.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1740 : Kepada SEMUA PG - STRATEGI MADU 3


Ganti baca 300 artikel dlm 3 bulan dgn strategi 3 jam. This is not a trick ! SHARE jika anda sayang rakan PG anda.

1. Aku 'hairan' bila PG yang baru nak mulakan pengajian diminta baca 300 artikel, sehingga mengelupur tanpa sebab. Ini bukan cara yang dilakukan di mana-mana pun di atas buka bumi ini. Matlamatnya mudah tapi sangat memperdayakan. Baca 300 atau lebih, baru PG akan 'menguasai' apa yang nak dikaji. Ceewah.

2. Ini adalah gula-gula getah yang lansung tidak dipersoalkan oleh PG yang novice, sehingga dah abis manispun masih mengunyah, nak dibuang tak boleh, nak ditelah takut tercekik.

3. Strategi MADU 3...
a. PG perlu menguasai asas perbincangan tajuk yang ia minati utk dijadikan kajian. Ini adalah satu kemestian.
b. Membaca awal-awal 300 artikel atau lebih adalah radiculous and rediculed the PG, kerana mereka akan membaca apa sahaja yang dijangkakan berkaitan dengan tajuk yang diminati katalah 'COMPUTATIONAL THINKING IN EDUCATION' atau ringkasnya CT.
c. Bayangkan kegilaan yang melanda PG utk mengadap 300 artikel dgn theory dan analisis data yang asing bagi mereka.
d. Pasti PG tidak akan memahami apa yang dibaca kerana sifat artikel yang khusus dgn method dan analisis serta isu yang pelbagai peringkat dan aspek. Bila tak faham, baca 3 artikel pun dah sentap, belum lagi 300 - ini kerja tak masuk akal.
e. Lebih lelucun, ada plak PG yang dah lulus beri ceramah kata dia baca 50 artikel sehari - boleh mencapai 6000 artikel sepanjang pengajiannya, can she / he proved it ?

So camner? Dua langkah dalam Strategi MADU 3.

I: Strategi 3 artikel

a. Bagi PG yang baru, katalah namanya Nora Hafizan, cikgu sains yang berminat nak buat 'Computational Thinking', parti-timer, ibu kepada 6 orang anak.. duduk jauh plak.. tapi sangat berminat dengan CT kerana KPM mula melancarkan program dan kurikulum yang melibatkan coding dari sekolah rendah - current issue di Msia. Beliau adalah cikgu yang hebat di sekolah.

b. Langkah terbaik utk 'menguasai' apa yang sedang dan telah berlaku adalah membaca kupasan artikel secara umum spt 3 artikel berikut. Artikel ini berbentuk kupasan kritis dgn persoalan2 yang ditimbulkan dari berbagai skop secara fokus kepada bidang pendidikan dari sekolah rendah ke IPT yang mudah difahami. Cikgu Nora Hafizan boleh sahaja manfaatkan isu yang dikemukakan dan mendapatkan idea utk kajian yang bakal dijalankan.


Artikel tersebut adalah:


Hsu, T. C., Chang, S. C., & Hung, Y. T. (2018). How to learn and how to teach COMPUTATIONAL THINKING: Suggestions based on a review of the literature. Computers and Education.


Lockwood, J., & Mooney, A. (2018). COMPUTATIONAL THINKING in Secondary Education: Where does it fit? A systematic literary review. International Journal of Computer Science Education in Schools.


Moreno-Leon, J., Roman-Gonzalez, M., & Robles, G. (2018). On COMPUTATIONAL THINKING as a universal skill: A review of the latest research on this ability. In IEEE Global Engineering Education Conference, EDUCON.


II. Strategi 3 thesis

a. Foto (diambil daeri Proquest) berikut adalah 3 thesis terkini dalam topik Computational Thinking yang boleh dibaca, khususnya bahagian LR. Bahagian LR akan mengupas dan membincangkan perkembangan CT lalu memberi idea awal apakah yang berlaku dalam kajian2 sebelum dan semasa berkaitan CT utk memberi kefahaman dan idea awal kepada PG membina topik semasa kajiannya sendiri.


4. Kedua-dua strategi I dan II di atas mungkin sahaja mengambil masa 3 jam untuk dibaca dan memberi gambaran awal 'penguasaan' PG akan tajuk kajiannya. Saya ulang, 3 jam sahaja.



5. Selepas mendapat gambaran dan membentuk tajuk kajian... barulah pencarian artikel secara lebih fokus dilakukan, sedikit demi sedikit dgn artikel yang THE MOST RELEVANCE sahaja ! Tak adalah pening dan berserabut


6. Kesimpulan.


Mengarahkan PG awal-awal terus membaca 300 artikel adalah saranan 'tidak masuk aqal' yang kelihatannya 'gempak' tetapi hanya mendatangkan kesulitan bukan pemahaman.


7. Kenapa nama strategi ni MADU 3?

Saja jer... dah semuanya angka 3... aku namakan jer lah MADU 3.... nak namakan 3 ABDUL pun boleh... 3 Dara boleh...3 Stooges pun boleh... 😁


Salam Jumaat .. saya ❤️ kamu


OT




















Tajuk 1739 : Terwujud GAP aka kelompongan 5 mm.



Dia dah set 50 mm.. bila print jadi 55 mm.. terwujud GAP aka kelompongan 5 mm.

Kena baiki dan print semula 8 copies jawabnya.. baru muka depan.. yg dlm byk lagi...

Hidup 5 mm ! Hidup sustainability .. menuju IR4.0 !

OT



Tajuk 1738 : Jurnal Malaysia Scopus-ISI-ERA



Elok juga hantar ke jurnal local berikut... jika sesuai dengan artikel anda. Selamat menulis dan menyumbang... sila klik foto berikut..


Sayang ❤️ kamu

OT


#indexingmalaysiascopus






LINK : https://bit.ly/2k62cdx

Tajuk 1737 : Ketahui 16 indexing Agency..


Berikut adalah senarai indexing agency yang 'dipercayai' utk rujukan anda. Setiap agensi ada kriteria masing2 dalam indexing, so tak boleh nak buat perbandingan.


Wbmpun, di Malaysia (KPM), dua yang diterima sebagai 'terbaik' adalah Scopus dan ISI, manakala ERA juga diterima sebaris dgn keduanya oleh beberapa IPTA.


Namun, kepada PG, mana2 index berikut boleh digunakan utk rujukan jurnal terbaik utk rujukan tesis anda.


Google scholar*

ERA*

Scopus*

PubMed*

EBSCO*

EMBASE

DOAJ*

ISI-WoS*

SCIE

SCIMAGOJR*

OAJI

IJIFACTOR

Index Copernicus*

Open J Gate*

Ulrich’s International Periodical Directory*

BASE

*popular


Sayang awak... ❤


OT

#indexing














Tajuk 1736 : Apa tujuan anda buat Master / Doctorate?


Samada anda buat master, PhD atau DBA, EdD dll.. dua tujuan asasnya adalah..


1. Menjadi independent researcher yang professional
2. Menghasilkan kajian novel yang dapatannya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji.


Dua ini sahaja matlamat asas yang perlu dipegang. Memaksa PG membuat kajian kuantitatif atas dasar generalisasi yang bukan dua tujuan utama di atas satu yang keterlaluan.


Tajuk kajian mestilah tajuk yang diminati dan ada keperluan utk dilakukan oleh PG sendiri. Tugas SV utk memastikan kajian tersebut sesuai dan researchable. Itu sahaja. Tiada paksaan utk buat kuanti atau kuali jika ia bersesuaian dgn nature kajian yang dicadangkan oleh PG.


Bukalah Proquest. Banyak tesis kajian social science di universiti ternama, katakan di US dan UK yang berkaitan dgn situasi di China, Vietnam, Brazil, Nigeria dll negara, kerana ada keperluan PG dari negara2 tersebut lakukan kajian berkenaan dan sering kali ia berbentuk KUALITATIF.


Menjadikan generalisasi sebagai syarat wajib atas tiket kuantitatif untuk menerima tajuk kajian adalah menyalahi hak PG yang menjadi klien dan pembayar yuran pengajian.


OT

Tajuk 1735 : Contoh slide yang mengajar Study Case


Ini satu contoh slide yang mengajar Study Case yang dikatakan sample kecil dan tak boleh buat generalisasi mewakili populasi. Kemudian ditambah dengan statement bias lalu di sebut kepada PG yang ikut kelas tersebut....'Study Case tidak sesuai utk PhD'... kerana mungkin itu juga yg dia faham sekian lama.


1. Aku tak pasti samada penyedia slide ini pernah buat SC atau tidak..

2. Kajian PhD tiada kaitan dengan generalisasi tetapi contribute to knowledge

3. Kajian kupasan buku, fenomenologi, etnografi semuanya bukan bertujuan untuk generalisasi tetapi menambah pemahaman.
4. CS mengambil data dari pelbagai kaedah, termasuk juga menggunakan kaji selidik yang berbentuk survey.
5. Data boleh ditriangulasi bagi menghasilkan kesimpulan yang komprehensif serta meminimakan bias.
6. Masa yang panjang bukan kerana ia kajian SC tetapi kerana....
7. ...kerana diminta dulu baca 300 artikel, cari gap tak jumpa-jumpa, persiapan proposal yang tebal sampai beratus pages, tajuk yang diubah berkali-kali.... ntah apa-apa...


OT



Tajuk 1734 : 10 + 10 pertanyaan kpd SV yang novice



Bagi SV yang novice...

1. Bolehkah anda berada 'dalam kasut' PG?

2. Adakah anda bersedia menjadi pendengar yang baik?
3. Adakah anda tahu utk memperkasakan PG ?
4. Adakah aku boleh memberikan feedback dan feedforward kepada PG?
5. Adakah anda akan jadi ego kerana status quo?
6. Adakah anda sanggup luangkan masa membantu PG lemah yang komited tetapi bersedia utk berusaha?
7. Adakah anda boleh bersikap terbuka dan lapang dada menerima idea dari PG?
8. Adakah anda bersedia jika pendapat anda dicabar oleh PG yang berpengalaman?
9. Adakah anda akan menjadi clique kepada PG?
10. Adakah anda akan mengambil kesempatan dan memanipulasi kerja PG ?


Manusia samada SV dan PG kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan sentiasa mendapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:


1. Tahu kelemahan diri masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuan PhD nya sahaja yang khusus, sedang research sangat luas.

2. SV bukan utk menunjuk superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.

3. Kejayaan PG adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi PG dalam apa bentuk sekalipun

4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan penguasa dan PG bukan pekerja !!

5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari PG. Berikan arahan yang jelas dan difahami kepada PG.

6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran. Perbezaan antara dua manusia memang tidak dapat dinafikan.

7. SV berada dalam zon yang lebih selesa, tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn PG yang mempertaruhkan 3, 4 tahun masa, harta dan tenaga utk graduation.

8. Berbanggalah jika PG anda mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan anda.

9. Hargailah hubungan dgn PG kerana hubungan inilah anda berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion !

10. Maka hormatilah PG anda sebagaimana anda ingin dihormati….kerana dulu pun anda seorang PG.


OT - Tahniah.. wpun bertongkat tetap datang dan bertanya soalan





Tajuk 1733 : Sapa Kata Dapatan Thesis PhD Mesti Kuantitatif Utk Generalization ?


Ini satu lagi salah faham.... yang menyusahkan dan tiada kena mengena dgn PhD.. DBA.. EdD atau MSc. Entah sapa lah yang bawa fahaman ini lalu pakat2 menganutinya. Jom faham molek-molek.


1. Generalization adalah keupayaan sesuatu dapatan kajian yang boleh merangkumi lebih dari sekadar setting kajian asal. Ini bermakna dapatan kajian anda boleh represent setting yang lain. Jika dapatan kajian dilakukan di beberapa buah sekolah di Kajang, maka ia boleh mewakili seluruh sekolah di Kajang, atau di Selangor. Selalunya, generalisasi berkaitan dgn random sample yang mewakili sesuatu populasi, maka dapatan dari sample boleh digeneralisasikan kepada populasi tersebut.


2. Namun, ia bergantung kepada kajian yang dilakukan. Jika anda melakukan kajian kuantitatif spt survey, dan dapatan mewakili sejumlah sample yang representative populasi, maka boleh lah di generalisasikan.


3. Dapatan kajian survey spt ini selalunya menggunakan kaji selidik dan ia bersifat trivial, hanya dapatan umum (spt signifikan atau tidak - itu sahaja) yang boleh digeneralisasikan dan sukar utk sampai ke peringkat 'perlaksanaan' ke seluruh populasi.


4. Jika anda melakukan kajian kualitatif spt kajian kes misalnya, katakan terhadap suatu organisasi, maka kajian tersebut memberikan pemahaman yang mendalam kepada case yang dikaji, maka apa-apa elemen aplikasi yang juga menepati situasi organisasi lain, maka ia boleh di generalisasikan ke organisasi tersebut sampai ke tahap perlaksanaan. Ini termasuklah operasi dan strategi yg digunakan oleh 'case'yg dikaji.


5. Bagi kajian kualitatif, generalisasi lebih bersifat application transferability , iaitu dapatan boleh digeneralisasikan aplikasinya jika menepati keperluan diluar kelompok sample yang dikaji.. Application transferability dalam banyak aspek lebih membawa makna yang praktikal berbanding generalisasi 'atas kertas' kajian survey kaji selidik yang trivial.


6. Oleh itu, apapun kajian peringakt PhD, DBA, EdD, MSc, samada kuantitatif atau kualitatif, kedua2nya tetap ada pertimbangan untuk digeneralisasikan. Maka pendapat bahawa kajian PhD mesti boleh digeneralisasikan dan yang hanya boleh digeneralisasikan adalah kajian kuantitatif adalah pendapat meleset, separuh masak .. apatah lagi bila semua nature kajian nak di'kuantitatif'kan atas nama generalisasi. Aku tak tahu mana datangnya fahaman begini...


7. Ketahuilah, matlamat utama kajian PhD atau MSc adalah utk 'contribute to knowledge' dan dalam aspek ini, kajian KUALITATIF lebih kaya dan informative dlm memahami sesuatu fenomena dan lebih dekat dgn maksud 'contribute to knowledge' berbanding kajian kaji selidik KUANTITATIF.



8. Walau bagaimanapun, kedua2 kajian kualitatif atau kuantitatif boleh sahaja dijalankan sesuai dgn nature dan keperluan menjawab RQ masing2 kajian.



9. Pemahaman bahawa kajian PhD MESTILAH kajian kuantitatif kerana boleh digeneralisasikan kepada populasi, sehingga dalam dan luar negara adalah pemahaman cetek dan separuh masak. Ketahuilah bahawa di luar negara, lebih banyak kajian kualitatif dilakukan dalam sosial science termasuk di universiti ternama dan terkemuka kerana pengetahuan dan pemahaman yg mendalam diprrokehi dari fenomena yg dikaji dan aplikasi yang diperolehi dari perbagai method pengumpulan data lebih diutamakan dari sekadar generalisasi trivial kaji selidik kajian kuantitatif !



10. Tentu anda sedar, banyaknya kajian kuantitatif yang didakwa boleh digeneralisasikan, tidak mendatangkan apa2 kesanpun, kerana tiada siapa yang terkesan dgn dapatan yang trivial berbanding dgn dapatan yang dikupas secara mendalam bagi satu fenomena yang realisitk. Kitapun tahu.. ramai yang menjadikan seseorang atau satu syarikat atau satu organisasi yang berjaya sebagai IDOL utk ditiru berbanding dgn hanya saranan-saranan umum yang trivial tanpa sesuatu yang konkrit.


Sayang ❤ kamu..

OT

Tajuk 1732 : Percaya tak, teori dlm social science berasaskan STUDY CASE?



1. Ramai yang alergic kononnya kajian SC tak boleh generalisasikan. Maqamnya rendah (nak sebut maqam dia tinggilah tu) dan tak sesuai utk doctorate.


2. Jean Piaget membuat SC ke atas kanak-kanak dgn observation yang sistematik - terhasillah Cognitive Theory of Development yang digilai seluruh dunia.


3. Albert Bandura juga dikenali sebagai TPB yang dikembangkan dari idea Intentional Change Theory Richard Boyatzis yang membuat 5 common-sense steps bagi merasionalkan teori tersebut.


4. Dia kembangkan idea Azjen yang menulis artikel dari theory of reasoned action, yang asalnya dikemukakan oleh Fishbein. Bandura kembangkan lagi dengan 'rasional' dan beberapa experiment ringkas tapi sistematik.


5. Semua kajian di atas melibatkan kanak-kanak, termasuk Baby Doll experiment yang terkenal oleh Bandura yang menyimpulkan kanak-kanak belajar secara observation dan immitation, lalu terhasil theory social learning, kalau disini dianggap bermaqam rendah dgn nature kajian CS.


6. Cer baca buku berkaitan Vygotsky.. yang juga membuat catatan dari pemerhatian dan study case lalu popular dgn ZPD yang digilai dalam pendidikan.


7. Pavlov juga buat kajiannya kepada seekor anjing, bukan 30 ekor atau 300...


8. Semua ini menjadi kegilaan researcher dalam social science tetapi ada yang menolak plak CS atas alasan tak sampai maqam sebab tak boleh generalisasi. Abis yang hampa sendiripun guna theory2 di atas dan banyak lagi teori lain hasil dari SC tu apa pulak halnya?


9. Abis kalau CS tak boleh lansung digeneralisasi, apa hal plak satu dunia guna theory tersebut ?


10. Sekadar bahan berfikir ......


OT

Tajuk 1731 : Contoh Study Case Uni Of Cambridge..


Study Case... silalah baca .. nak tahu sampai ke tidak maqam PhD.. Jgn tak larat dah le.. Aku bagi link ni.. klik lah.

OT

https://www.dropbox.com/s/53ijr0ef…/cambridge_studycase.pdf…







Tajuk 1730 : Contoh thesis Study Case di Faculty of Education, University of Cambridge...



Study case adalah kajian pilihan utama di University of Cambridge. Berikut contoh thesis PG di Faculty of Education, University of Cambridge... yang dah completed.

Tak tahulah kat mana yang tak sampai maqam tu...

OT






























Tajuk 1729 : Kenapa calon DBA / EdD sesuai utk study case ...



1. DBA / EdD adalah professional doctorate, bermakna kajian berkaitan dgn profession yang diceburi dalam industri masing2, dan utk menyelesaikan masalah yang authentic dan realistic.


2. Kajian dalam profession social science DBA / EdD lebih mendambakan kebolehan menjalankan kajian case study, bagi memahami fenomena yang berlaku secara lebih mendalam dalam industri masing2. Ini adalah aspek practical yang perlu dikuasai utk menyumbang secara direct kepada professionalism mereka.


3. Maka, persoalan generalisasi bukan keutamaan dalam kajian DBA / EdD. Biarlah kajian hipotetikal dijalankan oleh calon PhD. Buatlah generalisasi semahunya walaupun generalisasi tersebut hanya wujud dalam tesis sahaja ! Tak lebih dari itu.


4. Individu yang memperlekeh malah menghalang calon DBA / EdD buat study case misalnya, atas alasan tak boleh generalisasi memanglah individu yang tak tahu fungsi professional doctorate. Baik ontok-ontok yo.


OT

Tajuk 1728 : Adoi.. study case lagi... geram plak aku..



Bertemu dgn PG.. yang sedang mencari tajuk sesuai, katanya. Bila aku teliti apa yang dia nak buat, boleh juga lakukan kajian 'study case', cadangan aku.


Bila abis je aku sebut study case .. cepat2 dia menjawab sampai terkejut manja aku ...


'Tak boleh, saya tak dibenarkan buat study case sebab tak boleh generalise kepada syarikat lain dalam dan luar negara'


Wpun terkejut manja, aaik geram lah pulak aku... bukan kepada PG tu, tapi kepada jawapan yang diberi. Aku tahu.. itu lah yang mereka dimaklumkan, sebut study case jer semua kata tak boleh utk PhD... tak boleh generalised... macamlah kajian PhD tu semua utk generalization


Akupun tanpa berlengah lagi... bukak lah Proquest melalui library UPM.. dalam skop economy, management, public policy dan marketing (bidang PG tersebut) .. dari 2010-2019... terpacullah 43879 tesis / dissertation tahap PhD yang ada tajuk 'study case'. Abis sapalah pulak kata 'study case' tak boleh buat PhD, ajaran sapa lah tu?


Oleh kerana dia masih trauma dgn tajuk yang ada 'study case' maka akhirnya aku dicadangkan satu tajuk yang lain - tanpa study case ! Barulah dia lega....


OT







Tajuk 1727 : Research is skill.. Go Zila !



1. Zila adalah pelajar master by coursework yang belajar secara parti-time dibawah penyeliaan aku. 4 semester graduated dgn MEd dan menghasilkan artikel dan chapter of book. Dia dah kuasai byk skills wpun buat coursework.


2. Setahun kemudian dia muncul utk mengambil PhD juga secara part-timer, lalu 5 semester dia graduated. Kali ini dgn lebih gah, menghasilkan artikel, chapter of book, memenangi award, mendapat IP serta GOT.


3. Dulu Zila cikgu biasa, sama macam cikgu lain, tergedik-gedik, semuanya tak tahu. Kini dia luar biasa, dengan network seluruh negara. Kesungguhan utk menambah skill membantu Zila berjaya..


4. Jgn jadi PG yang semua tak tahu... belajar dari yang dah tahu dan berani melaluinya...


5. Jom sama-sama mendengar sendiri dari Zila.. dalam prgram MEET dan GREET pada 14. Sept. 2019 dgn klik link berikut.. dan share dengan kawan-kawan.. hanya 100 tempat disediakan. Yuran komitment hanya RM30... elahai.


http://bit.ly/got14sept


OT



LINK : https://bit.ly/2ly61Zf

Tajuk 1726 : Tak tahu analisis awal-awal hanya tempat maut !



Pagi ini singgah seorang PG dah 6 semester, baru selesai CE, lom pun PD. Nak buat management, berkaitan customer satisfaction dalam aviation industri tapi tak tahu apa nak buat. Dia kata AirAsia tak byk komplen berbanding MAS (ada statistik)... so nak buat kajian aspek ini.


Model customer satisfaction guna yang sedia ada, kononnya nak bandingkan MAS dan Air Asia. Dia kata nak buat SEM-AMOS, tapi lom masuk bengkel lagi. Nak tunggu PD. Dari kata2nya, aku tahu dia pun tak faham SEM-AMOS tu utk apa.


Kemudian dia disuruh cari GAP, apa yang tak ada dalam model tu. Lalu diapun baca punya baca punya baca... tak tahulah sampai ke tidak 300 artikel... akhirnya sampai 6 semester, terjumpalah GAP - tidak ada faktor 'Air Accident Report' dalam model tersebut.


1. Aku tanya, memanglah tak ada, sapa plak nak bagi report tu kepada sebarang orang, sebab tu tak ada dalam model tu. Ia confidential.


2. Aku kata, kedua2 MAS dan AIRAsia tak sama. AirAsia xramai customer komplen sebab tambang murah, delay pun delay lah. Pasrah je. So nak compare dgn MAS buat apa?


3. Kenapalah tak masuk bengkel SEM-AMOS jika itu yang nak digunakan. Kalau tak tahu analisis, camner nak jangkakan apa yang perlu dibuat. EFA dan CFA pun tak tahu. Ini masalah PG, analisis data jika dah ada idea nak buat, terus ikuti bengkel dan fahaminya utk memudahkan kajian, bukan tunggu selepas PD... tempah mautlah jawabnya, berpusing-pusing.


4. Akhirnya aku buka Mendeley dan secara rawak minta dia ambil beberapa faktor lain yang tiada dalam model asal, seperti impact of social media dan self-service technology (SST), dan tambah dalam model asal dan uji utk model fitness, supaya boleh refined model sedia ada tersebut... khusus utk low-cost carrier spt AIRAsia.


Fuhh... baru dia nampak apa nak buat... dan contribution apa yang akan diperolehi dari competing model nanti...


Benda boleh dapat idea apa nak buat dalam 60 minit kenapa tunggu 6 semester...


OT

Tajuk 1725 : Camner nak synthesized ?



Menulis 'narrative' LR bukanlah sukar sekiranya ada mempunyai sumber yang mencukupi. Menulis LR memerlukan anda synthesize kajian lepas bagi menceritakan sesuatu seperti teori, argument, method, sampling etc.


Aku nak bagi satu contoh dummy dgn 5 pernyataan berikut yang di'fahami' secara direct atau indirect dari 5 sumber berbeza yang anda kumpulkan bagi memahami dan menceritakan 'negara Malaysia' dalam LR. Anda perlu synthesize (sintesis - menggabungkan) menjadi satu pernyataan tentang Malaysia.


1. Brunei dan Malaysia menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara (A)

2. Malaysia dan Indonesia menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan hibrid buah durian (B)

3. Malaysia adalah negara tropika yang berbilang kaum... (C).

4. Singapura adalah negara jiran Malaysia yang mengimport bahan mentah seperti getah dari Malaysia untuk dieksport melalui pelabuhan di Singapura (D).

5. Pertemuan Perdana Menteri Thailand dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu majlis sambutan kemerdekaan Thailand (E) telah menjalin satu kerjasama erat kedua negara yang berjiran.


Lima ayat di atas di ambil dari bacaan yang berkaitan dengan Malaysia dan negara jiran. Anda boleh sintesis (synthesize) menjadikan ayat yang menggambarkan Malaysia.


Taa daa....


"Malaysia adalah sebuah negara tropika (C) dan berbilang kaum (E) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (E). Walaupun penduduk negara tersebut berbilang kaum (C), Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi (A). Malaysia yang berjiran dengan Brunei, Singapura dan Thailand (D, E, A) terkenal dengan eksport getah selain dari buah-buahan tempatan seperti buah durian (B) yang bermutu tinggi..."


Lihat.. ada citation digunakn berulang (E dan C) ikut keperluan... ditulis dgn ayat anda sendiri tanpa plagiat.

Dah tak boleh nak tunjuk yang lebih mudah dari contoh ini..


Sayang ❤️ awak...


OT

#synthesized




Tajuk 1724 : Alasan kenapa kena baca 300 artikel...



Ada PG diminta baca dulu 300 artikel utk 'kuasa' topik yang nak dikaji. Kenapa 300 bukan 298 atau 499?


1. Senang nak sebut... baca 300 artikel !
2. Suruh baca 100 tu dah biasa, so sebut 300 baru ada pembaharuan
3. Kalau 100 tu macam larat je PG nak baca, kalau 300 barulah terduduk... barulah ada unsur2 PhD
4. Maqam mesti tinggi. 300 tu maqam makin tinggilah dari kalau baca 100 je
5. Sebut je 300 sebab ada je yang sebut 500, malah 1000 pun ada, apalak sangat 300 tu..
6. Bukan yang suruh tu kena baca, jadi sebut jelah apa2 pun tak kisah asalkan banyak.. lagi banyak lagi solid !
7. SLR bmula dgn 1000 pun berakhir dgn analisis dlm 30 artikel.. tapi itu SLR lah
8. Klu baca 100 lom tentu faham.. 300 tu cerah skit nak faham
9. Ala Mendeley ada... mujur tak suruh baca 3000
10. Itulah asalnya 300. Agaknya lah..


OT

Tajuk 1723 : Sapalah saya nk cadangkn kat KPM ?



Saya ni insan biasa je.. tiada pangkat harta plak kurang. Tapi takat nak cadang kat KPM tu tak lah salah.. dalam status FB aku ni je..


Berikut tajuk SLR yang KPM perlukan utk sebahagian mereka yang telah dianugerah HLP.


Saya tahu, KPM pun tak tahu kepentingan SLR, jadi saya kongsi contoh topik2 yang boleh di SLR kan oleh KPM... yg berkait dgn kurikulum... polisi yg melibatkan ratus ribu murid...


1. PBL meningkatkan KBAT murid

2. Peperiksaan melahirkan murid yang menguasai konsep

3. Memantau PnP meningkat professionalism guru

4. Faktor kemerosotan murid aliran sains

5. Buku teks membantu pemahaman murid

6. Adakah implimentasi STEM / promosi STEM / penekanan kepada STEM membawa peningkatan kepada penguasaan / minat murid

7. Kaitan RPH dgn pengajaran

8. SBP dan kemenjadian tenaga sainstis negara secara retrospective cohort


Ini persoalan yang dah lama bersarang. Selain bergantung kepada 'single study', jgn nafikan kekuatan SLR yang diambil sumber nya dari kajian terbaik seluruh scholar dalam konteks / scope yang telah dikenalpasti yang dapat memberikan a strong insight kepada soalan di atas.


Tiada masalah kita ghairah kepada IR4.0 spt kita ghairah kepada HOTS / KBAT atau KBKK dulu, tetapi jangan sampai tiada apapun kejayaan yang signifikan yang boleh dibanggakan. Murid makin 'menyampah' dengan sains. Buku teks makin tebal. Kerja makin banyak. Belajar makin lelah. Kita perlu tahu wujudnya kelemahan lepas sebelum menambah kekurangan baru... tak penat ke ?


Bila dah penat.. ghairah bertukar mengah...


OT







Tajuk 1722 : Ada tiga jenis LR



Sekali sekala, aku jelaskan 2 jenis LR dalam bengkel aku. Dalam status ini aku tambah 3 jenis LR iaitu..


1. (Narrative) Literature Review:
Ini adalah proses sisntesis kajian2 utama dari artikel2 utama bagi menjelaskan apa yang telah dilakukan secara diskriptif bagi menyokong keperluan kajian yang akan dilakukan, tidak melibatkan apa2 keperluan statistik dalam review tersebut. Selalu disebut sebagai LR sahaja. Ini yg sering dibuat dlm tesis.


2. Systematic (Literature) Review:

Adalah sintesis secara komprehensif sejumlah artikel relevan yang telah dikenalpasti secara saringan yg ketat bagi menjawab satu persoalan / hipotesis yang khususnya btujuan membuat sesuatu keputusan (oleh plicy makers). Selalu disebut SLR yg sering dijadikan artikel utk publication.


3. Meta-analysis Review:

Adalah review yang menggunakan teknik statistik utk sintesis keputusan kuantitatif sejumlah artikel contohnya menganalisis nilai effect size kajian-kajian melibatkan satu intervensi / rawatan suatu program atau medication. Selalu disebut meta-analisis sahaja yg juga dihasilkan utk publication.


OT

.







Tajuk 1721 : Thesis adalah duplikasi...



Jgn pening-pening.


Izinkan aku menyentuh soal duplikasi. Kajian peringkat PhD / master adalah duplikasi walaupun ramai yang tak mengakui dan takut mengakuinya. Ketakutan ini mempunyai asas kerana mereka diajar utk menggunakan perkataan spt “kajian ini belum pernah dibuat lagi” atau , “kajian ini kurang dijalankan” atau “kajian ini tidak mendapat perhatian” atau “kajian sebegini tidak banyak dalam LR” dan seumpamanya utk "menyerlahkan" keoriginalan kajian mereka yang jika dibaca penuh dgn duplikasi.


Percaya atau tidak, kajian atau REsearch adalah duplikasi, malah unsur duplikasi adalah satu keperluan. Cubalah buat ayat yang ada unsur "strong statement" pasti akan disergah dgn komen “mana citation?” atau “siapa awak nak dakwa dan tulis ini dan itu?”, “ada kajian lepas ke yang guna variable ini” atau "cuba cari theory yang guna construct ini" dll yang mengisyaratkan supaya anda merujuk, menjadikan kajian lepas sebagai rujukan dan sandaran..... ini adalah unsur duplikasi - kajian lepas.


Secara ringkas, unsur2 duplikasi perlu dilakukan sekurang2nya dari aspek berikut:


1. Theory – rujuk kajian lepas

2. LR – mengupas kajian lepas

3. Methodology / analisis – follow kajian lepas


Tiga komponen ini roughly menyumbang lebih 70% kpd weightage sesuatu thesis. Tanpa 3 unsur ini, maka tiadalah thesis


OT







Tajuk 1720 : Satu lagi paper (SLR) dari angel terbaharu aku....




baru 0 semester utk satu lagi conference.. next week baru start Semester 1..




Tahniah wpun tanpa CB dan HLP 😎




OT


Tajuk 1719 : Nk present di conference?



Concept / review paper... anda xperlu data !


Artikel dgn data adalah keutamaan. Namun.. bagi PG baru... pilih isu yang unik.... hot... atau yang masih banyak argument dari pelbagai perspective dan teori... anda boleh saja sediakan kertas kerja / artikel konsep / review utk publication. / presentation.


Menyediakan kertas kerja konsep secara tidak lansung menguji pemahaman anda serta kemampuan anda mengupas isu dalam kajian anda sendiri tersebut secara kritis dari perbagai perspektif.


Kertas kerja konsep adalah analisis sesuatu idea yang masih fresh dan boleh mengundang persoalan / pendapat dari pelbagai sudut. Sebagaimana research paper, concept paper masih memerlukan journal articles sebagai rujukan bersama laporan terkini isu yang ingin dibangkitkan. Concept paper tidak memerlukan data, tetapi memerlukan perbincangan yang menyokong concept atau thesis statement yang ingin diperkenalkan. Ia obvious dari tajuk yg selalunya ada ' ? '.


Mungkin dgn contoh tajuk2 berikut, akan memberi anda idea apa yang diperlukan bagi concept paper…


Contoh tajuk - mesti catchy..

a. Standing at the Crossroads: Mobile Learning and Cloud Computing

b. Will mobile application really influence mobile learning?

c. From e-learning to m-learning: Moving Beyond “No Significant Difference”


Jadi...jgn tunggu lama.... sediakan concept paper wpun anda masih di semester pertama .. malah belumpun PD.


Foto berikut 2 konsep paper angel saya.. Ku dan Malek utk dibentangkn di ICERP 2019 akn dtg.. kedua2 juga menulis chapter of book wpun sdg menunggunPD.. tanpa perlu cari gap dan baca 300 artikel


OT

Draf artikel kedua perlu dikeluarkan salutation Mr dan Dr ..












Tajuk 1718 : Budaya membaca akan terus gagal ?



1. Kanak-kanak suka membaca, tak kira kanak-kanak di NZ atau di N9. Membaca spt juga bermain, memupuk imaginasi mereka.


2. Di sekolah kanak-kanak ‘dipaksa’ membaca dgn buku teks yang tebal dan detail serta banyak pulak tu. Kemudian mereka diberikan gred jika berjaya dalam ujian.


3. Ketika ini keseronokan membaca telah bertukar menjadi satu beban, dan dgn menyelesaikan beban tersebut mereka mendapat 'hadiah' dalam bentuk gred.


4. Kanak-kanak tanpa disedari orang dewasa, telah menjadikan bacaan sebagai satu paksaan utk mendapat pujian dan gred terbaik. Org dewasa disini lansung tak kisah psikologi anak-anak..


5. Maka murid yang 'slow' akan merasakan pembacaan adalah satu penyiksaan – mereka dihukum dgn gred yang rendah... dan kegagalan. Nafi macamanapun.. inilah yg proses yg berlaku.


6. Sains dan Maths adalah kehidupan. Kedua-duanya boleh sahaja disampaikan dengan santai dan murid membaca dgn seronok utk memenuhi curiousity mereka. Tetapi bila mereka dihadapkan dengan buku teks, semuanya menjadi payah. Minat membaca, meneroka dan apa sahaja menjadi tumpul.


7. Percayalah, sebaik sahaja abis peperiksaan, buku teks akan disimpan kerana nilainya hanya untuk peperiksaan. Percayalah, sebaik sahaja graduation, mereka dah tidak membaca lagi. Mereka terlepas dari satu siksaan. Kalau mereka guru, kebanyakkan akan cenderung membaca bahan utk pengajaran sahaja..

not more not less..


8. Mereka juga malas dah nk masuk kolej-kolej komuniti.. IKBN.. dll yg setara.. semuanya kerana trauma berada di sekolah.. dgn cognitive tension yg tinggi...


9. Atas alasan inilah juga negara maju TIADA BUKU TEKS disekolah. Mereka membaca secara santai dari pelbagai sumber seperti ensaiklopedia, utk curiousity sambil berbincang dengan guru disekolah. Mereka ditaksir dgn pemahaman dan diberikan galakan, bukan gred. Mereka tiada peperiksaan kebangsaan sehingga berusia 15 tahun....


10. Lalu... sistem di sini gagal utk memupuk budaya membaca ketika tiada imbuhan gred atau tiada keterpaksaan yang memaksakan..


Penat juga menulis pasal buku teks ni…spt tiada yang pernah dapat memahaminya…


OT







Tajuk 1717 : Research is an INNOVATION to 'solve problem'



REsearch ada 3 elemen iaitu

1. Solving problem

REsearch dalam akademik bertujuan utk contribute to knowledge by understanding and trying to solve (reducing) the problem which can be shared by other scholars.
2. . Original kerana REsearch dilakukan sendiri oleh researcher tersebut dgn pelbagai sumber rujukan kajian lepas yg PERNAH DIBUAT ORANG.
3. Novelty adalah nilai tambah dari segi 'pembaharuan' seperti penggunaan parameter yang berbeza dgn model / teori berbeza utk mendapatkan pemahaman yang komprhensif dan konklusif kepada isu baru. Pembinaan prototype, penghasilan algorithm, simulation, kombinasi beberapa strategi, menguji fungsi baru, mengembangkan aplikasi adalah novelty dalam memahami dan menyelesaikan (reducing) masalah sambil maju bergerak kehadapan.


Apa pula innnovation ?

Innovation adalah 'a new idea or method, or the use of new ideas and methods' (Cambridge dictionary)


Definisi innovation lebih tepat merangkumi 3 elemen dalam REsearch, sebab itulah pelbagai kajian baru termasuk yang dilakukan oleh PG, dibincangkan dalan konferens / colloquium / forum yang diberikan tema 'INNOVATION'


Ucapkanlah selamat tinggal kepada pemikiran konservatif orthodok GAP, gantikanlah dengan INNOVATION !


OT







Tajuk 1716 : Aku pun hairan....



Terlalu banyak konferens berkaitan dengan INNOVATION dlm pelbagai bidang diserata dunia spt:


- Int. Conference on INNOVATION in Science and Technology


- Int. Conference on INNOVATION and Management

- Conference on INNOVATION and Technology in Science Education



Aku hairan, kalaulah mendapatkan GAP tu satu yang maha penting bagi menyumbang kepada apa sahaja kepada research sampai wujud slogan "No Gap No PhD", kenapa tak ada yang nak anjur konferens pasal GAP, maklumlah bukan senang nak cari gap, tambahan PG semua disuruh mencari GAP.. malah kepakaran scholar termasuk menentukan sahnya kewujudan sesuatu GAP.. dan GAP jadi soalan wajib ditanya semasa PG dan VIVA...



Contohnya anjurlah konferens..




- Int. Conference on GAP in Science and Technology




- Conference of the deepest GAP in Science Education




- Int. Conference on Recent GAP in Engineering



Aku tanya jer... sebab susah2 cari gap pastu konferens semua pasal innovation...😂


OT





Tajuk 1715 : The secret is revealed !



Ini cara nk faham bidang kajian bagi PG novice

Bacalah 1500 artikel bukan 300 !


Bagaimana tu ?
1. PG masih baru dlm aspek penyelidikan dan maybe bidang kajiannya... katalah nak kaji PROJECT BASED dan STEM.


2. PG takkan faham baca artikel.. yg teknikal apatah lagi yg high impact dgn analisis yg mdlm..


3. Jadi JANGAN baca 300 artikel.. bacalah 1500 artikel !


Cenggini....

4. Kenalpasti satu atau dua buku yg releven dlm topik kajian yg diminati dan pastikan yg terkini spt terbitan 2018... 2017


5. Buku-buku ini mesti utk higher education dan ada banyak chapters dgn isu2 berbeza dlm topik yg sama dikupas dari pelbagai rujukan


6. Buku2 ini spt handbook atau berbentuk kupasan kajian bbentuk 'chapter of book'


7. Jika ada 2 buku... dgn total 30 chapters dan setiap chapter buat ulasan dari 50 artikel (references) maka mbaca 2 buku tersebut spt anda mbaca kupasan dari 30 chapter x 50 artikel = 1500 artikel !


8. Mbaca kupasan yg dipermudahkan dlm buku spt ini adalah tugas pertama PG yg novice.


9. Buku tidak menggunakan bahasa yg terlalu teknikal dan ditulis utk pemahaman menyeluruh author. Buku spt ini mengupas dan mempermudahkn utk PG faham.. seolah2 mbaca dari 1500 artikel


10. Maka membaca terus 300 artikel yg tak difahami adalah tindakan 'kamikaze' yg tidak wajar bagi PG yg baru dan novice...


Saya 💋 kamu..


OT - contoh buku...





Tajuk 1714 : Skit kisah aku di obersi..



Ini petikan acknowledge dari tesis aku. Cer baca dulu...


ACKNOWLEDGEMENT
First and foremost, I wish to thank my supervisors, Dr. Robert Matthews (1) and my co-supervisor Dr. Margaret Secombe (2) for their constructive supervision, thoughtful encouragement and intellectual commitment in guiding me through my study and writing this thesis. My sincere thanks to Dr. Robert Matthews, who allowed me to develop my own academic interests, yet guided me to keep focused. I am grateful for his encouragement and support in guiding me through my study.


I gratefully acknowledge the advice of Prof. Kevin Majoribanks (3), who guide me in my quantitative analysis, Prof. Chris Dawson (4) for providing me with sound advice in my qualitative analysis. I would also like to thank Dr. Margaret Scott (5), for her administrative assistance as the School of Education Secretary.


I would also like to thank Dr. Cobus Gerber (6) and Dr. Vicky Barnett (7) from the Chemistry Department, The University of Adelaide for providing me with valuable advice in completing my animations of electrochemistry. Also, my gratitude to Mr. Dan Bonicelli (8), Glenunga International High, Adelaide; Mr. Peter Beavis (9), Bradford College, Adelaide; and chemistry teachers at the Matriculation Center, xxx, Malaysia and their students, who participated in this research.

OTHMAN TALIB


Sengaja aku nomborkan nama2 di dalam petikan di atas (dalam petikan asal tak adalah nombor tu) utk menunjukkan ada 9 personal yang membantu aku dalam perjalanan menyiapkan tesis aku, sebelum aku balik for good.


Inilah pengalaman manis terutama Prof Kevin (kini mendiang), the Dean, yang awal2 perkenalkan diri sebagai 'Im Kevin Majoribank, please call me Kevin' dihadapan puluhan PG baru di Faculty of Professional Studies, Uni. of Adelaide. Aku ketika itu di Education Department. Aku tak mimpi ini berlaku di Msia.


Kenapa begitu ramai yang bantu aku? Salah satu sebabnya kerana aku excited bila SV aku memberikan nama2 tersebut utk aku temui bagi meminta kerjasama. Kini aku lakukan perkara yang sama kepada angel-angel aku. Cara mereka memberi pandangan sangat professional sehingga aku yang naive ini tidak terasa seperti meminta-meminta. Statement 'read more.. and more' mmg lah tak wujud... 'U must read 100 articles first ... ' lagi lah tak ada.. wpun aku ended up dgn > 300 citations dlm tesis aku.


Aku buat dua kali pilot di Adelaide dgn bantuan personal 8 dan 9, satu yang sungguh mudah. Namun terasa cukup serik bila mengambil data sebenar di Msia, dgn segala macam protokol dan aku spt dilihat sebagai menyusahkan, ibarat terkena hujan batu di negara sendiri. Maaf sekali lagi, aku tidak hadapinya di Adelaide, macam hujan emaslah pulak.


Kisah dan tauladan... utk kita share.. menuju kemerdekaan negara yg ke 62


OT

Foto - Uni. of Adelaide dan ketika menjadi jemputan Radio Adelaide..





Tajuk 1713 : PG di obersi.. tunjukkan sesuatu kepada kami di sini..



1. Anda yang mendapat biayaan belajar di obersi tentunya dilihat lebih 'beruntung'. Jika tidak, masakan berebut2 nak belajar di obersi. Tidak sepatutnya ada byk alasan utk tidak perform dalam tempuh pengajian 3-4 tahun.


2. Memang di obersi, PhD dijangkakan bergraduate 4 tahun. Malah ada surat tawaran yang tercatat masa 4 tahun untuk bergraduate. Aku sendiri berharap pihak yang mengeluarkan biaya mengambil ini sebagai satu yang real, biarlah mereka belajar sehingga tempoh tersebut. GOT bagi mereka adalah 4 tahun.


3. Tidak adil bagi PG yang diprogramkan utk 3-4 tahun oleh uni. mereka, diminta abiskan pengajian 3 tahun. Aku percaya, telah byk perbincangan dilakukan dalam hal ini.


4. Satu je yang aku nak syorkan. PG di obersi mestilah publish artikel wpun tidak diwajibkan oleh university mereka. Aku sendiri dulu wpun tidak diwajibkan oleh mana-mana pihak, terbitkan satu artikel Q3 dan satu international proceeding. Masa tu artikel ni bukan satu yang perlupun, malah tak sapapun kisah.


5. Namun, bagi yang belajar di obersi, jika anda ada peluang, cubalah selesaikan pengajian dalam tempuh 4 tahun atau lebih awal.


6. Kalau katakan anda ambil masa 4 tahun, pastikan anda telah terbitkan at least 2 artikel CIJ - Scopus atau ISI-WoS wpun ia bukan syarat bergraduate.


7. Kenapa? Ini kerana PG lokal pun perlu terbitkan 2 artikel utk graduation dalam masa idea pengajian 3 tahun, kenapa anda di obersi tidak boleh lakukannya dalam 4 tahun?


8. Jika PG lokal pun perlu terbitkan 2 artikel utk graduation, kenapa anda di obersi tidak jadikan ini satu yang baik untuk diikuti. Malah jika ada yang boleh publish 4 artikel CIJ di lokal, kenapa tidak PG diobersi?


9. Rujukan yang banyak di obersi, tanpa masalah utk membuat penulisan dan menyegerakan publication. Jika tiada bengkel2 kemahiran dalam penulisan dll yang releven di obersi, aku percaya, anda akan balik sekali dua, maka rancanglah utk mengikutinya di tanah air.


10. Berkongsilah pengalaman akademik dan ssupervision yang berguna disana utk diketahui oleh PG lokal melalui media social. Jgn hanya berkongsi makan-makan, main salji, melancung kesana kesini, berkumpul-kumpul dengan memakai pakaian tebal, itu sahaja... sedang anda boleh tunjukkan yang jauh lebih baik dan lebih akademik dari itu.


Note: Saya suka mbaca status sahabat saya Fauzi Said yg berkongsi pengalaman akademik beliau di Uni of Cambridge.


Salam sayang buat rakan2 PG di obersi.


OT - kami bertiga adalah Adelaidean !




Tajuk 1712 : Abang Pakistani (PG UPM)


Aku lepak di bus stop depan FBMK.. tunggu wife .. tiba-tiba ditegur oleh abang Pakistani...PG UPM.. dia kata perasan muka aku dalam bbrp banner di library UPM tempat dia mencari artikel.. tapi tak mampu ikut joint bengkel Mendeley. Tight budget katanya.. tambah dia dah berkeluarga.


Akupun slow talk dgn dia supaya kumpulkan bbrp kawan2 Pakistani dia yg juga tak mampu utk blaja Mendeley... sharing skit yg aku ada dan sbg penghormatan utk PG UPM yg datang dari jauh utk belajar. Senyum lebar dia menerima tawaran aku.. duit bukan segala-galanya... itu aku pasti...


OT





Tajuk 1711 : 'computational thinking'



Nak tajuk?

Tak yah abiskan baca 300 artikel... baca status ni je


Selepas 'computational thinking', aku nak dalami idea 'agile-based learning' dgn idea aku sendiri 'make use of' dan 'make sense of' dalam Pendidikan STEM utk generate lagi aktiviti STEM di sekolah secara cooperative thinking (COOT) atau untuk melihat perlaksanaan kurikulum dari aspek VUCA (volatile, uncertain, complex, ambigious).


Jika ada sesapa nak buat master / PhD dalam STEM Education bawah supervision aku, ini element yang akan aku cadangkan. Jgn takut, tak yah baca dulu 300 artikel abiskan 2, 3 semester cari apa yg org xbuat !


OT

Tajuk 1710 : PG perlukan 'tactical' bukan motivation..



Analogi:

Jika anda masuk hutan, hanya dengan suruhan2 umum spt jalan berkumpulan, elakkan binatang buas... maka bila anda terpisah dari kumpulan atau bertembung dgn binatang buas, apa kah taktik yang anda perlu lakukan dan rasional disebalik taktik tersebut?


Memang boleh buat taktik sendiri, fikir-fikir sendiri, dibimbangi akan lebih memudaratka diri. Dgn kemahiran taktikal ini, anda akan lebih yakin dan bermotivasi untuk memasuk lurah, gunung, belantara dimana jua...


Dunia PG:

Ini berlaku dalam dunia PG. Mereka diminta membaca 300 artikel tanpa disertakn dengan taktikal mencari, membaca serta mendapatkan artikel dan apakah rasional disebalik semua itu. Ini membawa kepada teraba-raba sehingga sebahagian besar PG membuang banyak masa berharga dgn membaca bercelaru antara faham dan keliru, dan wang ringgit yang tersimpan lama, lalu mengikis motivasi yang ada.


Malah lebih baik jika tidak mengakal-akalkan mereka dgn menyuruh membaca 300 artikel, kerana boleh sahaja mereka melakukannya sendiri membaca secara perlahan2 dan kesannya tidak lah menyakitkan lalu momentum motivasi sedikit sebanyak dapat dikekalkan.


OT

Tajuk 1709 : Nak publish Q1 ke Q4 ke.. ?



Jgn mengorat dewi kayangan jika anda rakyat kebanyakkan..


Secara mudah, Impact Factor, IF suatu jurnal itu tinggi bila scholar banyak cited artikel dalam jurnal tersebut. Ini sekaligus menaikan Quartile dari Q4 ke Q3.. Q2...sampai Q1 dan mjadikan jurnal itu semakin popular.


Ada beberapa perkara kena ambilkira sebelum target utk publish mana-mana jurnal Q1, jurnal 25% tertinggi dalam bidangnya.


1. Sasarkan katakan 3 jurnal yang sesuai dari Q1, bukan satu sahaja tetapi dalam genre yang sama.


2. Kena study dulu scope 3 jurnal tersebut, maybe ada yang ngam method, thema atau analisis tetapi kekerapan penerbitan rendah (bermakna peluang juga terbatas). Study tajuk artikel yang nature, approach atau design yang setara dgn tajuk kajian anda. Study cara artikel yang dah published tersebut, dan 'up' skit presentation anda. Kemudian masukkan beberapa citation dari artikel yang berada dalam jurnal yang anda ingin publish ! Ingat sayang.... proofread mesti powerful dgn ayat2 yang standard sebab ia represent juga quality anda sebagai scholar.


3. Pastikan kesemuanya free... tiada APC (Article Processing Charge) yang bermakna artikel anda nanti BUKAN berstatus OPEN Access dan anda tidak perlu membayar apa2.. free lah tu. Namun 'payah lah' scholar lain nak cited, sebab mereka plak kena bayar.


4. Jika anda mahukan artikel anda berstatus OPEN Access supaya ramai yang cite... pilih option OPEN Access (dalam jurnal yang sama) dan ada APC yang anda kena bayar.


5. Jika anda hanya nak kan status Q1 itu sahaja, tak kisahlah nak cite ke tak nak cite... its OK. Ini akan menjejaskan nilai H-index jangka panjang anda yang mewakili produktiviti publication anda - itu sahaja.


6. Anda tiada pilihan untuk meneroka dahulu setiap aspek journal dalam website masing2 utk ketahui pula jangkamasa penerbitan. Ada jurnal yang menulis spt "Received: 2 Januari 2016 Accepted: 25 January 2016 Published: 3 February 2017" dalam setiap artikel untuk anda jadikan panduan. Ada yg tulis QUARTERLY... maknanya ada 4 isu setahun.. ini oklah.


7. Jika artikel anda didapati 'tidak sekufu' dgn artikel yang telah diterbitkan dalam Q1, turunkan skit ke Q2, Q3 atau Q4 supaya jgn buang masa.. menunggu puteri kayangan. Ada jurnal Q1 yang terang2 tak mahu analisis descriptive atau kualitatif data.. so jgn menggatal nak mengorat puteri idaman, akan kecewa sepanjang zaman.


8. Bagi aku, kadang2 ada baiknya bagi novices target dulu utk Scopus atau ISI regardless Q1 atau high IF. Maknanya, jika artikel anda kelihatan spt sekufu dgn artikel dalam Q1... tetapi anda hantar ke Q2, bermakna peluang diterima lebih baik. Yang penting SCOPUS dan ISI dulu.


9. Ada SV yang memang nak anda hantar ke Q1 dgn sebab yang anda ketahui. Jadi polish sehingga sekufu, jgn asal nak hantar sahaja, nanti anda buang masa menunggu dan menunggu hingga frustrated hanya utk mendapat surat 'rejected'.


10. Bagus juga jika ada network dgn editor, atau sesiapa yang biasa hantar ke sesuatu jurnal. Boleh dapat pandangan mereka juga sebab jurnal social science banyak kerenahnya..


Jadi sayang... kuasai dahulu segala aspek asas sesuatu jurnal sebelum decide utk menghantarnya. Moga berjaya..


Sayang ❤️ kamu.


OT

Tajuk 1708 : Pendidikan Orang Dewasa..


Tajuk 1707 : An example of a thesis which everybody can understand..



OT - Foto ni aku celok sbg hiasan..







Tajuk 1706 : teknik dan pemahamannya..


Sayang...

Baca artikel.. tulis dan nak rujuk pun ada teknik dan pemahamannya...


1. Katakan Ali sedang menulis LR pd 2015:

Ali merujuk artikel Siti (2002) yang sebelum itu artikel Siti merujuk idea dari artikel A (1996) dan B (2000).


2. Ali mengembangkan lagi idea Siti (2002) dengan beberapa idea terkini dari artikel D (2013) dan E (2014).


3. Ali bercadang utk membuat kajian menggunakan revised instrument bagi mendapatkan interpretation yang lebih comprehensive berbanding findings D (2013) dan E (2014).


Maka senarai rujukan artikel Siti (2002) mengandungi:

A (1996)

B (2000)


Tetapi senarai rujukan artikel Ali (2015) pula mengandungi:

Siti (2002) [A(1996), B(2000)]

D (2013)

E (2014).


4. Just bandingkan senarai kedua2 artikel Siti (2002) dan Ali (2015).... terdapat pembaharuan rujukan..... mewakili indicator incremental of knowledge dari rujukan Ali


5. Perhatikan bahawa Ali (2015) tidak perlu cited A(1996) dan B(2000) (tapi tetap masih boleh di trace dlm artikel Siti) jika idea tersebut telahpun difahami dan telah dikembangkan dalam mainstream dan telah sampai kepada pemahaman scholar dalam bidang tersebut sejak mula dibincangkan pada tahuan 1996.


6. Dapatan kajian Ali (2015) dijangka akan menambah lagi pemahaman tentang aspek yang dikaji dan disinilah berlakukan incremental of knowledge…..


Soalan:

Abis bukankah A(1996) dan B(2000) tu juga sumber yang patut dibaca.


Jawapan:

Kalau sesapa nak baca... silakan... sebab A(1996) dan B(2000) tercatat dalam rujukan artikel Siti (2002). Dan kalau nak baca semua cited artikel dalam A dan B pun boleh... bacalah semua rujukan yang disenaraikan dalam kedua2 artikel tersebut... dan klu rajin baca juga rujukan dlm rujukan dlm rujukan dlm rujukan yg tiada penghujungnya...


Bila bercakap pasal incremental of knowledge, yang difahami sumber asalnya dan dah jadi common knowledge tak payah ler lagi dijelaskan sumbernya sampai ke akar umbi... macam buat handphone... tak payah ler lagi rujuk sampai Alexandra Graham Bell.... mahu luruh gigi geraham !!


OT







Tajuk 1705 : Contoh ROT..



Terima kasih dua beradik yg nk buat doctorate dtg mbawa ROT masing2.

Ini contoh salah satu ROT yg ditunjukkan kpd aku... yg after berbincang perlu dibetulkan tajuknya... di up grade method utk reflect kajian dari public health.. Moga berjaya..

OT



Tajuk 1704 : Bengkel RM2400..



Seorang PG bertanya, bengkel-bengkel sosial sains yang sesuai dia dan kawan dia ikuti dan harganya.

Please.... saya bukan promoter bengkel, tetapi byk jer ada bengkel diluar sana.. saya bolehlah berkongsi apa yang saya tahu. Jika setiap bengkel berharga katalah RM200 maka ini mungkin antaranya bengkel yang sesuai bagi anda...yang mungkin dianjurkan ditempat anda sendiri..


1. Bengkel SPSS

2. Bengkel SEM-AMOS

3. Bengkel Smart-PLS

4. Bengkel Atlas.ti

5. Bengkel Mendeley

6. Bengkel Penulisan / Penerbitan artikel

7. Bengkel menulis LR / SLR / Meta-analisis

8. Bengkel Membina Kaji Selidik

9. Bengkel DDR / Fuzzy Delphi

10. Bengkel Membina Model / Modul

11. Bengkel Penulisan Kritis

12. Bengkel Instrument development / Rasch


Dgn 12 bengkel anjuran pelbagai pihak ini, anda dan kawan anda perlu keluarkan RM2400, itupun kalau nak ikuti semuanya... Bayangkan pengetahuan dan kemahiran yang akan anda perolehi dari 12 bengkel di atas.


Namun, pilihlah mana-mana maybe 3-4 yang sesuai dgn kajian anda sahaja... maka budget safe skit...


OT

Tajuk 1703 : The true of PhD ? Empat 'Suruhan Keramat'



1. Foto dibawah mengingatkan aku cerita 2 hari lepas bila satu grup WA dgn 10 pendidik yg dimaklumkn 9 darinya gagal meneruskan PhD mereka setelah berabis masa, keringat dan wang ringgit.


2. Paling best citer di Sungai Petani .. citer PG dgn SV nya yg masih baru nk menyelia. Bukan PG sahaja pening nk cari gap.. SV diapun yg nk mbantu pun sama pening. Dua2 pening nk cari gap...Akupun tak faham.. aphallah pulak bidang terlibat dgn reka cipta dan inovasi pun nk dicari gap..


3. Sapa yg tak enjoy learning new things and new subjects? Ramai yg sanggup berabih puluhan ribu atas passion utk berjaya.. tapi akhirnya jelak bila...


a) disuruh baca ratusan artikel.. dan baca.. dan baca... Memahami bidang kajian yg ada pelbagai teori.. methodology... analisis... discussion.. bukan dgn awal2 mbaca ratusan artikel..


b) disuruh cari gap tak abis-abis... Knowledge gap? Research gap? Kelompongan? Org xpernah buat? Yang missing? 2, 3 semester abis dgn gap..


c) disuruh menulis proposal sampai ada yg lebih 100 pages.. 3, 4 semester nk menyiapknnya pulak.. tak siap-siap...


d) disuruh baca lagi.. tulis lagi... fahamkn lagi.... tambah lagi.. kritiskan lagi.. tebalkan lagi.. dalamkan lagi.. tak sampai maqam lagi... lagi dan lagi...


5. Sapapun lama-lama xenjoy dgn empat 'suruhan' diatas yg bukanpun perjalanan awal-awal bagi seorang calon PhD... tapi suruhan tersebut dijadikan spt itulah PhD... terkebil-kebil PG yg belum tahu apa2 ingatkan itulah suruhan keramat PhD..


OT







Tajuk 1702 : Ketahui penentuan kualiti open access (OA) dan non-open access journal...



1. Jgn salah faham. Jurnal yg open access bukan bermakna jurnal 'murahan' hanya kerana ia free... boleh di muat turun sebaik shj di'terbit'kan tanpa sebarang sekatan.


2. Ada OA jurnal mmg percuma kerana diterbitkan oleh institusi atau badan yg menanggung operasi penerbitan atau APC , Article Processing Charge.


3. Ada OA jurnal percuma utk di muat turun kerana bayaran APC, Article Processing Charge dibayar oleh pengarang / authors dgn bayaran dari ratusan kpd ribuan USD atau £.


4. Non-open access journal atau subscription journal adalah jurnal yg bayaran APC selalunya percuma kerana kos penerbitan dibayar oleh scholar / institution jika ingin muat turun artikel atau utk subscribe jurnal tersebut.


5. Ketahuilah... kualiti jurnal tidak bgantung samada ia OA atau non-open access journal / subscribed journal.


6. Jadi kualiti jurnal dapat diketahui merujukkpd nilai indexed oleh badan spt Scopus atau ISI... bukannya OA atau tidak. Maka ia perlu disemak di scopus.com / scimago atau clarivate analytics.


7. Jurnal OA katakan X ( Q1 dan IF 2.00) adalah lebih 'berkualiti' dari OA jurnal Y ( Q3 dan IF 1.20). Malah jurnal X tersebut lebih berkualiti dari non-OA jurnal Z (Q2 dan IF 1.00).


Sayang ❤ kamu


OT - Awan dari Jambatan P. Pinang..







Tajuk 1701 : Gaji Pekerja Di Dubai..


Tajuk 1700 : Penerbitan Artikel SCOPUS-ISI #9




10 sebab penolakan yang lazim


Jarang sekali manuskrip artikel yang dihantar terus diterima tanpa sebarang pembetulan atau komen dari editor mahupun reviewer samada:




- manuskrip anda diterima dahulu dan diminta membuat pembetulan minor

- manuskrip anda diterima dahulu dan diminta membuat pembetulan major

- manuskrip anda ditolak (editor tidak perlu memberikan alasan)



Antara sebab-sebab penolakan sesuatu artikel adalah seperti berikut:



1. Skop kajian dalam artikel lari dari menepati skop jurnal




2. Skop dapatan terlalu fokus kepada sesuatu situasi khusus / setempat seperti kajian tindakan




3. Mengulangi teori dgn kajian yang hampir sama dengan kajian lepas atau tajuk kajian telah terlalu banyak dibincangkan (saturated)




4. Tiada unsur novelty kerana dapatan kajian telah menjadi pengetahuan umum atau boleh dijangkakan




5. Dapatan tidak membawa kepada penambahan pemahaman dalam bidang kajian




6. Pemilihan method / analisis data / statistik yang tidak rigorous




7. Penulisan dan penggunaan tatabahasa yang ada kesalahan tanpa suntingan yang berkualiti




8. Menyediakan artikel tidak mengikut ‘arahan kepada pengarang’




9. Terlalu banyak artikel dalam tajuk yang kebetulan sama untuk dipertimbangkan oleh editor




10. Wujud unsur manipulasi dan falsifikasi data



Banyak juga penerangan diberikan dalam wedsite jurnal berkenaan, the do's and the donts.


Saya ❤️ kamu...



OT

Tajuk 1699 : Nak menentukan "Working Title' kajian anda?



Nak buat kajian mesti ada ‘working title’. Foto adalah cara anda berfikir untuk mendapatkan working title.

1. Topik yang anda ingin membuat kajian mestilah anda ada asas dan berminat.

2. Elakkan ambil topik yang dicadangkan kepada anda jika ia keluar dari apa yang anda tahu
3. Tajuk yang walaupun bukan minat anda, tetapi anda ada pengetahuan asas tentangnya, boleh diterima jika ia lebih berpotensi sebagai kajian yang baik, berbanding dgn tajuk yang anda minat. Minat boleh dipupuk.
4. Topik mestilah berkisar kepada isu semasa dengan LR yang established (bukan semestinya beribu2).
5. Topik yang menjadi minat scholar dalam bidang yang sama dengan anda yang kalau anda present akan menarik minat mereka.
6. Berdasarkan 5 pertimbangan di atas, boleh lah anda mendapatkan katakunci / keywords dalam topik tersebut untuk mula mendapatkan beberapa artikel terkini dan terbaik dalam topik berkenann untuk anda baca dan merangka ‘working title’
7. Jika anda bertanya, berbincang atau memang tahu aspek semasa yang diminati juga olehh scholar lain, maka lebih cepat anda mendapatkan working title.
8. Maybe dengan mengumpul 5 artikel terbaik… diikuti dgn snowballing yang menjadikannya 10 artikel keseluruhan, anda dah boleh merangka proposal dan akan berlaku penambahan artikel ketika menyiapkan proposal, maybe menjadi 20 bahan rujukan termasuk buku dan artikel.
9. Tak keterlaluan kalau aku kata, PG dah boleh siapkan proposal dalam semester 1, sambil memberikan fokus pula kepada pembacaan sumber sekunder diselang seli dgn artikel hasil pencari baru dan snowball yang berterusan disamping dan menghadiri bengkel kemahiran analisis data dll
10. Fanatik gap takkan faham apa yang aku tulis ni.. silap2 di tanya... mana gap dalam statement di atas, dah baca 100 artikel lom ? Beghat !


OT







Tajuk 1698 : Thesis PhD dgn 1 reference !



John Nash menulis tesis PhD beliau "Non Cooperative Games," di Princeton University (1950) dgn hanya 26 pages dgn 2 references dan salah satu references tu adalah artikel beliau sendiri... maknanya dia rujuk hanya 1 reference yg lain..


John Nash memenangi Nobel Prize dalam Economic Sciences pada tahun 1994.


Dari sinilah bermulanya aspirasi GAP iaitu, apa sahaja yang nak dibuat ketika itu (tahun 50an) memang 'tiada siapa lagi yang buat' sehingga citation pun tak ada nak dirujuk.


Aspirasi ini dibawa sehingga ke hari ini, untuk menjadi spt John Nash yang membuat kajian yang tiada siapa lagi buat sebelumnya, sedang aspirasi ini dah tak valid lagi.


Sekarang, banyaknya citation yang membuktikan banyaknya kajian yang dah dibuat, dan boleh diperolehi dgn mudah telah membawa perubahan dari cuba mengkaji dgn pemahaman lama 'apa yang orang tak buat' kepada membuat kajian untuk 'mengembangkan lagi apa yang dah dibuat' ...


Fanatik gap tak mampu nak faham statement ini...


OT - boleh Google kisah John Nash ... :-)

Tajuk 1697 : Mentaliti simplistik #3



Stigma Gap dan Orang Kurang Upaya (OKU)


1. OKU adalah singkatan orang kurang upaya, satu persepsi negatif yang lama dianuti. Kita suka plak melabel yang negatif, suka melihat dan fokus kepada kekurangan.. malah senonok dgnnya.


2. OKU mula disaran utk dipanggil Orang Kelainan Upaya kerana mereka ada byk KELEBIHAN untuk memberi SUMBANGAN kepada masyarakat, spt orang lain juga, malah ada yang jauh lebih byk sumbangannya dari kita yang normal..


3. Situasi ini juga wujud dalam dunia PG. Pernyataan 'No Gap No PhD' adalah pernyataan yang naif, mengaitkan gap dgn KEKURANGAN, KELOMPONGAN atau "YANG TIADA" dan "YANG LEMAH" utk capai NOVEL adalah satu kenaifan.


4. Suruh PG baca ratusan artikel hanya utk cari kelompongan tersebut adalah 2x kenaifan - yang menyuruh dan yang disuruh - telah membantutkan dunia PG yang progresif.


5. Culture berfikir simplistik sebegini dgn sendirinya menghalang novelty dalam dunia PG... membuang masa membaca artikel yg tak difahami hanya utk 'mencari gap' yang kemudiaan ditolak dgn alasan 'tak nampak'.. 'tak jelas', 'tak dalam' dan 'tak kukuh'.


6. Abis kalau dah nampak, dah kukuh, dah jelas... itu bukanlah ciri kekurangan atau gap !


7. NOVELTY adalah 'added value' dan value ini adalah 'kebaharuan' yang menyumbang kepada knowledge.


8. Sukar untuk membuang stigma ini, dan fenomena gap hunting ini telah menutup sisi innovation dan kreativiti dalam membuat research.


9. Tiada siapa bercakap dan membesar2kan 'gap' dalam dunia innovation kerana innovation adalah cara kita melihat kehadapan bukan menoleh kebelakang..


10. Maka novelty lebih mudah dan wajar difahami dgn memperbaharui sesuatu fungsi sistem, mengurangkan fungsi yang tidak efisien, melakukan hibrid, membina prototype, menguji tools yang baru, mengembang fungsi sedia ada, membuat aplikasi dll yang membawa nilai novelty dan contribution...


Saya 💋 kamu...


OT - Yg panjang warna kuning tulah gap..







Tajuk 1696 : Mentaliti simplistik #2



Membaca ratusan artikel utk kuasai sesuatu bidang?


Satu suruhan standard di Msia kepada PG yang baru nak menjengah ke dunia research adalah membaca dulu 100 artikel.. utk menguasai bidang yang nk dibuat kajian. Malah, lagi banyak bilangan artikel yang dibaca, lagi dalam penguasaan PG, satu cara berfikir simplistik yang menyusahkan PG .


Suruhan ini adalah satu salah faham yang diwarisi sejak sekian lama, turun temurun. .. dan PG yang menerima suruhan ini pula akur tanpa banyak soal, maka berakar umbi lah ia dalam dunia PG.


Sila baca 10 perkara ini... dgn minda terbuka..

1. Kajian master atau PhD adalah kajian yang mengkhusus dan mendalam

2. Membaca artikel yang perbagai tajuk, teori, method wpun dalam genre yang sama hanya mengelirukan kerana sifat setiap artikel yang khusus, berbeza konteks dan ringkas kepada satu objektif, bukan untuk pemahaman menyeluruh.

3. Artikel adalah bacaan primer kerana ia menyediakan data kajian yang belum dikupas oleh pihak lain, utk dirujuk sebagai asas kajian sendiri, bukan utk memahami sesuatu bidang secara menyeluruh.

4. Membaca artikel peringkat awal adalah secara terpilih utk mendapatkan asas teori dan meneliti method kajian lepas bukan utk memahami bidang kajian secara menyeluruh.

5. Penyelidik terdahulu terutama yang pakar dan berpengalaman tentu telah menguasai sesuatu bidang lalu membuat pilihan teori dan method yang sesuai dgn objektif kajian. Penyelidik terkemudian menjadikan ini asas utk membuat pembacaan awal secara terfokus kepada artikel yang releven sahaja diikuti dgn mendalaminya dari sumber sekunder, bukan terus-terusan membaca sehingga ratusan artikel.

6. Maka, bidang kajian jika nak difahami secara mendalam adalah dari bacaan sekunder seperti buku, handbook atau laporan, bukan artikel. Teori Gadner, Piaget, Vygotsky, malah computational thinking pun perlu difahami dari pembacaan sekunder, bukan primer.

7. Kalau nak faham buat qnaire dan analisis data pun mesti buka buku sekunder termasuk buku statistik.

8. Nak faham mix-methods pun kena hadam buku J. W. Creswell, nak dalami kajian kualitatif, bacalah buku Sharan Meriam.

9. Jadi bacalah 1000 artikelpun, anda takkan dapat tahu secara mendalam kajian mix-methods atau paradigm kajian kualitatif, termasuk nak faham asas statistik t-test, ANOVA, normality dll maka pembacaan artikel yang banyak dan berterusan hanya akan memeningkan.

10. Suruhan membaca 100 artikel dahulu begitu sahaja adalah kerja sia-sia yang hanya memeningkan PG... yang berpusing2 tak tahu apa yang nak dibaca dan nak difahami dari artikel-artikel tersebut.


OT







Tajuk 1695 : Kajian 'SONGSANG'..



Sekurang2nya ada 2 kes. Dua-dua songsang. Aku tahu sebab aku dipanggil utk memberi pendapat.. walaupun 'dah terlewat'.


1. Budget ratusan ribu, kajian satu Msia
Satu kajian seluruh negara oleh satu badan dijalankan utk melihat keberkesanan satu projek seluruh negara dgn mengedar soal selidik, membuat temuduga dan analisis dokumen.
- Item soal selidik apabila aku semak tidak dapat membezakan mereka yang mengikuti program dan yang tidak. Lalu hasilnya tidak signifikan. Ini satu pembaziran masa dan tenaga.
- Analisis temuduga pula dijalankan dengan menyediakan terlebih dahulu tema-tema yang diingini oleh penyelidik mengikut keperluan badan yang diwakili.. lalu dianalisis manuskrip interview utk 'mencari tema-tema' tersebut. Inilah amalan songsang yang dimaksudkan. Dalam bahasa lain, tak ada kajian pun tak apa, ikut sahaja apa yang diperlukan oleh badan tersebut. Sepatutnya, manuskrip dianalisis utk mendapatkan tema, dgn data-data lain sebagai triangulasi, tema-tema dicari bukan utk menjustifikasikan predetermined themes dan predetermined judgement.


2. Cadangan panel PD

Ini bunyinya weird. Dalam satu PD, panel mencadangkan pula PG menemubual pakar dahulu untuk mendapatkan tema-tema dari document analysis dan minta manuskrip interview dianalisis untuk mengesahkan tema-tema tersebut. Ini juga songsang. Panel mungkin biasa xbiasa dgn kajian kualitatif lalu membawa paradigm kajian kuantitatif..


Maka...

Kajian kualitatif yang bersifat inductive mempunyai paradigm yang berbeza dgn kajian kuantitatif yang bersifat deductive. Atas premise inilah analisis manuskrip interview diambil dari partisipan (bukan responden) yang mengalami sendiri fenomena / event yang dikaji di lokasi.


Kajian kualitatif bertujuan mendapatkan tema-tema yang di 'induced' dari manuskrip interview bagi memahami, mendapatkan factor, menjustifikasi serta membuat pentafsiran baru. Manuskrip menjadi data yang dominen dgn analisis dokumen, audio, observation dll sebagai triangulasi. Inilah secara mudah paradigm kajian kualitatif


OT







Tajuk 1694 : Mentaliti kita yang simplistik...



Di Msia spt ada satu mind set. Percaya atau tidak, amat kurang thesis PhD yang melibatkan kanak-kanak di Msia kerana kajian kanak-kanak dianggap bermaqam rendah... serendah kanak-kanak tersebut.. sedang PhD tu tersangatlah tinggi maqamnya...


Berikut adalah 5 dari ratusan ribu thesis PhD berkaitan dengan kanak-kanak yang boleh dilihat di Proquest. Cer baca tajuk kajian satu persatu dan jgn hairan ia dihasilkan dari uni. ternama.


a) Exploring Literate Identities in Out-of-School Contexts: A Collective Case Study of Four American-Born Children

Kim, Jieun. The University of Wisconsin – Madison, 2018


Tesis ini setebal 115 pages (foto - takut tak caya plak) sedang ia dibuat di sebuah top 17 university dalam subject pendidikan dgn barisan professor yang ramai. Bukan senang nak masuk di uni ternama ini..


b) An investigation into children's out-of-school physical activity

Noonan, R. Liverpool John Moores University, UK 2017


c) Children's perspectives of primary school environments

Woods, Lois. The University of Nottingham, UK, 2018


d) A study of children's experiences of transition into a british international primary school in vietnam

Draper, Clair Naomi. University of London, 2018


e) Why Growing Up in Disadvantaged Neighborhoods Affects Children's Educational Outcomes ?

Joo, Young Sun. The University of Wisconsin - Madison, 2018


Kenapa aku pilih 5 yang tesis di atas?

1. Semuanya adalah tesis PhD dan terkini

2. Dihasilkan di universiti ternama dunia

3. Tajuk yang sempoi

4. Kajian qualitative dan quantitative

5. Melibatkan juga kajian kes

6. Kajian melibatkan kanak-kanak disekolah


Mind set kita inilah yang nak proposal tebal (sedang di university ternamapun nipis), sample mesti satu Malaysia (mujur PG di obersi tak buat satu Amerika atau satu China atau satu Indonesia)... utk capai maqam PhD... yang tersangatlah tingginya...


OT












Tajuk 1693 : GOT !



Ada pihak di UK tanya apa yang boleh saya share utk perkongsian 2 hari di tempat mereka. Saya nak jawab secara terbuka, apatah lagi untuk GOT !

1. Perkongsian melibatkan semua disiplin dari hard science ke social science.

2. Pencarian dan formulasi masalah dgn MODEL dan IDEAS

3. Menyediakan / menyemak / menulis proposal / manuscript / tesis dgn aplikasi ROTpluss, PSOT dan ZDOT

4. Manipulasi Mendeley utk menyediakan referencing, snowballing dan ideas chunking
5. Memurnikan perkataan dan vocabulary menggunakan RnW
6. Manipulasi Atlas.ti 8 utk mendapatkan networking of ideas / argumentation khusus menyiapkan critical LR
7. Isu semasa dalam dunia penyeliaan dan postgraduate
8. Memahami penerbitan artikel yg melibatkan Scimago-Scopus, Clarivate-ISI, APC, Gold / Green Open Access dgn bantuan AROT


Semua di atas adalah aktiviti hands-on, immediate practical, bukan satu lagi bentuk ceramah atau kuliah research methodology (boring !).


OT - sebahagian foto aku di Oz, Japan dan UK bersama PG






















Tajuk 1692 : Masalah Sebagai PG..


Tajuk 1691 : "Tajuk ni dah banyak orang buat.."



Aku terjumpa keratan statement ini... yang menyatakan spt apa yang aku selalu aku tulis... TIADA duanya kajian dalam sosial sains.. baca sampai abis, jangan culas. Pandai-pandailah nak hadam...

Source: Foto, 2012, page 6, City: Berkshire

OT










Tajuk 1690 : Antara sumber kegawatan dunia postgraduate... pastu kata PG honeymoon ....



1. Tdpt byk mahzab... school of thought dlm social science peningkan PG

2. Kekeliruan PG diserahkn semula utk difikirkan oleh PG

3. Menyuruh PG tanpa dimulakan dengan bimbingan dan penjelasan

4. Tiada bimbingan aspek mekanistik dan teknikal spt penulisan "critical review"...
5. Kurang, lewat atau tidak dapat informative feedback dari material yang dihantar
6. Taksub dgn satu2 approach spt kualitatif
7. Coursework yg tidak byk mbantu dalam menjalankan research
8. Menekan aspek superficial spt impak kpd society dan implikasi kpd polisi...
9. Proposal yg blebih2 sampai tak settle-settle
10. Masa menunggu yang lama


OT .

Tajuk 1689 : Action Research - satu pandangan utk KPM From reflective to reflexive..



1. Aku sedang membaca tapi tak larat nak abiskan buku AR yang tebal. Hebat betul pengarang buku AR, boleh tulis begitu detail. Jadi aku nak sentuh teori Taggard dan Kemmis sahaja yang melibatkan circle dengan asas POAR - Plan, Observe, Action, Reflect (foto) yang menjadi model wajib penyelidik pendidik Msia.


2. Aku tak sealiran dengan artikel AR yang ditulis seperti satu kajian 'mini quasi-experimental design' dgn satu kumpulan sampel siap dengan intervention pre-post yang jadi kegilaan dalam laporan AR di Msia. Ini tidak dibincang pun oleh T & K.


3. Aku pegang kepada maksud AR - intentional study by teachers as practitioners of their own classroom practice as transformative action in education - yang bermakna, perubahan itu berfokus kepada amalan guru, tanpa perlu ada data collection dan analisis sebagaimana kajian yang lain kerana perubahan ini adalah proses berterusan dan tidak akan terhenti. Ini yang aku faham dari model T & K tersebut.


4. Guru boleh bermula dengan satu strategi yang dirancang (plan) misalnya menggunakan strategi A utk mengajar sains dan kemudian melaksanakannya (action) untuk satu jangkamasa diikuti dengan membuat pemerhatian (observe), membuat pentaksiran dan mungkin penilaian seperti focus group interview dgn murid, kuiz, affective evaluation, attitude, motivation, confidence dll atas pertimbangan guru sendiri. Kemudian langkah seterusnya adalah membuat refleksi (reflect) dari apa yang telah dilalui, apa sahaja yang memberi pengetahuan baru, idea baru, masalah yang masih wujud utk dibawa ke circle yang seterusnya.


5. Secara umumnya, AR adalah aktiviti pengajaran guru seharian tetapi ia direkodkan dengan lebih sistematik dgn membuat tindakan dan pemerhatian yang lebih khusus tetapi tidak perlu sampai bersusah payah mengadakan pre-post test, yang tidak realistikpun. Perkataan reflection digunakan supaya 'dapatan' kajian tidak memerlukan sesuatu yang conclusive, cukup memberikan pengetahuan baru kepada guru tersebut.


6. Oleh kerana tiada satu tindakanpun yang akan berakhir dgn kesempurnaan, maka guru boleh membuat kesimpulan selepas beberapa cycle bahawa tindakannya telah menghasilkan beberapa aspek positif dan mengurangkan aspek negatif sebagai langkah transformasi dalam pengajarannya.


7. Guru boleh terus membuat AR dari aspek lain pula, atau meneruskan AR yang sedia ada dengan beberapa modifikasi dengan menggunakan strategi yang lain pula.


8. Aspek refleksi ini memberi isyarat bahawa AR adalah perspektif guru itu sendiri (dan juga murid jika terlibat secara lansung dalam participatory AR) kepada tindakan dalam kelas tanpa memerlukan data dan analysis spt kajian yang bukan AR. Malah jika diperhatikan model T & K sendiripun tiada penghujung kepada circle yang dinyatakan dalam model tersebut.


9. Maka galakkan KPM kepada AR adalah tindakan yang betul bagi guru mengajar sambil membuat transformasi dan inovasi, dan ia lebih kepada self-reflection dalam bentuk reflective practitioner dari berlumba-lomba utk membuktikan keberkesanan intervention yang dilakukan dari data pre-post test yang tidak realistik.


10. Pendidik perlu membawa reflective kepada practice. Ini adalah tindakan reflexive. Dalam bahasa lain, reflective membawa maksud memberi pertimbangan setelah difikirkan dengan mendalam sesuatu tindakan dan reflexive adalah tindakan yang dilakukan dari pertimbangan reflective tersebut. Then tindakan ini boleh dikongsi bersama dalam PLC atau apa2 event di KPM..


OT







Tajuk 1688 : PENERBITAN ARTIKEL SCOPUS-ISI #8



Kepada yang novice, ada 10 langkah proses yang dilalui utk penerbitan jurnal. Selalunya proses penerbitan mana-mana jurnal pun adalah lebih kurang sama. Berikut diringkaskan proses yang perlu dilalui sebaik sahaja menghantar manuskrip artikel untuk diterbitkan.

1. Pengarang hantar manuskrip ke editor jurnal

2. Editor membuat semakan diikut dengan langkah
- menghantar manuskrip kepada penal / pewasit
- menolak manuskrip yang tidak menepati kriteria asas
3. Pewasit membuat semakan dan ulasan untuk pembetulan
4. Pewasit kembalikan manuskrip kepada editor
5. Editor hantar manuskrip kepada pengarang untuk pembetulan atau penambahan
6. Pengarang membuat pembetulan dan penambahan
7. Pengarang hantar semula kepada editor
8. Editor mengesahkan pembetulan.
9. Editor menghantar untuk cetakan
10. Pengarang dimaklumkan dan jurnal diterbitan
(Langkah 5, 6, 7 boleh diulang jika editor dapati masih ada pembetulan yang belum memuaskan)


OT

Tajuk 1687 : Memilih siapa PANEL EXPERTS? #2



Pakar sering dikaitkan dgn individu yang mempunyai kelulusan tertinggi dalam bidang kajian / fokus kajian spt PhD in Children Psychology utk menilai item yang berkaitan.


1. Professional expert (selalunya berkaitan dgn kelulusan PhD) yang bekerja dalam bidang kepakaran samada sebagai pengajar atau trainer.
2. Non-professional expert iaitu pakar yang tiada background spt #1 tetapi telah lama terlibat dalam bidang kepakaran, mengikuti pelbagai bengkel dan kursus utk mendapatkan pengetahuan, menjadi practitioner sehingga mempunyai pengalaman yang luas.


Kalau professional expert dinilai dari publication dan buku2 nya maka non-professional expert dinilai dari tulisan popular yg kerap.. mjadi panel... serta pengalaman dan amalannya mengendalikan bidang tersbut.


Pensyarah dalam bidang testing and evaluation adalah professional expert tetapi guru yang berpengalaman mengendalikan testing dan evaluation juga boleh diambil sebagai non-professional experts. Ada rujukan menggunakan perkataan lay expert (Davis, 1992) mewakili maksud non-professionla expert.


Keutamaan mestilah kepada #1, namun boleh ditambah bilangan #2 utk memantapkan lagi senarai panel experts. Jadi dalam menjustifikasikan panel.. nyatakan kelulusan dan bilangan artikel / buku (mewakili banyaknya kajian yang dia buat) dalam bidang yang dikaji bagi #1, dan senaraikan pengalaman serta job specification #2 sebagai practitioner atau organisasi dalam bidang kepakaran.


Lepas baca bolehlah share !


Davis LL (1992). Instrument review: Getting the most from a panel of experts. Applied Nursing Research. 5(4):194–7.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...