.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 8, 2011

Tajuk 73: Ayat kabur (vague) dan ayat jelas.... anda mesti jelas !

Berikut beberapa contoh ayat kabur yang terlalu lazim dilakukan oleh pelajar dalam menulis tesis. Tesis adalah naskah ilmiah yang mesti JELAS maksud supaya tidak ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Berikut sekadar beberapa contoh dari ribuan kesalahan yang pelajar sering lakukan.


Kabur
Kajian lepas telah menggunakan pendekatan konstruktivis……
Jelas
Terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews (2006)  telah menggunakan pendekatan konstruktivis…..



Kabur
Teori X adalah teori yang terkini dalam pendidikan ….
Jelas
Teori X adalah teori dalam pendidikan yang dikemukakan pada tahun 2010....


Kabur
Kajian ini menggunakan pendekatan berasaskan komputer oleh KPM….
Jelas
Kajian ini menggunakan pendekatan pengajaran menggunakan perisian yang dibekalkan oleh KPM…


Kabur
Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan  kajian terdahulu.

Jelas
Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan  kajian dari aspek umur sampel yang dipilih..


Kabur
Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar. Ia bermakna…

Jelas
Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar. Peningkatan skor motivasi pelajar ini bermakna….


Kabur
Kita semua ketahui / Seperti yang kita semua lihat bahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh….

Jelas
Kajian oleh X dan Y (2003) menunjukkan bahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh….


Kabur
Kita mestilah mengambil kira faktor X dan Y dalam ….
Jelas
Faktor X dan Y adalah dua faktor utama yang diambil kira dalam …


Kabur
Penyelidik seperti X (2003) dan Y (2007) mendakwa bahawa…
Jelas
Dapatan dari kajian X (2003) dan Y (2007) menunjukkan bahawa….


Perhatikan bahawa ayat yang pertama seperti tergantung dan perlu diperjelaskan lagi. Semoga mendapat manfaat.
Dah jelas tak perlu diterangkan lagi


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...