.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 4, 2011

Tajuk 66 - Penentuan analisis statistik (Bhg 5)

Blog pun buat.. hobi zaman kanak-kanak terus layannn..
Penat juga menulis ni...... saya teruskan juga sebab nak bagi contoh lain.... tapi makin ringkas....isteri dah jeling2.... apsal laki aku ni asyik memblog jer..... tapi demi membantu anda... saya teruskan sikit lagi!

Contoh:
Katakan anda ingin mengetahui tahap motivasi pelajar sebelum dan selepas mengikuti kursus starting school. Ada ingin tahu samada kursus tersebut berkesan atau sebaliknya.

Persoalan:
Adakah terdapat perbezaan skor motivasi sebelum dan selepas pelajar menjalani kursus starting school?

Strategi:
Kajian ini adalah kajian perbandingan kumpulan dengan dua kali pengukuran yang melibatkan skor numerikal berskala interval. Kajian ini menguji keberkesanan kursus starting school. Analisis statistik yang sesuai adalah ujian-t sampel bersandar (sampel yang sama dengan pengukuran berulang sebelum dan selepas).

Contoh:

Objektif umum:
Katakan anda berminat untuk mengetahui adakah berat badan mempunyai kaitan dengan estem kendiri dalam kalangan pelajar siswazah.

Persoalan:
Adakah terdapat perhubungan berat badan dengan estem kendiri dalam kalangan pelajar siswazah?

Senario ini jelas menunjukkan kajian perkaitan atau perhubungan antara variabel. Oleh kerana kajian ini melibatkan variabel pada skala ratio (ukuran timbangan berat badan) dan interval (skor estem kendiri), maka anda perlu gunakan analisis korelasi Pearson r bagi mencari magnitud perkaitan antara berat badan dan estem kendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...