Research statement atau penyataan masalah adalah antara bahagian pertama yang akan saya baca dahulu. Saya dan mungkin pemeriksa tesis ingin tahu apakah masalah yang ingin anda kaji. Sebab itu saya anggap ia sebagai jantung kepada sebuah kajian. Mana mungkin ada kajian jika tiada masalah yang ingin dikaji.
4. Bagaimana kajian anda boleh membantu dalam masalah ini? Apa "gap" yang ada?
Spt biasa, sukar untuk memberi satu formula khusus bagaimana untuk menulis pernyataan masalah. Namun saya cuba senaraikan "rule of thumb" dengan 4 langkah dengan contoh seperti berikut. Apa yang penting bagi saya, masalah perlulah jelas dan penting untuk diketengahkan.
1. Konteks umum masalah
Secara umumnya, aplikasi social networking on-line seperti twitter, facebook telah membawa byk kebaikkan, namun tahap kekerapan menggunakan SN telah dilaporkan membawa kesan negative kepada generasi muda khasnya golongan pelajar.
2. Apakah fokus masalah?
Masalahnya kekerapan pelajar (variable) menghabiskan banyak masa melayari facebook mendatangkan kesan kepada pencapaian akademik (variable). Anda ingin mengetahui trend ini (hubungan antara variable – dpt diukur dengan soalselidik) dalam kalangan pelajar semester 3 yang berbeza jantina (variable). Ini kerana pelajar sem 3 telah dapat membiasakan diri dengan kehidupan dikampus dan kumpulan ini terdedah kepada kemudahan Wifi 24 jam dikampus masing-masing yang disediakan untuk kemudahan menambah pengetahuan, bukan sebaliknya.
3. Mengapa masalah ini menarik minat anda?
Masalah ini mestilah sesuatu yang menarik, sekurang-kurangnya menarik kepada anda. Paling sesuai jika masalah anda juga masalah semasa.
- Masalah ini telah mendapat liputan semasa yang meluas
- Masalah ini telah mendapat perhatian ibubapa dan pengurusan IPTA / IPTS
- Terdapat pihak yang mem”blok” facebook dalam operasi harian
- Masalah ini jika tidak dibendung akan membawa kesan lebih serius
- Masalah ini berkaitan dengan seluruh populasi pelajar IPTA dan kolej universiti.
Mendokumenkan trend kekerapan melayari fbook dan kaitannya dengan GCPA dan trend kekerapan mengikut jantina pelajar akan menambah pengetahuan tentang kesan ketagihan internet di IPTA / IPTS bagi kajian lanjutan untuk mengawalnya." Gap" yang wujud adalah ketiadaan kajian trend kekerapan melayari fbook mengikut jantina dan kesannya terhadap pencapaian CGPA dalam kalangan pelajar IPTA.
Kesimpulan:
Perhatikan dalam pernyataan masalah di atas, jelas ada variable (kekerapan melayari fb, skor CGPA, jantina) yang akan dikaji, mudah membina instrument untuk pengukuran, ada skop (Facebook, pelajar sem. 3) dan ada "gap". Kajian ini adalah kajian survey yang mencari korelasi antara variable.
Kesimpulan:
Perhatikan dalam pernyataan masalah di atas, jelas ada variable (kekerapan melayari fb, skor CGPA, jantina) yang akan dikaji, mudah membina instrument untuk pengukuran, ada skop (Facebook, pelajar sem. 3) dan ada "gap". Kajian ini adalah kajian survey yang mencari korelasi antara variable.
I like it very much!
ReplyDelete