.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, November 24, 2013

Tajuk 535: Operator Literature Search dalam Mendeley

Mendeley menyediakan fungsi Literature Search.... berikut adalah contoh operator yang boleh digunakan utk pencarian yang lebih fokus...cuba jgn tak cuba....

Taip perkataan ini…
Mendeley akan mencari ini…
computer animation
Perkataan computer atau animation
computer AND animation
Kedua-dua perkataan computer dan animation
"computer animation"
Hanya perkataan “computer animation”
title:”computer animation”
Perkataan “computer animation” dalam  title field
author:Mayer
Nama Mayer dalam senarai pengarang
author:Mayer  AND author:Mereno
Kedua-dua nama Mayer dan Mereno dalam senarai pengarang
Mayer AND year:[2000 TO 2013]

Perkataan Mayer dalam  penerbitan 2000 – 2013 sahaja
published_in:"science education”
Perkataan “Science Education”dalam jurnal atau penerbitan
Animation AND published_in:”science education”
Perkataan animation dan perkataan “science education”dalam jurnal atau penerbitan
animation AND year:2012
Perkataan  animation dan diterbitkan pada tahun 2012
animation AND science AND year:[2010 TO 2013]
Perkataan animation dan science diterbitkan tahun 2010 hingga 2013

Friday, November 22, 2013

Tajuk 534: Hybridization….contoh research yang "fresh".."original" dan "wow" !!

Percaya tak ramai pelajar dah masuk beberapa semester masih tertanya-tanya….. bagaimana nak dapatkan tajuk  “baru” dan “fresh” dan “wow” sambil mengisi research gap.

Mestilah percaya sebab aku sorang daripada mereka….. hu hu

Jadi aku tak nak kupas panjang-panjang…. aku nak kupas pendek2 jer…

Nak bagi analogilah tu?

Aah…. then bagi terus bagi contoh…

Camtulah bro….

Banyaklah cam tu ko…. abis ko ada SV tanyalah dia…

Aku pernah jumpa dia ....dia suruh aku baca apa yang patut dulu sebab baru semester 1…. Tapi dah nak masuk semester 2 aku masih camtu...

Aku dah war2kan teknik hybridization dalam bengkel2 aku….juga dah panjang lebar aku tulis dalam blog aku ni…. ko kena baca semula entry terdahulu…. 

Ringkasnya hybrid menggabungkan beberapa theory yang sama species… macam ayam hutan hybrid dengan ayam kampong…. atau buah labu dengan buah tembikai…. supaya hasilkan sesuatu yang lebih berkualiti…. "fresh", "original" dan “wow” ! Maknanya ko boleh gabungkan beberapa teori yang "serasi" bagi menghasilkan satu gabungan teori yang lebih comprehensive. Paling bagus teori tersebut bukan teori baru supaya ko tiada masalah mendapatkan sumber rujukan.

Ala… analogi ayam bro... mana sama dengan theory dalam research !

Ok aku bagi contoh tiga student aku sendirilah sebab aku yang suruh student aku yang buat benda ni…. student SV lain aku tak pasti plak… mudah2an contoh ini dapat dipelajari oleh kawan2 lain yang berminat...... atas dasar berkongsi yang baik....

Ketiga2 artikel hybrid pelajar aku ni (2 PhD dan 1 master) dahpun dibentangkan dalam seminar malah dah publised dalam 2 journals dan salah satunya artikel scopus…. So aku nak kongsikan dalam blog aku ni…supaya dapat diambil contoh. 

Berikut aku hanya berikan MODEL "baru", "fresh", "original" yang terhasil dari gabungan / hybrid tersebut...

1. M3N (Mnemonic - Mind Mapping - Needham)
Hybrid theory – Mnemonic + Mind Mapping + Needham’s Constructivism Model




2. ArtsMedia
Hybrid theory Constructivism + Multimedia presentation + Performing Art



3. DGBL (Digital games based learning)
Hybrid 2 theories – Digital Games + Constructism




Ketiga-tiga model diatas adalah “fresh” dan ada element “WOW” dan "original" malah mempunyai acronym tersendiri....dan acronym M3N dan Artsmedia tak akan ada dalam mana-mana kajian .... dan yang lebih penting sumber references yang banyak dan mudah diperolehi….sama macam research doctorate aku dulu bila aku hasilkan acronym aku sendiri CAnI (Computer Animated Instruction) dan juga acronym animasi aku SEA (Simple Explicit Animation)......

Original tu maksudnya ko yang gabungkan teori tersebut dan ko sendiri yang jlnkan kajian.... dan bila ko tulis jer theori M3N atau ARTSMEDIA misalnya tentulah WOW sebab tak sapa tahu lagi acronym tersebut....dan tentunya teori hybrid tersebut mempunyai kelebihan tersendiri seperti buah hasil hybrid (kacukan) yang lebih manis.....dan tahan serangga perosak !!

Phewww......kalau aku camner plak?

Yang itu ko kenalah fikirkan sendiri.... takkan semua nak kena suapkan.... 

Oklah.... oklah....

OT

Tajuk 533 - Bila SV tidak supervised....

Aku agak hot…. sepanjang hari tadi aku isi borang claim menyelia 10 pelajar nun juah di Gunung Ledang dan kawasan sekitarnya…. byk masa dan duit minyak keta aku belanjakan utk memastikan bakal2 guru mengajar dengan betul…

Hujan2 pun hot ker bro?

Hujan tu kat luar…. Ni kat dalam lah….

Apa yang hot sangat?

Aku isi borang online…adalah aku claim dalam 4, 5 ratus (bukan juta2) maklumlah zaman canggih ni…semua online….then submitted ke pihak yang berwajib…. tup-tup adalah satu benda yang silap…maklumlah aku ni manusia yg kerdil…. then bila nak baiki…. kena ulang semula sebab sistem tak boleh review bila dah submitted….  Fuhhh... bayangkan kalau ko dah tulis claim dengan all the details…. then kena ulang semula satu-satu benda yang sama …. Terfikir akan otak bahagian left hemisphere aku ni....kalau cam ni  apa kelebihan sistem online dgn digital environment ni?

Aku no komen.... yg ko buat silap apsal?

Kenapa? Ko tak pernah buat silap ker? Kalau aku isi claim tu hari2 maybe tak der silap.... tapi kalau setahun sekali.... dgn sistem yang kejap macam ni kecap macam tu.... berlakulah benda2 silap ni...

Tapi aku pelik...bukan sahaja hantar on-line…kena print pulak borang yang dah di submitted …. kena pulak lampirkan macam2 dokumen dari surat lantikan, surat keluar kampus, laporan pelajar, catatan perjalanan, pendetailan tol, sehingga bayaran tol nak kena perincikan lagi….dari mana nak ke mana sedang dahpun ditulis sebelumnya utk pengiraan milage lengkap dengan waktu dan minit serta harinya sekali…. 

Terima jerlah bro….

Memang le aku terima…. sebab wpun claim tu tak banyak tapi signifikan... sebenarnya aku byk tak claim sebelum ini sebab hal2 begini…. Why don’t  they make it simple…. jgn byk sgt redundancy…. benda yang sama dibuat berkali2….

Abis ko nak tulis pasal apa plak dalam entry blog ko ni?

Lega bila dah keluarkan yang terbuku.... aku nak tulis sikit 2 kisah....

Kisah 1 - Satu message yang aku terima…dalam ShoutMix aku…spt berikut:



Aku tak dapat bayangkan bila pelajar dah baca 50 artikel tapi tak jumpa2 GAP…. Sedangkan setiap artikel mengupas kajian sambil membincangkan latarbelakang kajian, the known and the unkown, variables, models hatta the future research.  Pelajar boleh combine variables, ambil satu theory apply dalam different contact, hybrid the theories, upgrade dgn bina new model, validated the instruments dll…

Bila aku baca message tersebut…. Byk soalan dari jawapan yang aku dapat

Soalan apa?

Research adalah proses belajar …. dimulakan dengan LITERATURE SEARCH….yang asasnya membaca secara INTENSIVE dan EXTENSIVE. Membaca melibatkan berfikir supaya dapat menguasai apa yang dibaca.

Maka akupun terfikir….. apa pula jika pelajar tidak membaca secara intensive.... sedang yang membaca pun tak tahu apa nak buat? Terfikir lagi..... mana perginya SV yang bimbingannya diperlukan..... 

Kisah 2 – Potensi supervisee
Pagi tadi aku menghirup kopi sambil bersembang dgn seorang calon PhD sebuah IPTA.. yang dah 3 semester. Dia menjelaskan bahawa kajiannya adalah bbentuk eksperimen utk lihat keberkesaan pengajaran satu subjek “kenegaraan” terhadap self-improvement dan jati diri pelajar menggunakan soal selidik. 

Aku termangu… kerana selepas 3 semester,  calon PhD tersebut mengaitkan eksperiment dgn survey dan soal selidik…. mcm tak kena jer. Aku dengar sekali jer dah tahu…. pelajar tersebut tidak mendapat gambaran yg jelas antara kajian eksperimen dan survey….. takkan SV tak nasihatkan apa2…..lantas aku terus bertanya…. Mengapa buat survey sesuatu yang  terlalu abstrak…. Sedang dia boleh melakukan kajian kualitatif….

Apa jawapan pelajar tu?

Dia kata…. SV suruh dia fikirkan kajian survey hanya kerana SV cenderung kearah quantitative. Pelajar tupun diminta membaca….dan membaca…..tanpa arah tujuan.

Setelah berkenalan lanjut aku dapati pelajar tersebut yang juga pensyarah IPTA  banyak kelebihan ….bukan sahaja dia expert  subject “kenegaraan” tersebut….. dia juga mengenali ramai pakar (sebahagiannya adalah kenalan beliau) dalam bidang "kenegaraan"dan kenapa tidak menggunakan kelebihan tersebut bagi menjalankan kajian kualitatif yang lebih mengupas isu yang nak dikaji secara mendalam… sambil menemuduga pakar2 tersebut. Sementelahan beliau pula tidak arif tentang SPSS malah tidak ada lagi instrument (soal selidik) utk kajian yang kononnya bersifat survey tersebut.  Lagipun objektif kajian lebih memerlukan kupasan qualitatif bukan kuantitatif..

Jadi apa kesimpulan ko?


Aku nak masing2 buat ler kesimpulan sendiri…. itu lebih adil…. 

OT

Wednesday, November 20, 2013

Bahan Bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Mendeley di UIA Gombak

Peserta bengkel di UIA.....sila download fail berikut:




Di salah satu bengkel kendalian Dr OT

Tuesday, November 19, 2013

Tajuk 532: Questionnare mesti unidimensional dan objective - amende tu bro?

Qnaire telah menjadi instrumen popular. Ramai calon master dan PhD menggunakan qnaire. Aku pun sempat meneliti beberapa qnaire.

Mesti ko nak komen kan?

Abis ko nak aku buat apa.... baca jer macam baca novel?

Tak derlah.... so apa yang ko nak komen...

Bukan komen....ada beberapa asas pembinaan item yang aku nak bincang iaitu unidimentional dan objectivity.

Amende tu bro?

Item dlm qnaire mestilah unidimension atau satu dimensi... iaitu dimensi positif.

Apa tu.... tak pernah dengar pun !

Aku bagi comtoh sempoi tentang ukuran kesukaan terhadap buat durian dgn item yang unidemnsion (+) dan objektif (satu jawapan sahaja)



  • Saya gemar makan durian (+)
  • Durian adalah buah kegemaran saya (+)
  • Saya kerap memakan buah durian (+)

Abis kalau ada orang tak suka macamana?

Kalau dia tak suka... dia pilihlah jawapan 1: Sgt Tak Setuju atau 2: Tak setuju.


Sebab itu aku selalu bising bahawa content expert jer tak cukup nak valid kan qnaire ko tu sebab mereka ni tak tahu amende unidimentional dan objectivity tu. Ko murnikan dgn pakar dalam psikometrik juga....

Walau bagaimanapun, satu dua item opposite atau negative perlu ada bagi mengelakkan responden menjawab tanpa berfikir.... tapi majoriti item mestilah positif dan objektif. Item negatif ini WAJIB di recode supaya menjadi positif.


Satu lagi....item negatif yang baik tidak semestinya guna perkataan "TIDAK" seperti contoh item Q3a_Ppnputih berikut...

"Saya suka guna papan putih berbanding powerpoint" (-ve) 

Bagi item ini, responden yang setuju ICT (+) akan bagi respon yang negatif, maka perlu di recode...





Perhatikan respon berikut. Item Q3a di atas jika tidak di recode  dengan SPSS akan memberi masalah kepada cronbach's alpha...






Jika tidak kenapa?


Jika ko tak recode jadikan positif sebab qnaire mestilah satu dimension, maka Cronbach's alpha (reliability) qnaire ko akan merudum jatuh malah menjadi -ve !!

Reliability Statistics Cronbach's Alpha -0.714 .. pheww:

Setelah ko recode.... inilah alpha baru yang ko akan dapat... 0.778 sebab itu perlunya item disediakan dalam satu dimensi.

Apa lagi ko nak komen?

Satu lagi.... ramai yang suka tulis item positif tapi tidak menjurus kepada responden.... dan bersifat terbuka maka ianya bukan unidimensional dan bukan objective

Camner la pulak tu?

Perhatikan 3 item berikut:

1. Aplikasi ICT baik untuk melicinkan tugas dipejabat (+)
Komen: Tukang sapu cat yang tak bekerja dipejabatpun akan setuju dgn statement ini

2. Meningkat pengetahuan dalam ICT adalah penting (+)
Komen: Tukang kebun yang tak guna ICTpun akan bersetuju 


3. Makan buah-buahan baik untuk kesihatan 
Komen: Sapapun akan jawab 4. Setuju dan 5. Sgt Setuju

Adanya.....


OT

Wednesday, November 13, 2013

Handout dan jawapan Bengkel SPSS UiTM Segamat dan Putrajaya

Peserta bengkel Pengenalan SPSS sila download data dari tiga link berikut. 

1. Persoalan Kajian

2. Data 1 (Inference statistic)

3. Data 2 (Factor Analysis)

4. Output Data 1 dan Data 2

Berikut adalah pics bengkel SPSS di Uitm Johor diikuti pics di Putrajaya....

1. Pics di Uitm Johor...










2. Pic Bengkel SPSS di Putrajaya....

















Terima kasih

OT

Sunday, November 10, 2013

Tajuk 531: KAJIAN MASTER / PhD - Biar SUSAH BUKAN MENYUSAHKAN

Minggu lepas aku berada dalam satu bengkel dgn sekumpulan calon baru PhD....semasa coffee break aku telah ditanya oleh salah seorang peserta yang baru menjadi calon PhD...di sebuah IPTA.

Apa yang ditanya?

Betul ker buat PhD ni mesti susah?

Aku tanya kenapa timbul persoalan tersebut. Dia menjawab bahawa berlaku perbahasan antara dia dan SV kerana dia dapati sukar untuk menjalankan kajian yang dicadangkan oleh SV dalam science computer... sedang dia sendiri ada minat yang lain dalam bidang tersebut. 


Prof cadangkan satu kajian berkaitan dgn R&D …. tetapi pelajar tersebut dapati sukar untuk jalankan kajian yang dicadangkan kerana topic kajian masih belum stabil.... masih baru dibangunkan oleh pakar2 perisian komputer. Namun..... itulah minat SV yang berstatus Prof tersebut sejak kali pertama berjumpa..... sehingga acapkali mengulangi ungkapan yang bunyinya macam gertakan "Kajian PhD memanglah susah…. abis kalau senang bukan PhD namanya !”

Abis apa jawapan ko?

Aku jawab dgn ringkas… ada beza antara SUSAH dan MENYUSAHKAN !

Tu jer jawapan ko? Sapa ko nak dibanding dengan Prof tu... yang dah expert dalam bidang tersebut?

Kenapa? Aku bercakap secara umum....utk maklumat semua peserta yang berada dalam dunia academia… dunia terbuka….maka Prof mestilah bersikap terbuka…. jangan hanya mahu memaksa idea sendiri sahaja... apatah lagi jika ada hidden agenda utk kepentingan diri... 


Itu Prof bro.... expert tu... ko jangan main2... ko tak takut ke?

Ini bukan soal takut.....ko tahu tak… sebagai contoh.....Prof. dalam bidang organic chemistry…. hanya tahu beberapa aspek dalam bidang organic chemistry jer…. malah pelajar PhD dalam bidang physical chemistry jauh lebih hebat pengetahuan physical chemistry berbanding dengan Prof organic chemistry tersebut…. malah aku lebih tahu bidang animasi dalam organic chemistry berbanding Prof dalam bidang organic chemistry, so what ? 


Dalam dunia akademia tiada istilah "Prof Serba Tahu" macam dalam majalah humour Gila-Gila yang pernah popular satu masa dulu.....dan tugas Prof yang "pakar" dalam dunia akademik adalah utk membimbing supaya yang susah dapat dipermudahkan...bukan sebaliknya

Yer ker?

Cer ko tanya Prof organic chemistry tentang teori animasi seperti Redundancy Principle atau Dual Coding Principle….yang aku guna dalam hasilkan animasi organic mechanism reaction…. kompom 
dia tok tahu seabok pung....sebagaimana aku jugak tak tahu seabuk pong bidang pengkhususan Prof tersebut dalam organic chemistry... jadi Prof hanya hebat dalam bidang yang dia kuasai… tetapi jgn ler sombong dalam memberi bimbingan…. kerana SUSAH dan MENYUSAHKAN adalah dua perkara berbeza.

Cer lah ko bagi rasional ko….jgn pandai nak komen jer ... skit2 nak komen...!


Marah nampak…. ginilah….. memang PhD berasaskan research…. dan membuat research bukanlah satu yang mudah kerana research adalah satu proses penyiasatan yang dilakukan secara sistematik dan saintific bagi menyelesaikan sesuatu isu / masalah / atau meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem... sehingga menghasilkan penyelesaian, menjana satu pengetahuan baru dalam dalam bidang yang dikaji. Ini dilakukan dgn rekabentuk kajian yang dipelajari dalam kelas Research Methodologi spt. rekabentuk eksperimen, survey, study case etc…. spt yang ko baca dalam buku Research Methodology dan yang belajar dalam kursus Research Methodology oleh Prof2 di IPTA....

Ketahuilah terdapat tiga tahap research dan yang paling mudah aku kategorikan bermula dengan basic (pure) research – applied research – R&D. Rekabentuk yang dipelajari dalam kelas research method hanya berkaitan dengan basic dan applied research…ada tak Prof ko ajar R&D? 


Kajian peringkat PhD secara umumnya bergerak sehingga ke tahap applied research sahaja, seperti membina model, mengkaji IV, DV, moderator dan mediator atau keperingkat aplikasi seperti ICT dalam pendidikan. 


Einstein, tak ada Prof pun, tetap sempoi...
Einstein telah menyangkal SV dia yang bertaraf Prof
dan berfahaman atheis dgn hujah fizik tentang
"the existence of GOD"

Kenapa kebanyakkan kajian PhD tidak sampai ketahap R&D. Kenapa?

Satu soalan yang baik. Ini kerana R&D lazimnya memerlukan sekumpulan pakar dan peruntukan yang besar dengan mengkaji sesuatu aplikasi baru yang khusus dengan unsur innovation. R&D juga melibatkan technology yang terkini sehingga ada kalanya melibatkan penghasilan patent kepada product yang terhasil. Yang pasti R&D melibatkan kerja2 pakar (dgn PhD....) yang creative dan selalunya didorong oleh tujuan mendapat keuntungan dan commercialization... dan lazimnya dibiayai oleh kerajaan atau gergasi dalam industri.

Kalau macam tu memanglah tak mampu dilakukan oleh pelajar PhD yang novice.

Bukan tak mampu tetapi belum tiba masanya..... sebab itulah kajian yang melampaui tahap applied sehingga berbentuk R&D bukan kajian mainstream untuk tahap PhD, kecualilah kajian tersebut disokong oleh badan yang berkaitan dengan penyelidikan spt MARDI dalam kajian pertanian atau NASA jika di US dalam bidang aerospace. Kajian di NASA contohnya menawarkan fellowship 

NASA-sponsored research dan pelajar yang berjaya adalah pelajar yang melalui selection giler2.... yang cemerlang dan mempunyai pengkhususan yang specific berkaitan aeronautics. Kajian selalunya berlaku dalam makmal yang dibiayai oleh NASA dgn segala keperluan disediakan. 

Jadi jika ada SV yang mengharapkan supervisee menjalankan kajian peringkat R&D dalam apa bidangpun seperti yang ditawarkan oleh MARDI dalam kajian pertanian mahupun NASA dalam aerospace.... bukan sahaja SUSAH tetapi MENYUSAHKAN jika tiada sokongan kemudahan yang infrastruktur dan financial yang tersedia sedangkan banyak lagi kajian applied yang masih boleh dijalankan. Tanpa sokongan dan environment spt yang ditawarkan oleh MARDI atau NASA…. kajian applied adalah memadai bagi peringkat PhD. 

Itu isolated case kot..

Isolated? .... Banyak bro... cuma terpendam sahaja....dan tak terdedah dimana2..... dalam satu kes yang lain, seorang calon PhD di minta buat kajian perbandingan sesuatu isu antara UK dan Australia !! Pelajar tersebut tak berupaya membantah sehingga mengikut sahaja cadangan SV walaupun pengajian beliau self-financed !!  Sehingga terkeluar perkataan dari calon tersebut kepada aku...."Saya dah ke UK dan Australia ... ambil course itu dan ini dan dah banyak duit abis sedang proposal masih belum settled....saya dah tak berupaya nak nangis lagi....". 

Apabila ditanya apa isu yang dikaji.... aku dapati dan berpendapat masih terlalu banyak ruang utk jalankan kajian dalam isu tersebut di Malaysia....tanpa perlu buat perbandingan dua negara luar !! Ini satu lagi kes MENYUSAHKAN.....maka "otak jahat" aku ni pun tak boleh elak dari "terfikir"..... maybe data kajian tersebut diperlukan oleh SV.... maka supervisee diminta buat kajian tersebut.... sound familiar?

Dalam kes lain...yang juga diceritakn sendiri oleh calon PhD yang buat kajian mengkaji effectiveness perisian komputer yang dibangunkan oleh SV dan teamnya. Perisian tersebut ada sedikit masalah dan perlu diperkemaskan. Setelah berhempas pulas beberapa semester .... maka terjumpalah akan beberapa kesalahan dalam perisian tersebut. Sangat memeranjatkan kerana SV dan teamnya tiba-tiba menghalang pelajar tersebut menulis artikel dan melaporkan hasil kajian tersebut kerana timbul persoalan imej ler pulak. Abis kalau dah tak boleh itu dan ini... pelajar tu nak buat apa? Maka pelajar tersebut terpaksa bertukar tajuk.....fuhhh.... boleh buat drama baru "Mr Arrogant... do you love me?"

Banyak lagi ker kisah spt di atas?

Ko agak? Apapun dalam semua kes.... banyak atau sikit....kesalahan akhirnya akan terpikul di batu jemala dan bahu pelajar..... SV tetap cam biasa sahaja sebab mereka ada ramai supervisee yang lain....yang ini pergi....yang lain datang silih berganti....

Kenapa ada SV macam tu?

Bukan semua macam tulah...... ramai Prof yang komited dan hebat dalam supervision.... berjaya lahirkan ramai PhD holder...cuma adalah yang masih tak perasan bahawa kedudukan yang dia ada sekarang bukan diperolehi dalam 3, 4 tahun sehingga dia mahukan hal yang sama berlaku kepada calon PhD yang novis....jadi..... bezakan antara SUSAH dan MENYUSAHKAN sedangkan bukan menjadi satu obligation pelajar PhD buat kajian peringkat R&D !! Moga kisah diatas jadi pengajaran ko sebagai bakal SV....

OT

Saturday, November 9, 2013

Kali ini ke HONG KONG....

Entry ini sekadar menyimpan pics aku di Hong Kong, menemani wife yang ada urusan di sana. Sambil itu, aku sempat melawat beberapa tempat menarik... sengaja aku tak nak promote di sini....dan jgn terperanjat jika anda tidak dilayan dgn mesra di HK....sebab itu aku lebih tertarik untuk bermain2 dgn lensa kamera aku....
















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...