Saya masih lagi memberi panduan penulisan literature review. Seringkali anda memetik ayat dari artikel dan ingin menulisnya dalam kajian anda sebagai sokongan. Bagi mengelakkan plagiarism, anda hanya perlu memahami idea yang disampaikan dalam petikan tersebut kemudian tuliskan idea tersebut semula dalam ayat anda sendiri, diikuti dengan sumber rujukannya. Ini dinamakan parafrasa (paraphrase).
Parafrasa adalah satu cara memetik ayat dari artikel dan mengubahnya dalam perkataaan sendiri. Oleh kerana ramai yang “lemah” dalam vocabulary…saya suka mencadangkan anda menggunakan fungsi Thesaurus bagi mencari perkataan seerti dengan perkataan dalam sumber asal rujukan anda dan menulisnya semula dengan ayat dan pemahaman anda sendiri bagi mengelakkan plagiat. Jadi isu “copy and paste” dapat dielakkan
Contoh petikan asal artikel oleh Mayer (2002):
The incorporation of animation in teaching science enhances meaningful learning and deep understanding.
Maka anda boleh memetik idea yang disampaikan dalam sumber tersebut bagi menyokong kajian anda dan menulisnya dalam tesis anda sebagai:
In other words, Mayer (2002) supported that the integration of animation improves deep learning in science education.
Perhatikan bahawa kedua-dua ayat tersebut kelihatan berbeza tetapi mempunyai idea yang sama iaitu “animation promotes learning science”. Penggunaan Thesaurus telah memberikan pilihan kepada anda menulis semula petikan dalam ayat anda sendiri dengan menggantikan perkataan berikut:
§ incorporation = integration
§ teaching = education
§ understanding = learning
§ enhance = improve / augment / increase / promote
No comments:
Post a Comment