.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 10, 2011

KEMBARA - Mari snorkeling di Terengganu kite!

Saya nak kongsi satu pengembaraan di Pulau Lang Tengah, Terengganu bersama keluarga.... snorkeling ler! Bila dah ramai.... terpaksa bawa dua keta ler...Si RUSH dan Si ANVANZA.


Nasrah (my niece).... Klong dan Kngah bersiap untuk snorkeling


Ali, Arif, Muhd, Klong dan Nasrah..... cool sementara nak sampai ke Pulau Lang Tengah. Pulau ni sebelah Pulau Redang. Mula nak ke Redang, tapi dah fully booked. 
Biasalah dua orang ni....He he... Perjalanan lebih kurang 40 minit. Dilambung ombak percintaan tak sama dengan dilambung ombak laut.....silap hari bulan pening.... 
Biarlah ombak percintaan melambung2
sehingga akhir hayat...toing..toing... he he


Kita orang menetap di DCoconut Lagoon..... terpaksa sewa 4 bilik woo..... tapi jeti ni sampoi sangat... budak2 boleh jatuh... tak der safety lansung iskh.. guano mu
Kami jer booking satu bot... 




Anak-anak lelaki ler paling excited. Tak cukup snorkeling siang... waktu malampun mereka pergi. Nak buat camner... 
air yang cetek dan jernih benar2 menggamit jiwa


Ni ler boat yang bawa penumpang untuk snorkeling... dan kelihatan dalam hutan tu hotel kami.....


Posing depan hotel.... Kat sinipun ada Wifi tapi mak datuk punya mahal.Saya nasib baik dapat pujuk seorang pelajar parktikal kat hotel ni bagipassword dan pinjam komputer. Tahu tak sebab apa dia bagi tu..sebab pelajar tu student UPM .. he he.....


Ready  untuk terjun ke laut.... bagi yang pakai spek kenalah sewa goggle (jangan salah eja google) yang ada power... kalau tak kabur ler. Oleh kerana saya sewa banyak benda... so abang tu bagi harga special !
Terjun jer dalam laut.... Subhanallah macam tengok filem AVATAR.....berbagai ikan dan karang yang cantik. Namum terdapat juga tanda2 karang yang dah mati...maybe terkejut ramai pelancung yang datang. Paling seram takut terjumpa anak JAWS !


Laut yang biru dan jernih menyerlahkan khazanah laut... paling best bila ikan datang dekat2....
Nasihat paling berguna.... jgn pakai sunburn cream bila nak snorkel sebab bila ada air masuk dalam cermin tu wpun sikit.... pedih bijik mata...bila pulak nak tengok ikan dan corel ! Pakai untuk berjemur boleh lah....Ini pengalaman ooo.... cepat2 basuh supaya tak pedih lagi....
Cam ni ler gambaran snorkeling tu... Ramai yang bawa kamera water proof boleh le ambil pic bawah air.... Kalau tak pun.... bungkus dengan plastik... be creative man... hehe


Coral dan ikan bermain-main...
Klong dan KNgah...


Snorkeling lagi...




Klong dengan anak penyu.... nama dia Sammy... 
Sammy Adventure


KNgah pun ada juga anak penyu... nama dia Ben10 ha..ha..


Anak pelancung korea ni tak pernah tengok anak penyu... kita orang buli ler dia..

(bukan buli anak penyu yang comel tu... buli budak korea tu takut2kan diaorang he he)


Latihan sebelum snorkeling..... dalam swimming pool hotel... tapi air dia masin ler


Walaupun pregnant... wife tetap ingin snorkel juga...
supaya lahir nanti baby pandai berenang... ternyata betul sebab baby Nine sejak lahir 

suka berendam dan kalau masuk swimming pool sampai terlelap dlm pelampung... 






Sempat singgah di Masjid Kristal. Hairan juga... tang mana yang dikatakan kristal tu tak adapun.....? Tanya pengunjung lain pun sama... semua tak tau... awat ler
Kerajaang Terengganu tak letak ape2 maklumat. 


OTW balik, duduk resort di PAKA, nak gi memancing ler pulak.... alang2 dah sampai Tganu....Murah sebab satu banglo boleh ada 3 bilik... jimat sewa hotel
dan ada kemudahan lengkap cam rumah sendiri!


Jangan tak tahu..... ni lah kaki pancing separuh amature....


Ikan pertama he he dan yang terakhir hu hu berjaya dipancing....Diberitahu ikang kat PAKA protes sebab harga petrol naik lagi...Tinggal anak2 ikang yang tak faham bahasa jer yang makang umpang !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...