.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 28, 2011

Tajuk 101: Makna alfa Cronbach dan mengapa ada bernilai negatif


Alpha Cronbach (AC) adalah pengukuran reliability paling popular, mengalahkan Siti Nurhaliza. Ini kerana AC mengukur kekuatan korelasi antara item-item soal selidik dalam setiap konstruk yang unidimensional (satu dimensi). 

Nilai AC yang tinggi menunjukkan semua item mengukur satu konstruk dengan satu dimensi yang sama. Jika anda ingin mengukur persetujuan, skor mestilah dalam satu dimensi iaitu bersetuju ataupun tidak bersetuju bagi memdapatkan korelasi yang tinggi.
Jika soalselidik anda mempunyai beberapa konstruk, pengukuran AC mestilah dibuat secara berasingan mengikut konstruk. Ini bermakna jika soal se,idik anda ada 5 konstruk, anda perlu ada 5 nilai AC bagi soal selidik tersebut.

Formula AC (tak perlulah saya tulis disini) menjadikan nilai AC berkadar terus dengan bilangan item  dan juga berkadar terus dengan meningkatan korelasi antara item. Ini bermakna, menambah bilangan item akan meningkatkan AC dan sebaliknya.
Anda menangis ada orang pujuk.... penyu menangis tak sispa yang tahu..


Nilai AC boleh jadi negative apabila magnitude negative korelasi antara item lebih besar dari magnitud positif korelasi antara item (saya akan sambung lagi perbincangan tentang hal ini)  

Output SPSS:
Dua perkara yang perlu diperhatikan semasa membaca output SPSS
  • Anda boleh membuang item dengan nilai Alpha if item Deleted yang tinggi kerana item ini menunjukkan korelasi yang rendah
  • Anda juga perlu buang item yang mempunyai nilai Corrected item-total correlation yang rendah ( < .3). Nilai ini adalah nilai korelasi antara setiap item dengan jumlah skor dari soalselidik yang sepatutnya tinggi (>.3)

(Sedang dalam editing lagi….)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...