Respon:
Kajian kuantitatif seperti kajian eksperimental, jika anda telah menulis hipotesis, maka sepatutnya tak perlu lagi menulis persoalan kajian. Ini kerana hipotesis lebih terperinci berbanding dengan persoalan kajian. Jadi seperti berlaku pertindihan. Bagi saya, tidaklah salah jika anda sertakan kedua2nya, sekurang2nya anda lebih jelas dan fokus. Namun, memadai jika anda hanya menulis hipotesis tanpa persoalan kajian bagi kajian eksperimental sebab hipotesis spt "wajib" bagi kajian eksperimental.
Namun, bagi kajian kuantitatif seperti kajian tinjauan (survey), anda mungkin hanya perlu menyatakan persoalan kajian jika anda hanya menjalankan kajian deskriptif, bukan melakukan eksperimen untuk menguji hipotesis. Anda hanya mengumpul data numerikal. Jika anda menjalankan survey bagi mendapatkan data untuk menguji hipotesis, maka anda perlu menyatakannya. Malah anda mungkin perlu kedua2 sekali, persoalan kajian (bagi objektif yang tidak menguji hipotesis) dan hipotesis (bagi objektif yang menguji sesuatu).
Bagi kajian kualitatif, oleh kerana anda juga tidak melakukan eksperimen maka hipotesis tidak perlu. Oleh itu, anda hanya perlu persoalan kajian bagi memberi fokus kepada anda untuk mencari jawapan kepada fenomena yang anda kaji.
Harap anda tidak keliru. Terima kasih kerana bertanya.

OT