.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 2, 2011

Tajuk 53 - Apakah maksud TRIANGULASI dalam kajian kualitatif?

Triangulasi adalah satu keperluan dalam kajian kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi method yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.

Katakan anda berminat untuk mengetahui sikap pengunjung terhadap kebersihan di pantai peranginan Port Dickson, anda boleh menemubual secara rawak reponden yang mengunjungi PD tentang kesedaran menjaga kebersihan, diikuti dengan pemerhatian terhadap tingkah laku pengunjung serta membuat rakaman video serta mengambil foto. Kesemua bentuk data yang berbeza ini di “triangulasi”kan bagi menghasilkan kumpulan data yang lebih meyakinkan.

Data yang berbagai bentuk ini (transrip temuduga, video clips, foto, catatan lapangan, pemerhatian,  dokumen) akan mudah diproses dan dianalisis dengan bantuan perisian seperti NUD.IST dan NVivo. Perisian ini hanya “membantu” anda menyusun data kualitatif anda secara bersepadu.

Menggunakan perisian mempunyai kelebihan kerana anda dapat menghubungkan secara bersepadu kesemua data anda, malah anda juga boleh membuat analisis statistik yang asas seperti frekuensi. Katakan anda memilih satu perkataan dalam transkrip seperti “hobi”, maka perisian boleh membantu anda dengan cepat untuk mencari perkataan tersebut dalam keseluruhan transkrip anda dan memberikan frekuensinya. Anda juga boleh menghubungkan transkrip seorang responden dengan bukti video dan audio, dan ini sangat membantu proses triangulasi data. 
Kenangan di T'ganu.. ada bukti video, foto untuk triangulasi
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...