.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 27, 2011

Tajuk 98 - LITERATURE REVIEW - Jangan jadi PENAKUT!

Kat luar hujan turun. Wpun sejuk..... jantung saya panas.... bukannya apa tetapi GERAM....sebab ramai pelajar TAKUT meluahkan idea dalam menulis LR. Kalau bercinta.... idea keluar mencurah2  sampai bersambung dalam mimpi !!
  • Anda TAKUT untuk menulis LR kerana fikiran anda fokus kepada petikan artikel MELEBIHI fokus anda kepada kajian sendiri - Betul tak? 
  • Anda TAKUT untuk memetik dengan menghilangkan perkataan asal dari petikan - Betul tak? 
  • Bila anda TAKUT, anda mengambil jalan mudah meringkaskan sahaja kajian lepas dan kalau boleh menterjemah sebijik2 apa yang anda baca - Betul tak?
  • Akhirnya LR anda menjadi himpunan ringkasan kajian lepas..... bukannya kupasan dan analisis dalam konteks kajian anda - Betul tak?
Maka andapun mulalah menulis seperti:
  • Othman (2007) said that....
  • Robert (2010) stressed that...
  • Mathews (2009) in his study argued that.....
  • Kajian oleh Salman (2009) dalam kajiannya mendapati ....
  • Shah Rukh (2007) telah menyenaraikan.....
Pembaca ingin membaca tulisan anda, kajian anda, mendengar suara anda dan hujah anda bukan ringkasan kajian lepas seperti di atas - Betul tak?


(Bayangkan anda sedang berbincang dengan pasangan anda tetapi asyik bercerita tentang bekas buah hati anda.....maka pasangan anda akan meluat..... samalah seperti membaca LR anda tetapi penuh dengan ringkasan2 kajian lepas.....meluat lah.......) 

Fikirkan sejenak simulasi ini - Sepatutnya anda menulis dengan menutup mata, tulis apa sahaja yang anda mahu tentang kajian anda. Jadi barulah pembaca akan MEMBACA idea anda dan suara anda. 


Husna sedang menulis LR bertajuk "Anak Itekku"




Tapi anda tak boleh buat begitu sepenuhnya kerana LR memerlukan citation bagi memantapkan tulisan anda, maka anda perlulah merujuk kepada kajian lepas. TETAPI ini bukan bermakna anda meringkaskan artkel yang anda rujuk!

Katakan anda ada petikan berikut dan anda ingin gunakan untuk kajian anda berkaitan "miskonsepsi dalam sains". Baca dengan teliti.



Petikan 1 (Othman, 2007)
This study also found at least three specific misconceptions demonstrated by the subjects from both the computer-based animation and conventional groups, which can be added to the list of students’ misconceptions documented in previous research. These misconceptions were found written by the students in the pre-test and post-test and detected during the interview sessions. These misconceptions were (a) a reducing agent is only in atomic form (b) there are positive atoms and negative atoms, and (c) in electrochemical cells, the cathode is always a negative electrode and the anode is always a positive electrode. Another common misconception held by the subjects was that they believed the salt bridge supplied electrons which flowed through electrolyte solutions as electrical current in order to complete the galvanic cell’


Penulisan 1:
Miskonsepsi adalah fenomena yang sering berlaku dalam pembelajaran sains. Secara umumnya miskonsepsi merujuk kepada pemahaman konsep pelajar yang bertentangan dengan konsep sains seperti yang difahami oleh ahli sains. Fenomena miskonsepsi ini wujud dalam kognitif pelajar tanpa disedari. Misalnya dalam mempelajari sains, terdapat  miskonsepsi terhadap kewujudan  atom positif dan atom negatif (Othman, 2007), sedangkan mengikut pemahaman sainstifik, semua atom adalah bersifat neutral




Petikan 2 (Othman & Robert, 2006)
The research process demonstrated that factual knowledge such as definition of terminologies can be remembered and understood easily by the students in computer-based instruction and talk-and-chalk. Some misconceptions about simple concepts can also be restructured and resolved through both instructional approaches. In other words, it seems adequate for the factual knowledge to be intelligible in order to facilitate weak conceptual change, regardless of the method of instruction. For example, by just memorizing the facts, the subjects might have been able to give a correct definition of electrolyte. 

Penulisan 2;
Dalam mempelajari sains, pelajar masih boleh memberikan jawapan kepada soalan-soalan berbentuk fakta yang boleh diingati dengan mudah. Namun begitu, pelajar akan berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan konsep yang lebih kompleks kerana mengingat fakta hanya dapat menjelaskan definisi sesuatu konsep (Othman Talib & Robert, 2006) tetapi bukannya pemahaman terhadap konsep tersebut. 

Kesimpulan:
Perhatikan dalam kedua-dua Penulisan 1 dan Penulisan 2di atas, saya tidak terpengaruh lansung dengan apa juga perkataan atau method kajian dll selain dari mengambil fakta yang relevan dengan apa yang cuba dijelaskan kepada pembaca saya. Saya TIDAK TAKUT pun asalkan ada citation.  Dengan adanya keberanian ini, anda akan menulis dengan lebih lancar tanpa takut2 dan ragu2, asalkan anda membaca sumber rujukan tersebut dan mengambil idea atau fakta yang relevan sahaja. Saya ulangi lagi.... FAKTA YANG RELEVAN sahaja !!

Persoalan saya: Adakah penulisan saya seperti anda membaca RINGKASAN KAJIAN LEPAS? 

Jadi jangan takut2..... anda adalah penulis. Pembaca ingin mengetahui kajian anda yang mantap bukannya ringkasan kajian lepas. Memang ADA ketikanya anda perlukan ringkasan kajian lepas malah memetik secara terus (direct quotation).... tetapi tuliskan dalam konteks kajian anda!

GERAM KERANA SAYANG...


OT

1 comment:

  1. tq Dr beri keberanian utk saya suarakan apa yg saya nak katakan dlm kajian saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...