Tuk..tuk... baru saja saya melabuhkan punggung saya ke kerusi empok di pejabat... datang seorang pelajar yang ingin berbincang tentang proposal. Jam didinding menunjukkan pukul 10.00 pagi. Walaupun mukanya tenang tetapi suaranya yang agak menggeletar menunjukkan betapa banyaknya persoalan yang bermain difikiran.
Setelah berbincang, dia menarik nafas lega kerana sebahagian persoalan telah terjawab. Namun, satu dari persoalan yang ditanya akan saya jawab dalam blog ini. Untuk berkongsi bersama anda.....
Situasi 1:
Siti membaca buku Yusof Samad (1990) bertajuk “Statistik untuk sains sosial”. Dalam buku tersebut Siti tertarik untuk memetik ayat:
“Jika anda ingin mengkaji hubungan antara variabel, maka kajian yang sesuai adalah kajian korelasi.” Kerana sesuai dengan kajian Siti.
Maka Siti pun menulis dalam proposalnya:
“Kajian ini akan menggunakan kaedah korelasi kerana melibatkan penentuan hubungan antara variabel (Yusof Samad, 2000).”
Komen:
Anda tidak perlu menulis citation kerana pernyataan Yusof Samad adalah pernyataan umum sahaja yang terdapat dalam semua buku statistik. Siti hanya perlu menulis seperti berikut tanpa citation:
“Kajian ini akan menggunakan kaedah korelasi kerana melibatkan penentuan hubungan antara variabel.”
Situasi 2:
Siti terus membaca buku Yusof Samad (2000) dan tertarik untuk memetik ayat:
“Kajian lepas oleh Marina Salim (1998) menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang kuat antara IQ dengan EQ” kerana kajian Siti juga mengkaji IQ dan EQ
Maka Siti pun menulis tapi confused cara penulisan citation yang betul:
Ayat 1:
“Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Marina Salim (dipetik dari Yusof Samad, 1998) yang juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara IQ dan EQ”
Komen:
Ayat ini perlu dielakkan kerana menjadi tanggungjawab anda membaca artikel asal (primer) oleh Marina bukan dipetik dari kupasan buku Yusof Samad. Jika tidak, credibility tesis anda akan dipertikai.
Ayat 2:
“Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Marina Salim (1998) yang juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara IQ dan EQ”
Komen:
Bayangkan jika semasa pembentangan atau viva, penilai atau audiences minta anda jelaskan sikit bagaimana kajian Marina dijalankan, apa instrument yang MAarina telah gunakan dll soalan untuk mendapat penjelas lanjut, sedang anda tak membacapun artikel tersebut...... apa jawapan anda?
Moralnya elakkan menulis citation yang anda tidak baca.
Akak, abang, pakcik, makcik yang buat master tu jangan malas2 tau ...jangan ambil chot cut tau.... buat cam caya ni...cuka cangat baca buku...Ini buku Piaget tau... sumber primer tahun 1968....emmm |
Sumber kedua:
Anda boleh menggunakan sumber sekunder terutamanya buku yang mengandungi kupasan tentang teori kajian anda termasuk kupasan kajian-kajian klasik (macam kajian Pavlov dengan anjingnya) yang dah lama dan sukar untuk diperolehi....
Jika journal artikel, terutama yang terkini dan bersifat semasa, anda kena usahakan juga untuk mendapatkan artikel tersebut. Jika tak dapat juga, beralihlah kepada artikel lain untuk menyokong kajian anda....
Jika journal artikel, terutama yang terkini dan bersifat semasa, anda kena usahakan juga untuk mendapatkan artikel tersebut. Jika tak dapat juga, beralihlah kepada artikel lain untuk menyokong kajian anda....
OT
No comments:
Post a Comment