Setelah bercerita sedikit tentang London, saya bercerita sedikit tentang Italy pula. Mula2 sampai saya hairan kerana tiadapun perkataan Florence. Yang ada cuma Ferenzi. Rupa2nya Ferenzi tu panggilan di Italy...Florence ler tu! Florence terdiri dari dua bahagian.... bandar bersejarah dan bandar moden. Saya tinggal di dua tempat...resort dan bandar bersejarah !
Salah satu sudut di Muzium Florence |
Jambatan popular di Sungai Lungarno |
Gereja abad 13 yang terkenal dengan marmar putih.... tempat tumpuan pelancung |
Banyak lori dan kereta yang cenoni (kecik) di Florence sebab jalan memasuki bandar bersejarah Florence adalah jalan zaman dulu yang sempit sebab dibina untuk kereta kuda. |
Contoh satu lorong di bandar asal Florence. Kat sini ler Zorro naik kuda masa dia kecik2... he he |
Geramnyer keta cinoni ni.... |
Sungai Lungarno yang mengalir tengah2 Florence.... bersih dan tenang. Kelihatan di belakang adalah jambatan asal yang menjadi identiti Italy dan Perancis |
Sebuah lagi keta cinoni tapi yang ini power punya.... berdesup kalau kat highway ni! |
Bangga bila terjumpa buah nangka dan rambutan ada di Florence !! |
Saya minat sungguh keta cenoni ni.... tak der ker sesapa nak hadiah sempena hepi besday ! |
Ni ler pengangkutan ala keratapi ditengah2 Florence moden. Dalam pic tu Muhd ler.... |
Ni ler pasar malam Florence moden.... pakai baju 61 tu my wife dengan anak....tak jumpa ler pulak pekerja Bangadesh atau Indonesia macam kat pasar malam Malaysia. Semuanya Mat Salleh |
Nak tergelak tengok kelapa dijual macam buah potong di Malaysia. Harga 1 euro ooooo. Kat Msia cuba ler makan kelapa masa nak gi kuliah ker...sure orang kata "tak cukup makan budak ni!".. |
Barangan tembikar di Bandar Bersejarah Florence |
Saya terperasan keretapi di Italy doubel decker wooo. Kalau LRT kat Msia buat cam ni OK tak ? |
Dapat keta ni..... sure best bawak gi kuliah... boleh parking side-by-side dengan moto students... |
Terror ler mamat ni lukis atas jalan. Dah lukis 3,4 jam... kena pijak jer. Tapi mereka buat kerana seni.... tapi lukisan diaorang.... real sungguh ! |
Inilah patung David (kononnya Nabi Daud) yang diukir oleh Michelangelo yang terkenal tu. Ada larangan ambil foto.. tapi zaman hp canggih ni....sambil2 jalan2 pun boleh snap... tak perlu pakai flash! |
Berhenti menikmati pemandangan di ladang olive (buah zaiton). First time drive kenderaan left-handed.... Masa ni baby Nine masih dalam perut umi dia....! |
Semasa di salah sebuah resort di luar Florence |
Bandar bersejarah Florence yang unik dan cantik. Bandar ini popular dengan Vespa... banyak poster dan replika vespa dijual. |
Sebatang lorong di Florence. Kat luar macam flat ... jika masuk dalam perrghh... macam bunglow.... |
Melalui kawasan kampung di Itali sungguh mengasyikkan dengan pemandangan yang hijau dan nyaman. Awas jangan melawat waktu salji.... terperap dalam rumah ler jawabnya sebab salji tebal di sini. |
Casamoda....nama resort tempat kami tinggal sebelum ke Florence |
Sehabukpun tak tahu mende..... tapi OK jer.... KL tak sesat nikan pula Florence |
Bandar bersejarah Florence ramai pengunjung |
Mula2 dihidangkan botol ni panik jugak sebab saya order air mineral jer...! Baca balik rupanya memang air mineral...AQUA OLIGOMINERALE NATURALE berbelit lidah nak sebut benda tu... |
Nilah mezium khazanah Italy.... asalnya castle |
Saya tak pakai GUCCI .... makan kuaci jer... |
ARMANI pun tak beli... kuar AIRMATA |
Kampung yang cantik...lagi nyaman... |
Maknanya supermarket ler.. |
Tokojut den jumpo kodai BATA.... sebolah kodai YSL... cayalah. Yang sedang tolak baby stroller ty my wife ler... jadi pelakon tambahan. |
Jalan kurun 13 ni diperbuat dari batu.... untuk keta kuda jer... |
Ni lah hotel penginapan di Florence, tepi sungai Lungarno |
Pic ni saya ambil pada sehelai t-shirt yang dijual. Anda baca lah dan buatlah tafsiran sikap pembuat baju terhadap agama |
Walaupun ada mentari, best lepak2 cam ni.... sebab jalanpun sejuk. Kat belakang tu castel tempat horseman berkumpul sebelum pergi perang pada abad 13. |
Sebuah kedai cenderamata di Florence |
Sampai di bandar Florence, anda boleh sewa basikal...... tak der lah hidung penuh asap....Tapi jangan lepak2 macam dalam pic ni tengah2 panas di KL... |
Semasa memandu dihighway menuju ke arah Roma (Rome ler tu). Highway OKlah sama standard macam PLUS punya.... tapi tol murah giler... |
No comments:
Post a Comment