kajian yang dijalankan adalah “to discover something” dari dalam makmal, ke dasar laut hinggalah ke angkasa…. sehingga kajian sains disalurkan dalam Discovery Channel dan malah adanya Space Shuttle Discovery….

5.
Dalam criteria semakan thesis ada ruangan “contribution to knowledge” hasil dari 'discover something'...

6. SV pulak tak pernah sebut benda gap ni... lansung xpernah timbul pun....

7.

Selepas semua dilakukan dengan cantik, baik dan comprehensive ..tiba2 datang 'pencinta gap' tanya soalan..."Where is the gap?"... "I cant see your gap".... "U need to fill the gap".... mana mak tak haru...

OT

Tajuk 867: Mind Set SV Novice

MIND SET SUPERVISOR NOVICE !
Pernah kah terlintas difikiran SV yang "fresh and novice" persoalan seperti:
1. Apakah persediaan aku utk jadi SV yang komited?
2. Adakah aku boleh memberi komen yang constructive?
3. Adakah aku mampu memperkasakan supervisee aku?
4. Adakah aku hanya menjadi beban kepada supervisee?
5. Adakah aku akan jadi ego kerana status quo?
6. Adakah aku sanggup luangkan masa utk membantu supervisee yang lemah tetapi bersedia utk berusaha?
7. Adakah aku bersikap terbuka dan lapang dada?
8. Adakah aku bersedia utk dicabar oleh supervisee?
9. Adakah aku akan menggunakan supervisee utk kepentingan diri?
10. Adakah aku bersedia berkongsi pengalaman utk meningkatkan pengetahuan supervisee?



11. Adakah aku tahu bagaimana nak mengurus supervisee aku?
12. Adakah aku akan minta menjadi 1st author tulisan hasil penat lelah supervisee
13. Adakah kerana menjadi PI, semua kerja aku serahkan kepada pelajar cum RA aku?

Aku ingin bersikap praktikal….. bahawa manusia samada SV dan supervisee… kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan dapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:

1. Tahu kelemahan diri masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuannya sahaja, sedang research sangat luas. Supervisee pula mencari jalan menguasai asas dalam menjalankan research spt pengetahuan statistik, bukan mengeluh sahaja.

2. Berkomunikasi sebagaimana anda ingin org lain berkomunkasi dgn anda. SV jgn menjadikan pangkat sebagai tanda superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.

3. Kejayaan supervisee adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi supervisee dalam apa bentuk sekalipun.

4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan penguasa dan supervisee bukan hamba !!

5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari supervisee.

6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran.

SV berada dalam zon yang lebih selesa, tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn supervisee yang mempertaruhkan 4,5 tahun masa, harta dan tenaga utk graduated. Klu supervisee kena resubmission masa VIVA, SV tak terkesan mana pun... sedang supervisee rasa bagai langit runtuh.

Berbanggalah jika supervisee anda mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan anda..... dan hargailah hubungan SV-supervisee kerana hubungan ini SV berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion !

Tajuk 866: Anak2 kita makin lama makin meluat dgn SAINS !

1. Sains adalah subjek wajib kerana sains mengenalkan kita kepada kehidupan utk kemajuan masa depan. Oleh kerana sains adalah kehidupan yang dikurniakan kepada manusia secara sistematik, sains perlu diperkenalkan seperti mempelajari satu kehidupan, bukan rigid dalam satu matapelajaran.
2. Matlamat asas dalam pengajaran sains adalah membina pemikiran saintifik, bukan mempelajari cara menghafal fakta sains yang sudah tercatat dalam buku, ensaikolepidia, dan sekarang dah ada wiki... tanyalah apa dia.... itulah wikipedia ! Pendek kata, semuanya boleh di recall dihujung jari !
3. Pengajaran sains bermula disekolah rendah, walaupun bermula dgn konsep mudah dan asas…. tetapi diajar mengikut bab tertentu sehingga berlaku fragmentation. Tujuannya supaya fakta boleh diingati (retention) yang diuji dalam peperiksaan, dan berharap pemahaman kepada fakta ini boleh dipindahkan (transfer) bila mempelajari tajuk yang baru. Adakah harapan ini menjadi kenyataan?
4. Aku nak bagi satu contoh simple yang mungkin ramai tak berkenan sebab tak sesuai dgn PAK21 yg canggih... tapi aku nak bagi juga !
Bawa murid ke dalam semak (kalau sekolah dalam bandar, kenalah bawa keluar sekolah) dengan membawa glass magnifier ... kertas catatan... dan hp cikgu klu nk ambik foto dan tunjukkan mereka “sains tentang kehidupan”. Minta pelajar memerhati kehidupan beberapa serangga yang ditemui - semut, belalang, rama-rama, ulat dll sambil guru kemukakan soalan HOT supaya murid terlebih dahulu diajar berfikir apa sahaja yang diperhatikan kerana setiap satunya melibatkan proses sains. Lain topik lain plak aktivitinya....
5. Murid juga dilatih bertanya soalan dgn betul atau dlm bahasa canggihnya problem posing dan bbincang sesama sendiri dan dgn bantuan guru..
Apa yang semut makan?
Kenapa makanan tersebut sesuai untuk semut?
Kenapa makanan semut tak sama dengan makanan rama-rama?
Adakah semut benda hidup, kenapa?
Bagaimana semut mencari makanan dll?
Bagaimana awak tahu?
Cuba awak jelaskan. Adakah rakan yang lain setuju? Jika tidak, kenapa?
Bagaimana semut berlindung jika hari hujan?
Kenapa semut boleh terapung atas air?
6. Kemudian guru “transfer” perbincangan kepada serangga / hidupan yang lain?

Selain semut, serangga apa lagi yang menggunakan sesungut untuk mengesan makan?
Adakah manusia juga menggunakan idea sesungut (antena) ini dalam kehidupan?
Bagaimana pula ular mengesan makanan?
Jadi guru sains sekolah rendah mestilah bersedia dan terlatih sebagai seorang biologist, chemist, environmentalist, dan physicist yang creative sebab SAINS SEKOLAH RENDAH PERLU BANYAK EXPLORATION.... BUKAN BANYAK EXAMINATION !
Camner nak buat tu, bole ker?
Getik betul aku dgn soalan macam ni... kenapa tak boleh - bukan kuar budget pun, kuar dari kelas dan kuar dari kepompong jer !
7. Dalam menguasai konsep sains. jawapan yang betul TIDAK PENTING. MISCONCEPTION juga dialu2kan (tapi ini adalah PANTANG LARANG NOMBOR SATU di sekolah!). Ini adalah sebahagian proses sains. Belajar sains is not about getting the correct answer ! Keutamaan adalah kepada pembentukan pemikiran saintifik dan membina connection antara konsep yang akan membetulkan misconception dan pemahaman murid. Ini hikmah nye di Jepun xder exam sehingga umur 10 tahun atau grade 4... hanya penilaian guru.. utk dibincang dgn ibubapa..
8. Pendekatan pengajaran sains mesti flexible. Guru perlu diberikan silibus yang juga flexible. Guru-guru sains misalnya diberikan otonomi... bbincang sesama guru.. between dan within school utk btukar2 idea dan aktiviti... utk pupuk pemikiran saintifik murid.
9. Bukan semua murid / pelajar yang akan terus meminati sains.... tetapi mereka tidak MEMBENCI nya... sedang yang berminat akan mempunyai kekuatan proses sains, manipulative skill, pemikiran scientific dan HOTS
Jika dulu belajar fakta dulu, kemudian baru ada sikit-sikit aktiviti sains, kenapa tidak adakan banyak aktiviti sains kemudian baru belajar fakta sains sikit demi sikit. Ini kerana memupuk pemikiran sains dan HOTS sambil membetul misconception memerlukan masa, tetapi itulah objektif yang perlu dicapai.
Adakah guru bersedia untuk ini?
Inipun soalan getik. Guru memang dah lama bersedia. Benda2 pelekpun guru dah buat. Isi borang bertimbun2 pun guru dah buat.... dan ada yang pura2 buat pun dah buat... apa sahaja guru semua dah buat !
10. Jika tidak, jgn lah pura2 kecewa semakin lama semakin ramai murid tidak berminat dan bersikap negatif dengan sains kerana fakta sains yang semakin lama semakin banyak utk dihafal, semakin kompleks utk difahami, semakin abstrak utk ditransfer !
Percayalah, jika mahu, anak anda boleh dapat lebih banyak fakta sains yang jauh lebih hebat on-line dari MEMBACA buku teks !
HOT tidak boleh dipupuk disaat pelajar telah menutup sebahagian minda mereka kepada sains, jadi bermulalah dari sekolah rendah. Science is MORE on what is LEARNED than what is TAUGHT !
Ala.... cakap senanglah....
Abis yang dok buat selama ini senang dan berhasil sangat ke?
OT

Tajuk 865: Biasiswa BUKAN research grant !




Terdengar aku kisah panel temu duga biasiswa btanya soalan seolah2 calon tu nk minta research grant.
a. Apa impak kajian ni nanti?
b. Kajian ni dah byk orang buat?
c. Apsal buat kat kolej u jer.. buatlah satu Msia
d. Dll
1. Mohon biasiswa utk sambung BELAJAR. Belajar apa? Belajar buat research lah.
2. Klu dah belajar buat research... tanyalah soalan yg bkaitan blaja buat research... bukan impak research.
3. Mmglah kajian kebanyakkan dah ada orang buat... tetapi yg buat BUKAN calon tu ... diapun nk blajalah camner org lain tu buat research.. dgn bbrapa modifikasi... nnti pun SV akn mintak ubah sana sini... panel PD pun minta tambah sana sini...
4. Blaja buat research sama macam buat 'prototype research'... lom lagi real research macam yg minta grant.
5. Yg minta geran ribu raban dgn team up bbrapa expert pun byk yg tak der apa2 impak..
6. Elakkan demotivated dan downgrade calon... sbb duit biasiswa tu duit rakyat... duit calon tu juga
7. Nak buat satu Msia saje... itu jer lah modal kononnya nk capai tahap PhD
8. Tanyalah soalan2 yg constructive.
9. Lagi ramai calon yg dpt biasiswa... lagi besar impak kpd industri ... lansung atau tak lansung.... inilah impaknya
10. Elok juga panel tunjukkan dulu impak kajian masa dia buat tesis dulu klu adalah ... baru boleh tanya soalan tu pada calon... klu tak.. tanyalah soalan lain
Sekali lagi.... mohon biasiswa utk blaja buat research yg sistematik... bukan mohon grant utk buat research.
OT

Tajuk 864: More for less or less for more?

10 aspek utk dikongsi bersama.... tak kira siapa anda ! 
Aku nak tarik perhatian kpd 5 sains subject sains Ting 4 dan 5 - Fizik, Kimia, Biologi, Maths dan Add Maths. Ini beberapa assumption / obsevation yang aku ingin buat: 
1. Silibus semua subjek diatas disediakan oleh mereka yang pakar dlm bidang masing2. Maknanya, pakar Kimia (content expert fuhhh) yang berada dalam panel comittee kurikulum kimia mencadangan topic2 penting utk di ajar... semoga mereka bakal jd expert dlm kimia... dan pakar fizik mencadangkan tajuk2 penting dalam fizik, begitu juga dgn biologi, Maths dan Add Maths sedang yang belajar ni hanya perlu penguasaan concept sahaja, bukan utk jadi expert dalam semua subjek ! 

2. Jika kimia dijadikan contoh, maka terdpat 13 tajuk yang mesti diajar di Ting 4 dan 5. Jika dijumlahkan semua tajuk2 yang perlu dipelajari dalam 5 subjek tersebut …. mahu ada 50 tajuk yang perlu dihadam.... lom termasuk subjek lain lagi... perghhh ! 

3. Kesemua tajuk subjek sains mpunyai 6 element iaitu a. Macro – tangible, boleh dipegang spt alat radas, tumbuhan dll b. Micro – intangible spt molecule dan sel c. Simbolik – diwakilkan dgn persamaan spt A + C --- D + E d. Abstrak – tidak dapat divisualkan spt haba e. Dinamik – sentiasa bergerak spt electron f. Interconnected – konsep saling bkaitan spt redox dgn electrochemistry 

4. Keenam ciri di atas menjadikan subjek sains…. uniq ! Tak caya? Kalau pelajar jurusan Biologi tahun 3 diminta jawab soalan Fizik tahun 1, aku percaya gerenti kantoi dgn alasan “dah tak ingat” wpun telah dipelajari masa tingkatan 4, 5 dan matrikulasi. 

Jadi apa perlunya nak belajar sampai 50 tajuk, sedangkan boleh sahaja di kurangkan utk difahami dgn lebih baik sebelum pelajar mula membuat jurusan tertentu. 
a. Bukan sahaja pelajar, cikgu subjek bio kalau diminta ambil paper Add Maths SPM... akan dapat keputusan sama spt dia tak pernah belajar apa2 tentang Add Maths.... walaupun mungkin dia dulu score 9As semasa di SBP. Tak caya - cubalah ! 
b. Tanya Prof Maths tentang apa maksud pH? Ini paling basic dlm kimia. Ada possibility dia xtahu... sdg dulu diapun blaja kimia.. jd best student lagi. Ala... jgn sengeh.... kau pun tak tahu maksud "p" dlm pH tu... termasuklah agen yg jual air alkali... kangen water... dll... main sebut jer pH..pH. 
c. Knp ion H+ dipanggil proton? Aku selalu tanya std Kimia dan Fizik ...pucat lesi nk jawab. 
d. Boleh tak beri jawapan "Berapa dekad kah ada dlm satu saat?" dlm masa 5 saat.. sure mengelupur... Dulu basic pun hafal... masa exam score... pas tu lupa seumur hidup. Zaman ini zaman menguasai konsep..... semua info lain dah ada hujung jari bukan zaman cikgu pucat sebb silibus yg nk masuk exam tak cover lagi. 

5. Oleh kerana banyaknya tajuk… maka pelbagai strategi digunakan utk mengingat, menghafal, tip2, panduan yang semuanya bermatlamatkan exam orientation. Sekolah terbaik pula abiskan silibus seawal mungkin utk persiapan SPM… dgn latih tubi dan membiasakan diri dgn strategi soalan dan jawapan. Adakah ini sesuatu yang menepati falsafah pendidikan sains negara? Falsafah ni bukan aku yg gubal... Realitinya hanya segelintir sahaja yang berjaya…maybe dapat menguasai subjek2 tersebut dgn baik... mereka mungkin gifted... mungkin dapat bbagai peluang.... biasisea dll sedang yang majority xtahu apa2 atau cukup2 makan ... yang cukup2 makan ini akan meneruskan kecukupmakanannya ke peringkat IPTA pula…. camner nak berjaya sbg scientist! Abis apa cadangkan kau.... bukan main sedap lagi tangan menulis .. nk jadi keyboard warrior lah tu... 

6. Aku mencadangkan, tajuk dlm sains perlu dikurangkan... hanya perlu diajar tajuk yang menjadi fundamental supaya cukup masa utk mendalaminya melalui pendekatan yg lebih authentic.. Tajuk spt termokimia, elektrokimia dan kimia organik misalnya tak perlu di ajar pun di peringkat menengah … biarlah mereka enjoy belajar kimia dan jika mereka memang serasi dgn subjek tersebut, barulah mereka mempelajarinya maybe ketika Tahun 1 di IPTA dan menjurus dalam bidang tersebut. Mana boleh bro…. Ini aku tak setuju… nanti gelap masa depan negara kerana kita memerlukan ramai saintis! 

7. Meh aku bagi tahu…. Mana ada sainstis pakar semua bidang... dia mungkin menguasai beberapa basic / konsep bidang yang lain. Kalau dia pakar dalam Kimia Organic dan perlukan pengetahuan add maths… hanya algorithma sahaja yang maybe diperlukan. Malah, jika perlu sgt nak integrated kan bidang organic dgn fizik dll misalnya, pakar2 ni boleh sahaja berkolaboratif. Adakah kau nak sebut, kurikulum sains yang ada tak bagus… sedang kita mengadaptasi silibus yang digunakan dari negara2 maju. Cer citer kat aku. 

8. Terserah kepada tafsiran masing2…. dan kalau kau fikir kita semakin maju, semakin ramai pelajar berminat dgn sains, teruskanlah berfikir begitu, namun aku tahu kita spt "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"... tercicir juga dlm TIMMS dan PISA... dan apa dah jadi dgn matlamat 70:30? Now dah terbalik ! 

9. Sekali lagi aku membawa idea “less but more” dgn 3 element i. penguasaan konsep yang kukuh (dgn pengurangan topic) ii. Integrated knowledge (aplikasi yang menggabungkan konsep2) iii. higher order thinking skills - HOTs (pengajaran authentic yang galakkan pelajar mencari maklumat spt problem / project based learning) Susah lah macam tu bro... 

10. Amendenya yang susah. Pelajar yg blaja bpuluh2 topic tu tak susah ker... cikgu yg mengajar tu senang ke? Topic dah kurang. Kandungan pula byk applied. Sebahagian topik pelajar yang cari info dan penyelesaian sendiri, bukannya menambah apa2 beban... guru hanya perlu training lagi... utk menguasai pengajaran authentic... sbb dah terbiasa dgn teaching for examination Kisah aku.... Ingat lagi bila cikgu kimia aku kata... "bila ada soalan pencairan ingat M1V1=M2V2" dan amazingly selepas 30 thn... sampai skang bila aku tanya student pun jwb benda yg sama... bila tanya knp M1VI dan M2V2 tu... menganga semua.." 

OT

Tajuk 863: Concept / review paper.. Sapa kata ada data baru boleh publish paper?

Artikel dgn data adalah keutamaan. Namum.. bagi isu yang panas.... hot... yang masih banyak argument dari pelbagai perspective dan teori... anda boleh saja sediakan kertas kerja / artikel konsep / review utk publication. Menyediakan kertas kerja konsep secara tidak lansung menguji pemahaman anda serta kemampuan anda mengupas isu dalam kajian anda sendiri tersebut secara kritis dari perbagai perspektif. Kertas kerja konsep adalah analisis “mendalam” sesuatu idea yang masih fresh dan boleh mengundang persoalan / pendapat dari pelbagai sudut. 

Sebagaimana research paper, concept paper masih memerlukan journal articles sebagai rujukan bersama laporan terkini isu yang ingin dibangkitkan. Concept paper tidak memerlukan data, tetapi memerlukan perbincangan beberapa aspek utama yang menyokong concept atau thesis statement yang ingin diperkenalkan. Katakan anda ingin memperkenalkan penggunaan mobile application yang lazimnya berorientasikan computer games kedalam strategi pembelajaran dan pengajaran sains, sudah pasti ia mengundang banyak persoalan. Mobile app muncul dgn tag “learn anywhere anytime”, satu extension baru kepada e-learning yang boleh dikupas dari pelbagai sudut spt content... screen size... connectivity... Apalagi.... MENDELEY akn bantu anda !! Mungkin dgn contoh tajuk2 berikut, akan memberi anda idea apa yang diperlukan bagi concept paper… 

Contoh tajuk - mesti catchy.. 
a. Standing at the Crossroads: Mobile Learning and Cloud Computing 
b. Mobile application for mobile learning – A new learning theory? c. Will mobile application really influence mobile learning? 
d. From e-learning to m-learning: Moving Beyond “No Significant Difference” 

Contoh tajuk dan abstract satu artikel 
Planning in the Real-Time City: The Future of Mobile Technology

Abstract
The mobile phone has transformed life in the city. Using them, individuals can both receive information about their surroundings through location-based services and contribute to the city as a system. They can participate by sharing location, text, photos, or video about the conditions of the city. This article explores the literature surrounding mobile phone technology in urban planning and city life. Specifically, it explores the potential of mobile phones in sensing, documenting, and exploring the city. This article draws on literature from a wide variety of fields to create a overview of the issues surrounding mobile phones in the city. THIS PAPER REVIEWS what we know and what has been speculated about the influence of mobile phones and similar devices on urban life. There is evidence that they alter our sense of individuality, our mobility, our interactions with others, our capacity to participate in and document public life, and our senses of privacy and publicness. The implications and meanings for planning are open, as they were when the mails, the telegraph, and the telephone were first introduced. Jadi...jgn tunggu lama.... sediakan concept paper wpun anda masih di semester pertama! 

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...