Terdapat beberapa cara untuk menentukan kandungan yang perlu anda masukkan dalam sorotan literatur anda. Dalam erti kata lain, apakah tajuk utama dan sub tajuk yang perlu ada dalam sorotan literatur anda. Anda boleh lakukan ini dengan mencari idea utama dari pembacaan artikel.
Malangnya ramai pelajar siswazah "malas membaca". Jangan mengharapkan pensyarah anda yang tunjukkan semuanya keana ini adalah kajian anda.
Berikut adalah contoh petikan tesis bagaimana anda boleh mengeluarkan idea utama dari pembacaan sorotan kajian anda. Ini adalah tajuk thesis saya, cukup sekadar contoh:
COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION AND STUDENTS’ CONCEPTUAL CHANGE IN ELECTROCHEMISTRY
Dari pembacaan beberapa artikel utama, anda sepatutnya telah mendapat idea utama yang sesuai dengan kajian anda. Katakan anda mendapati dari bacaan artikel tersebut bahawa:
Researchers found that a majority of students had difficulty understanding abstract and dynamic concepts in chemistry especially electrochemistry concepts.
Constructivist approach is needed in teaching difficult concepts, in which learners construct new understanding based on their previous knowledge.
iii. Bacaan seterusnya mendapati asas teori konstruktivis ini dibincang dari aspek konstruktivis kognitif (Piaget) dan konstruktivis sosial (Vygotsky).
Piaget and Vygotsky provided a basis on how learners construct new knowledge through the process of conceptual change.
Anda kemudian cuba mendapatkan perkaitan antara teori dan "gap" yang anda cuba kaji iaitu penggunaan animasi serta kesannya kepada perbahan konsep pelajar. Anda dapati perkaitan dari petikan berikut.
From the constructivist perspective, computer animation provides a situation that enhances conceptual change.
Setelah itu, anda mendapati teori conceptual change dipelopori oleh Posner dan pengkaji ini telah dipetik kajiannya dalam kebanyakkan artikel berkaitan conceptual change. Maka anda boleh membina kerangka konseptual anda bedasarkan perkaitan antara animasi, constructivist (cognitive dan social) serta conceptual change.
The conceptual framework of conceptual change underpinning the implementation of a constructivist approach was inspired by the model proposed by Posner (1982).
CHAPTER 2 LITERATURE REVIEW 2.0 Introduction 2.1 Constructivist Theory of Learning 2.1.1 Piaget’s cognitive development theory 2.1.2 Vygotsky’s social constructivism 2.1.3 Theoretical Framework 2.2 Conceptual Change 2.2.1 Electrochemistry concepts 2.2.2 Posner’s model of conceptual change 2.2.3 Conceptual Framework 2.2.4 Research Related to Conceptual Change 2.3 Computer animation 2.3.1 Animation from constructivist perspectives 2.3.2 Research Related to Electrochemistry 2.4 Conclusion |
No comments:
Post a Comment