.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, November 28, 2011

Bengkel UTM-UKM-UPSI-USM-Uitm-UPM-Indonesia

Ini adalah bengkel penghujung 2011. Bengkel ini menemukan saya dengan bekas pelajar saya (25 tahun dulu) dan tak disangka turut dihadiri oleh 3 jejaka dari Indonesia dan gabungan peserta dari hampir semua IPTA....


Ingatan kepada semua:


"MENULIS TESIS BUKAN MUDAH....JGN PULA BUAT CARA YANG SUSAH"


Ringkasan komen peserta melalui email:




Komen 1:
"Saya sgt teruja mengikuti bengkel semalam kerana benar2 ingin tahu cara menulis LR yg berkesan. Sebelum ini saya sgt keliru mencari gap dan pengolahan ayat, tetapi setelah mengikuti bengkel, semuanya jelas...teknik 1file1thesis sgt mudah, cepat dan sistematik !"
(AA, 30.11.20110)



Komen2:
"Semua skill yg diajar dlm bengkel (semalam) fahamkan saya yang blur. . setelah gi bengkel barulah saya faham maksud komen SV....Panduan mencari gap dan mengolah ayat dari petikan jurnal sangat membantu, kalau tidak saya ikut sebijik2..."
(ML, Melaka, 30.11.2011)


Komen 3:
"First of all thank you for the sharing info...so benificial...kini, saya bersemangat hendak memulakan semula thesis yang agak lama saya tinggalkan...
(HA, 30.11.2011)




Komen 4: 
"... kalau saya ikut bengkel ini awal2 dahulu, saya yakin tesis saya lebih cepat siap...dahulu saya pernah belajar bagaimana menulis LR, tp bengkel semalam lebih berkesan….. saya juga memperoleh ilmu bagaimana mengajarkan doc map secara hands-on. 
(SR, 30.11.2011 - Peserta Indonesia)

Komen 5:
Doc Map bnyk membantu serta merupakan cara terbaik untuk mengorganize thesis dgn efektif dan selamat...amat berkesan bengkel ini...jika selama ini blurr dan pening kepala...InsyaALLAH after nie tidak lagi...Thanx




Pic bengkel bagi tatapan peserta........


Tugasan 1....bermula dengan serius....


Woo.... 10 minit kena buat outline LR.....


Emmm.... mana heading mana subheading ni?


Aku udah siap doc map...waduh... ganteng skali !


Menulis LR biarlah sistematik....dan comel
secomel penulisnya....


Intro dulu.... baru masuk point...bagi coherent...

Senyum.... makin petang.... zero draft ...makin jelas !!
Macam ni lah nak buat cross reference...
Peserta OTAI ...tip2 praktikal utk mereka yang "sibuk"
Pic kenangan diakhir bengkel bersama calon PhD UTM skudai 
Ceria dan tak sabar utk memulakan penulisan 
Bersama 3 peserta bengkel dari Indonesia....









Saturday, November 26, 2011

Bengkel di Uitm Kelantan

Sempena awal Muharram, saya berkesempatan mengisi bengkel di Uitm Kampus Kota Bharu. Inilah bengkel paling meriah dan sempoi.... sebab semua peserta relax.... wpun bengkel berjalan dari 8.15am hingga 7 pm !!


Terima kasih kepada sdr Zul yang jadi orng kuat membawa saya ke Kota Bharu. Juga terima kasih kepada Prof Madya Ust Zulkarnain Yusof , Timbalan Reaktor Uitm KB...yang memberi kata2 aluan dan semangat kepada peserta...


Malenyo hambo dibawok oleh kawe hambo di Chin Chum.... make steam-boat ala siye.... lepah make... steam sungguh !! Pah tu gi jale2 wakaf Che Yeh... uptown Kota Bharu... he he...


Pic kenangan bengkel.....



Bengkel memang sempoi dan BEST!! Tak terasa masa berlalu... dari pagi sampai gelap.. harap2 cerah masa depan saya nak buat PhD,, berkobar2 ni nak start zero draft.. TQ bagi ilmu yang jarang-jarang orang lain ajar.. (Ruzanifah)
Mek klate ni come2 blako.....

Aluan Pengerusi Majlis.......

Semangat sungguh......menyediakan document map hanya dalam 3 jam....

Saya kagum dengan semangat tidak mengenal usia staff / pelajar UiTM KB menimba ilmu hingga peringkat PhD

Klu lagu ni loh..... mudoh lah kito nok buak LR....


Group Task Session.....membuat outline LR
Abe sebeloh tu relex jer.....

Peserta paling manja.... suko tanyo soale...
Hok ni soale mek yang ko-44.....

Peserta paling ceria - do it right do it once !!


Individual session.....membuat paragraph coherent, consistent, concise dan clear 

Write while you read.... 
Type terus dalam zero draf
biar beribu2 perkataan..... PROGRESS !!
   
Di akhir bengkel...wajah2 yg penuh yakin bakal-bakal Dr.....

Org kuat yang membawa saya ke KB.....

Hok nilah uptown nite market KB....

OT
Renaissanse Hotel
KB

Friday, November 25, 2011

Tajuk 264: Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu?

Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu?
  
Sebaik sahaja aku ingin melabuhkan punggungku di atas kerusi empok…. Tiba-tiba hp Samsung S2 aku bordering dengan lagu Lamunan Terhenti

Apa lagi….kompom....lamunan aku terhenti seketika…..

Assalamualaikum bro…. boleh wa tanya satu soalan tak bro…

Pagi yang hening….. otak pentium IV aku ni tiba-tiba ingin diuji lagi.

Apa hal….. aper yang ko nak tanya…

Wa buat kajian korelasi dan regressi bro…hubungan IQ dan EQ…..boleh ke wa kata…..

If R2=0.60 (R square = 0.60), then 60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ..or 60% of the variance in IQ can be explained by the variation in EQ. R2 is the percent of the variance in IQ, explained by the EQ.

Perrfect…. Just perfect !!

Tapi bro…. wa masih confused ler… Lu kata dalam linear regression, kita tak boleh buktkan apa2 causation, abis apa maksud “60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ” …. Wa betul-betul tak faham….

Apa yang ko tak faham….

Jika dah 60% variance bagi IQ boleh “diterangkan” oleh variance dalam IQ…. Bukankah itu bukti adalah causal relation antara IQ dan EQ !!

Bukan ko jer yang tak faham…. Wa pun masa ikut kelas statisik dulupun tak faham….. bertahun2 tak faham…. Main tulis jer….

Macam tu ker bro..abis?

Belum abis lagilah….. lama-lama wa baca and baca….. bolehlah faham…

Apa yang ko faham bro…..masuk blog bro masuk blog… jangan tak masuk….bagi semua faham …


Nilai R2 (R square) atau dipanggil “coefficient of determination” membawa maksud “bila IQ berubah (variance ler tu) maka EQ juga berubah (variance jugak ler tu). Maka R2 membawa maksud IQ dan EQ sama2 berubah dalam satu bentuk atau corak yang sama atau sistematik dengan berkongsi 60% persamaan perubahan tersebut.  

Ini menunjukkan adanya hubungan (korelasi) antara corak perubahan IQ yang dapat dijelaskan sebanyak 60% oleh perubahan corak EQ. 40% lagi variance antara IQ dan EQ dijelaskan oleh faktor2 yang lain ler....Jika dalam gambarah venn boleh dilukis sebagai:




Jadi tak timbul persoalan IQ menyebabkan sesuatu kesan kepada EQ atau sebaliknya. Kedua2nya hanya berkongsi satu corak variance yang sama secara sistematik sebanyak 60 %.... itu sahaja.... jgn ko nak lebeh2 tafsir ler pula. Atau ko boleh faham  macam.....ada sebanyak 60% skor IQ meningkat, sama juga ada 60% skor EQ meningkat (bukan skor IQ yg menyebabkan skor EQ meningkat.....atau sebaliknya tapi masa2 meningkat......). Makin besar peratusan ini, makin kuat salah satu variable tersebut menjadi predictor kepada yang satu lagi....Ingat...kalau dah ada corak perubahan yang sama, bolehlah salah satu jadi peramal.....wa cakap lu.....peramal.. yang baik kepada yang satu lagi... bukan penyebab....

Macam tu ka bro…abis camana nak tahu samada IQ mempengaruhi EQ?

Kalau nak tahu perkara tersebut, lu kena buat kajian eksperimental....bagi mengetahui kesan IQ terhadap EQ. Jika sekadar kajian correlation / regression bukannya reka bentuk experiment….lu hanya mengetahui kekuatan dan arah hubungan antara kedua predictor tersebut...bukannya causal relationship!!

Barulah otak wa boleh faham……mekacih mekacih bro

Sama-sama.... wa nak siap ni... nak gi UiTM KB.... 

OT


Monday, November 21, 2011

TAJUK 263: APSAL KORANG TULIS p < .05 BUKAN p < 0.05 HAH?

Amacam bro.... tengok final bola SEA GAME tak ?


Wa sempat curi2 tengok bila pasukan Harimau Muda memenangi perlawanan akhir menentang Indonesia. Tapi wa tengok sambil menyiapkan buku wa yang kini di Bab 9..... one more Bab to go...


Tu macam ka? Apa lu mau komen?


Korang perasan tak sikap cool pasukan Malaysia..... boleh absorbed pressure walaupun ada impak maksima. Mereka struggle sungguh..... sampai ke minit akhir tak give up bro...


Emmm.... wa tabik spring.... toing 3x...


Tapi lu kena ikut semangat tersebut..... cool dalam menaip thesis, jgn give up..... sikit2 nak tidor jer....


No worries..... semangat Harimau Muda dah masuk dalam diri wa la...aummm


Wa nak tanya lu, perasan tak mengapa ada pernyataan seperti "....dengan nilai r = 0.55 pada p < .05, bermakna wujud korelasi yang kuat anda kedua-dua variabel"


Apsal bro.... biasa jer wa tengok.


Apsal diaorang tulis 0.55 then .05. Kenapa tak tulis kedua-dua 0.55 dan 0.05? Apsal satu ada "0" kat depan, satu lagi tak ada?


Emmm.... alamak gatal pulak kepala wa ni....


Tau tak?


Alamak bro..... diaorang tulis macam tu wa ikut jer.....tulis thesis ni kan ikut2an dan senggol2an.....dalam kelas statistik tak ada sapapun kisah benda2 kecik ni bro....benda ciput jer bro....


Cakap ler tak tahu.... nanti semasa VIVA lu jawap lah....  "Tak ade soalan lain ker Prof, takkan benda ciput tupun Prof tak tahu....!" Kalau U jadi pensyarah pulak then bila student tanya jawab lah "Tak ade soalan lain ker nak tanya....benda2 ciput tu korang fikirlah sendiri.....!"


OK..OK...OK...wa surrender..... kenapa hah tulis macam itu.... wa pun tak tau... he he


Cam ni bro....kita hanya abaikan "0" apabila menulis tentang signifikan. Nilai "0" sebelum decimal point memang tiada nilai seperti 0.002 atau 0.203. Tetapi kita tetap menulisnya sebagai 0.002 ataupun 2 x 103 (sepuluh kuasa tiga) kerana ini adalah data atau skor yang tiada kaitan dengan "signifikan".


Jika kita tulis tentang signifikan pulak seperti " Kajian ini menetapkan aras signifikan pada .05 atau .01" atau " Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada p < .05".... maka angka "0" di abaikan kerana angka ini "tidak signifikan" utk ditulis !! 


Sebagai kesimpulan..... hanya penulisan angka berkaitan "signifikan" sahaja seperti p > .01 atau aras signifikan .05 (significant level .01) kita abaikan penulisan "0" sebelum decimal point kerana nilai ini tidak signifikan utk ditulis.... bertepatan dengan maksud "signifikan" yang kita cuba jelaskan seperti p < .05.....bagi membezakan dengan data atau skor.  


Tu macam ka bro..... apsal wa tak tahu......


Apa kata U try and test tanya SV u.....!


Jadi jgn anggap perkara sekecil ini "tidak signifikan" utk diketahui..... sebab antara sisihan piawai = 0.5 dengan p < .05 ada perbezaan makna yang signifikan....


Namum begitu bro.....


Ada lagi ker?


Dalam sosial science byk mahzab atau school of tought. Masing2 ada stail sendiri.... konon2nya seperti juga penulisan citation style UKM, UM.... tak nak ikut orang lain katanya... Ada yang tulis juga p < 0.05 sebab dari segi nilai memang .05 = 0.05, sama jer. Jadi yang penting lu consistent.... dan ikut lah amalan biasa dalam mahzab yang u kaji... jgn kejap p < 0.05 kejap p < .05 tu yang tak boleh...Begitulah adanya.....


Pic kenangan di hadapan salah satu "Pokok Signifikan" .... yang terdapat di hadapan University of South Australia, UNISA...




OT

Wednesday, November 16, 2011

TAJUK 262: Betul ke 'No Gap No PhD'?

Tak betul....

TAJUK 261: MENCARI GAP ?

Gap Hunter - Latihan praktikal utk pencarian GAP !

Ini definisi 'gap' aka kelompongan atau lompang. Ini bukan definisi aku, tapi itulah yang di PowerPoint kan saban kemasukan PG baru.

1. missing elements
2. flaw / fault / imperfection
3. inconsistency
4. not adequately answer the research questions
5. under studied
6. inconclusive
7. area that never been done before

Jika ada diminta mencari gap, sukacita dicadangkan, anda berlatih dahulu mencari gap dari definisi di atas dalam semua artikel supervisory committee anda dahulu kerana...
a. bidang anda tentunya tidak banyak berbeza dengan bidang mereka
b. mudah nak justify kenampakkan kelompongan kerana merekalah yang tahu kajian2 mereka sendiri
c. tak banyak masa terbuang kerana anda akan dipandu untuk mencari gap dengan betul

Tentunya lebih bertuah PG yang sering diingatkan 'No Gap No PhD' kerana boleh dibimbing secara direct termasuk membuat SLR dalam menghasilkan knowledge gap spt 'inconsistency' atau 'inconclusive' atau wujudnya 'missing elements' dari artikel2 supervisory committee anda. Moga berjaya.

Selamat berpuasa...




OT




1 share

A brief proposal example for my class, EDU5900

Entry ini khusus untuk pelajar saya bagi kursus EDU5900. Berikut adalah contoh draf awal bagi satu proposal yang anda perlu siapkan untuk dihantar pada minggu 11 (30 Nov 2011). 


  • Sediakan dalam 1000 perkataan
  • 1.5 spacing
  • Font arial
  • Cover: Orange color A4 paper

Contoh:

Title:

Profiling performance indicators: Encouraging secondary school students to learn science effectively.

Introduction
Malaysia’s vision to become a developed nation by the year 2020 has placed science and technology as important subjects to excel in. This is especially so since science and technology are often perceived as fundamental forces behind economic development in industrialized countries (Loo, 1997). Reports on performance in science learning, especially those that highlighted students’ lack of interest as well as declining ability to do science ( Lee, 2001) sparked much concern about the ability to achieve the targetted goals.  This is further exacerbated by the fact that enrolment in the sciences as compared to the art  stream at higher secondary level is less than the expected 60:40 percent ratio.

Research statement
Although there were researches examining factors that influence science learning in Malaysia, the studies were not comprehensive. Among the aspects investigated include language influence on students’ understanding (Nabilah, 2006); problems with translating and analyzing text, pictures, charts and diagrams (T. Subahan, 1996; Yee, 1998); difficulty arising from complexity of terminology and its ideological or technological nature (Mohd Zakaria, 1992); inability to apply process skills (Mohammad Najib, 1999; Zurida, 1998) and failure to classify, synthesize and evaluate information (MOE, 2001). However the above mentioned studies were comprehensive enough to cover the affect, language and cognitive determinants of science learning.

This study is an attempt to outline the profile of performance indicators that students need in order to succeed in science learning;  learners who possess the language and cognitive ability as well as the right attitude towards science learning would be almost certain to be able to perform well in their science subjects. It is believed that identification of student-related (internal) variables to some extend would certainly help educators and parents to improve on aspects that individual students are weak in.  For instance, an understanding of how students attribute failure and inability to perform well in science subjects will be helpful for teachers when trying to motivate their students. It has been previously shown that students do become demotivated and lost interest in a subject when they attribute poor (science) performance to internal locus of control when in fact the source of difficulty is elsewhere (see Hicks & Nabilah, 1998).

In short, improved performance of Malaysian school children in their science subject can only happen if science teachers are able to identify indicators that will allow students to perform well, or variables that serve as hinderence, to effective learning. Only through profiling of their science performance indicators would specific teaching approach be employed, learning strategies be taught or other personal inadequacies be confronted and overcomed. For that reason, it is timely that science performance indicators are identified and a psychometrically sound inventory to assess and predict science learning outcome is developed.

Objectives
The study aims to:
§   explore the profile of students in relation to their cognitive ability,  English language proficiency and attitude toward science learning,
§   identify other factors that influence the students ability to do science,
§   examine the relationships between the cognitive development, English language proficiency and attitude towards the students ability to do science, and
§  develop an instrument (inventory) that will help predict and simultaneously assess students’ ability to do science

Research questions
Based on the above research objectives, the following research questions were posed:
§    What are the factors that influence students’ ability to do science?
§    What are the relationships between and among the  cognitive, language and attitude factors identified above?
§    How do they influence students’ ability to do science?

Hypotheses
It is also hypothesized that:
§  there is a significant relationship between student’s ability to do science with their cognitive ability, English language proficiency and attitude toward science.
§  there is a significant relationship between the students’ cognitive ability and the ability to do science.
§  there is a significant relationship between the proficiency in English language of students with different level of achievements  and the ability to do science.
§  there is a significant relationship between the attitude of students with different level of achievements  and the ability to do science.


Methodology
Research Design :
This research uses both qualitative and quantitative approaches of data collection,  to identfy and describe variables that influence the ability of lower secondary school students to perform well academically in science subject. In addition to examining the students’ English language proficiency and general attitude towards learning science, two cognitive factors – working memory capacity and field-dependent/independent ability - identified as aptitude indicators for learning science will also be measured.

Population and Sampling :
The population of this study will be all Form Four students in Selangor and Klang Valley. For the purpose of the research, the schools will be divided into two – rural dan urban schools. The sample of the study will later be selected using a stratified systematic cluster random sampling (of high and low achievers) from urban dan rural areas. It is anticipated that approximately 600 students will be involved in the study.

Research instruments :
This research will use a questionnaire to obtain the students’ demographic profile and to examine their attitude and motivation towards learning science. Specific (paper-and-pencil) tests to measure working memory capacity and field-dependent/independent ability will be administered as well. Students’ language proficiency and their academic achievement level will be assessed either based on the their PMR performances or via an interview.


Bibliography




OT


Tuesday, November 15, 2011

BENGKEL UPSI + UTM SKUDAI + UKM

Berikut adalah bengkel document map gabungan pelajar UTM Skudai + UPSI + UKM. Tak sempat nak komen apa2..... baru sempat masukkan pic utk kenangan bersama....


Kalau ada yang tak masuk dalam blog ni.... mesti NINE yang tak pandai ambil pic.... 



NINE - "OK mak cik2 dan pak cik2...... jgn pandang camera..."

One good paragraph is the key for a good LR
Email from Nina: 
Tkasih kongsi tips2 berguna semasa bengkel....


Focus.... analyze ideas to synthesize...

Concentrate....make a critical review is not that hard...

Non-stop..... just drop every relevant idea in your doc map......


Almost done....3 chapters in 3 hours !!

Emmmm..... bersama aweks Skudai yang datang dari jauh
utk menimba sedikit ilmu..

Semangat yang perlu dicontohi.....




Juga berkongsi berita gembira anak saya mendapat Mumtaz keseluruhan (7A) termasuk PAFA dalam PSRA yang diumumkan semasa bengkel berlansung semalam.... dan 5A UPSR 






Tahniah Salis....


Relex jap:
Wife: "I drove your car...there was trouble with your car. It has water in the carburetor"
Hubby: "You dont even know what carburetor is. Thats radiculous"
Wife: "I know... because your car was in the swimming pool.."


OT

Friday, November 11, 2011

Tajuk 260: DISCUSSION OF FINDING YANG MANTAP!


Sebagaimana LR, penulisan FINDINGS dan DISCUSSION juga perlu diketahui asasnya. Saya dah “bincang” panjang lebar juga tajuk ini….. sila buka entry yang lepas....tapi ingin mengetatkan lagi mana-mana yang masih longgar.

Semasa anda menulis LR, anda masih seorang novice, kerana pengalaman anda masih baru dan ciput, walaupun dalam aspek kajian anda sendiri. Namun selepas anda mengupas secara krtitikal, dan merangkumi pelbagai aspek…. Anda sepatutnya telah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam “apa yang anda kaji”. Setelah menjalankan operasi mengumpul data dan mendapat hasilnya, anda telahpun “memiliki” satu kajian anda sendiri. Memiliki bermakna andalah yang tahu selok belok kajian anda. Dari pengetahuan yang ciput, kini bekembang dengan data yang anda perolehi dan makluman yang lebih mendalam. Anda telah mula meninggalkan status novice kepada amateur.


Korelasi ini menghasilkan zahinothman@gmail.com....

Bagaimana anda menyusun findings anda? Findings adalah jawapan kepada persoalan kajian. Jika anda ada 10 persoalan kajian dan / atau 10 hipotesis, anda perlu menyusunnya mengikut persoalan kajian anda. Anda boleh bermula dengan memberikan descriptive of your data…. diikuti dengan dapatan mengikut persoalan kajian.

Mulakan dengan teks diikuti dengan jadual bagi memudahkan pembaca meneliti dapatan anda.

Nasihat saya:

(i)  jangan melaporkan dapatan melangkaui had sempadan yang diukur oleh kekuatan analisis statistic anda.

(ii) jangan laporkan SEMUA output SPSS anda….. ambil yang relevan dengan persoalan kajian sahaja. Jika anda perlu laporkan juga…. Letakkan output asal SPSS dibahagian apendiks.

Contoh 1:

The duration of exposure to fertilizer X had a pronounced effect on cumulative seed germination percentages (Figure 2). Seeds exposed to fertilizer X treatment had the highest cumulative germination (84%), 1.25 times that the seeds that exposed to fertilizer Y.

Ini sahaja…. Jangan memandai2 nak interpret apa2 melebihi maklumat diskriptif yang anda perolehi.....

Contoh2:

Jadual 13.3 menunjukkan korelasi (hubungan) yang kuat antara IQ dengan Pencapaian pada nilai r =  0.70, maka nilai koefisien bagi r2 = 0.49. Nilai ini menunjukkan 49% varians dalam Pencapaian  boleh dijelaskan oleh varians IQ.


Table 13.3 shows that the strong correlation (relationship) between IQ and Performance at r = 0.70, and the coefficient of r2 = 0.49. This indicates that 49% of the variance in Performance can be explained by the variance in IQ.

Ingat... sebesar mana sekalipun nilai r dan r2.... korelasi ini hanya merujuk kepada hubungan variance kedua2 variables bukannnya hubungan kesan dan akibat, iaitu satu variable mempengaruhi variable yang satu lagi...


Kemudian setelah ada findings.... dan laporkan.........pada bab discussion of findings…… anda berubah status dari amateur anda kepada expert. Anda perlu kembangkan dapatan anda berdasarkan logical reasoning anda. Jelaskan mengapa fenomena IQ dan Performance ini menunjukkan korelasi atau perhubungan yang kuat berdasarkan theoretical framework kajian anda. Jika framework anda JELAS dan dibincangkan dengan baik dalam LR, maka mudah bagi anda membincangkan apa yang anda jangka dari dapatan kajian anda. 

Perbincangan ini bukan lagi berdasarkan urutan persoalan kajian tetapi lebih menyeluruh. Walaupun anda hanya membuat korelasi, namun dapatan2 yang lain patut menyokong nilai korelasi yang anda perolehi, bagi membuka peluang untuk anda membuat penjelasan yang mendalam apa yang anda telah perolehi. 


Contohnya, dalam analisis yang lain (ANOVA 2 x 2), anda dapati hanya kumpulan lelaki dengan IQ tinggi berbeza dengan kumpulan perempuan dengan IQ tinggi tapi tidak dengan kumpulan IQ rendah, maka anda jelaskan juga kaitannya dengan korelasi yang anda perolehi, sehingga dapatan kajian anda “benar-benar menyengat” dan memberikan sesuatu kepada pengetahuan sedia ada. 

Dalam erti kata lain, anda perlu mendemonstrasi apa yang anda tahu berkaitan kajian ini dan tonjolkan sumbangannya kepada pengetahuan sedia ada. Sila baca entry yang sama yang saya tulis sebelum ini dan perhatikan contih yang saya berikan.  

Secara mudah, setelah selepas mengumpul data dan mendapat findings, anda berubah status menjadi pakar...!! Jgn tak tahu ni.. VIVA adalah proses mengiktiraf kepakaran anda.....

Maka semasa membuat perbincangan dapatan kajian… berbincanglah dengan yakin sebagaimana seorang pakar…… dengan:

(i) berikan sedikit maklumat dalam pendahuluan pengetahuan sedia ada berkaitan kajian anda

(ii) reinforce dapatan anda yang telah menyumbang sesuatu dalam bidang yang sama.... GAGAL melakukan ini, sama seperti anda membuat kajian yang TAK LAKU.

(iii) sekiranya ada tidak mempunyai dapatan yang berbeza sekalipun, reinforce keunikan kajian anda berbanding  kajian2 terdahulu walaupun menggunakan analisis dan method yang sama,  at least variable yang dipilih berbeza, maka bincangkan keunikan ini sehingga kajian anda masih menyumbang sesuatu yang unik walaupun bukan sesuatu yang baru.

(iv) gabungkan dapatan2 anda yang tidak berapa “menjadi” dan yang "menjadi" sehingga dapat memberikan “satu jalan cerita” yang lebih bermakna dari hanya membincangkan satu persatu secara terasing.

(v) bincanglah sedalam2 dan semahu2nya jika dapatan anda memang menunjukkan sesuatu yang baru dan berbeza tanpa rasa malu2 atau bersalah takut itu dan ini yang ntah apa2….

(vi) sekiranya dapatan anda “semacam” sahaja dengan dapatan2 kajian lepas, anda masih boleh bincangkan dengan mengambil pengetahuan terkini yang anda tahu dari LR anda utk mengupas secara yang lebih segar….. dengan menambah penjelasan2 dan PEMAHAMAN YANG BARU yang tiada dalam kajian2 lepas.

(vii)  ingat….. angka2 yang anda dapat tidak akan memberi apa2 makna, termasuklah keputusan yang signifikan (pembolehubah< 0.05) kalau anda tak interpret dan gabungkan kesemuanya untuk memberi makna yang lebih mendalam…..

(vii) bincanglah secara koherens dan bersepadu, supaya tertonjol kepakaran anda dan perbincangan anda akan lebih dihargai….dengan menunjukkan perkaitan antara semua dapatan sehingga konseptual framework anda betul2 memberikan makna dalam menyumbang kepada sesuatu yang baru.

(viii) tidak ada istilah dapatan yang negative setelah anda jalankan kajian dengan baik dan teliti…. So laporkan dapatan ini dan jangan cuba sembunyikannya…..

(ix) dapatan kajian2 lepas boleh digunakan sekiranya dapat menyokong dan membantu memberikan penjelasan yang lebih mantap kepada dapatan anda, tetapi UTAMAKAN dan HIGHLIGHT kan dapatan kajian anda.


(x) kalau anda asyik mengulangi apa yang anda tulis dalam bab dapatan kajian, dan anda sendiri boring dan tak rasa menarik apa yang anda tulis dalam bab perbincangan...... bayangkan pembaca yang lain.... itu tandanya anda tidak berjaya menghasilkan perbincangan data yang mantap dan baik.....

Jangan ler tulis cam yang selalu ditulis dalam tesis pelajar seperti:

Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Ali (2008)…..” kerana pernyataan ini menunjukkan lemahnya dapatan anda kerana perlu disokong oleh kajian yang dah lama….

Tulislah macam…

”Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat…… dapat  mengembangkan lagi idea berkaitan dengan….. seperti mana yang dikemukan oleh Ali (2007) dan Robert (2009)…..”. Ini bermakna dapatan Ali (2007) dan Robert (2009) adalah asas dan dapatan anda telah menambah dan kembangkan lagi dapatan tersebut.......


Intepretasi data perlu merujuk kepada memperkukuh dan menjustifykan kerangka konseptual anda serta disokong oleh teori..... "Dapatan ini mengesahkan hubungan antara X dan Y seperti dalam Rajah 23 kerangka konseptual kajian. Nilai korelasi yang tinggi (r = 0.70) ini adalah satu indikator bahawa......Hubungan ini menguatkan lagi teori multimedia oleh Mayer (2003) kerana ......


Perhatikan bahawa perbincangan anda menunjukkan kepakaran anda mengolah dapatan anda sehingga terserlah sumbangan kajian anda samada menguatkan teori.... menambah maklumat.....memberi petunjuk baru.... dll...


Indikator sayang abang kepada adik....muuuuaahhh !!




BYE-BYE

OT

Tajuk 259: Critical Review dan keciputan ilmu anda !

The 'critical' review of LR….

Jam menujukkan pukul 1.05 am. Wife dah lama dibuai mimpi. Saya berada di Hotel Selesa PD, kerana menemani wife berbengkel di sini. Seharian dok melayan anak-anak…. Now masa untuk menulis.


If you think Im cute ... (perasan)
you should see my dad... below.... (lagi critical .. he he)

Saya gembira kerana tulisan saya  tentang critical review (dan discussion of findings) telah mendapat banyak respons. Saya ingin buat sikit rumusan dari perspektif pelajar siswazah berkaitan hal ini. Saya memang sekali sekala perlu berada diposisi anda dan cuba memberi penerangan semudah mungkin dari perspektif anda. 

Saya sejak dulu berpendapat, pelajar siswazah sebagai penyelidik berstatus pelajar, yang membuat kajian sebagai memenuhi pra-syarat mendapat ijazah…. belum “layak” berada dalam posisi mencari dan mengkritik  "kelemahan" kajian yang telah established yg diterbitkan dalam journal setelah artikel tesebut melalui proses review yang ketat.


Malah ramai yang tidak perasanpun, artikel yang cuba dikritik adalah artikel ditulis oleh pakar yg dah established dalam bidang kajian tersebut....yang dah tulis ratusan artikel......silap haribulan, author tersebut dilantik jadi examiner thesis anda..... tak ker naya!! Kes ini berlaku pada saya, apabila Prof Treagust (sifu chemistry education) dilantik oleh University of Adelaide sebagai pemeriksa thesis saya.... tetapi saya gunakan artikel2 beliau utk mantapkan LR saya, bukan sebaliknya..... 
Santai jalan-jalan di Port Dickson.... 

Habis, apa sebenarnya maksud critical review? Saya dah jalankan aktiviti ini dalam bengkel saya. Peserta bengkel saya telahpun mendapat penjelasan dan melakukan latihan. Biar saya jelaskan pada pembaca blog pula.

Maksud saya anda belum layak mengkritik kelemahan berdasarkan “pengetahuan” dan “pengalaman” anda sendiri (kerana anda masih lagi dianggap kecetekan dan keciputan pengetahuan anda dalam bidang yang baru anda ingin kaji). Anda sendiri tunggang langgang nak memahami teori yang berkaitan kajian anda, inikan pula nak kritik artikel yang mungkin ditulis oleh mereka yang telah menyumbang lebih dahulu kepada teori yang anda sedang kaji tapi anda masih blurrr lagi.......(baca tak faham2...). Namun selepas berjaya menyiapkan LR yang mantap, anda berubah menjadi seseorang yang lebih knowledgeable....



Ini logic saya. Anda masih perlu mengkritik dalam LR anda. Sama seperti idea "critical and creative thinking"....... anda bersikap critical dengan maksud membina sesuatu yang kreatif dan lebih baik dari yang sebelumnya, bukan menghentam begitu sahaja. Fokus anda kepada artikel anda, mengurangkan kelemahannya, berdasarkan artikel2 lepas yang anda baca... 


Oleh itu, maksud kritik atau critical review dari sudut pandangan saya adalah:

(i) tidak menulis seperti ringkasan kajian secara diskriptif sahaja… kerana anda tidak perlu kritis utk membuat demikian...

Contohnya:
According to Subra (2007)….. ....
Then as stated by Simon (2008)…. 
This is supported by Kurt (2009)......
At the same time Willian (2007) added that…..  
Additionally Lim (2007) suggested that......
Finally Maria and Smith (2011) mentioned that..... 
Therefore.....

(ii) menganalisis semua artikel2 yang relevan dan mensintesiskan semula bagi menyokong dan menguatkan “thesis statement” atau kepentingan kajian anda dijalankan sambil memasukkan suara dan pemikiran anda sendiri….ini yang penting !! Paling penting, mensintesis akan mengelakkan LR anda kelihatan seperti ringkasan2 kajian lepas yang tidak jelas perkaitannya antara satu sama lain, termasuk kaitannya dengan kajian anda sendiri. Mensintesis akan memberi ruang kepada suara dan pemikiran anda di “masuk”kan dalam LR. 


(iii) jika perlu, gunakan kritikan oleh pakar dalam artikel yang established (bukan anda yang kritik) terhadap sesuatu isu, atau kelemahan dalam artikel yang lain, bertujuan menyokong keperluan dan relevansinya kajian anda. Analisis artikel sifu2 dalam bidang kajian anda, dan sintesis artikel sifu2 ini secara kritis bagi memperkokohkan kajian anda. Jika dalam bidang pembelajaran multimedia, Mayer adalah salah seorang sifu semasa yang tersohor....

Contohnya:
(Kajian anda berkaitan dengan pembinaan koswer pendidikan Sains dengan aplikasi penyelesaian masalah....)

Unsur permainan dalam pembinaan koswer pendidikan seperti dalam pengajaran sains telah mula praktikkan bagi menjadikan aktiviti pembelajaran dengan koswer satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dapatan beberapa kajian lepas telah menunjukkan koswer dengan unsur permainan lebih berkesan berbanding dengan koswer yang hanya berasaskan kepada isi kandungan sepenuhnya (lihat Albert, 2009 & Brown, 2101). Walau bagaimanapun, kebanyakkan kajian yang telah dijalankan (contoh Albert, 2009; Crown, 2009 & Freddy, 2010) hanya memberikan fokus kepada aspek cabaran dan interaksi secara multimedia dalam pembinaan koswer pendidikan. Mayer (2006) telah menegaskan keperluan mengambilkira teori beban kognitif dalam persembahan multimedia pendidikan termasuklah koswer yang mempunyai unsur permainan. Tanpa mengambilkira teori beban kognitif, pembinaan koswer tidak akan menyumbang kepada kemahiran pemikiran tahap tinggi. Tambahan, penguasaan kemahiran berfikir tahap tinggi seperti kemahiran penyelesaian masalah adalah satu keperluan dalam kurikulum pengajaran Sains sekolah menengah (PPK, 2009).

Ada juga author yang dah established mengkritik kajian lain seperti  tidak mengambil kira statistical power dalam penentuan sampel saiz atau yang mengkritik kajian yang tidak menguji assumption ujian statistic (spt kenormalan data), maka anda menjadikan krtikan ini sebagai hujah menguatkan kajian anda kerana anda telah  mengambilkira kedua2 aspek tersebut. 


Contoh:
The parametric statistical tests mentioned in this study required assumptions for conducting a particular hypotheses-testing procedure. As stressed by Shavelson (2004), parametric tests measure an interval scale such as scores by individuals, must be tested for normality distribution in the population. Therefore, in this study, the assumption of normality was tested using the Shapiro-Wilk test. 
OT
Hotel Selesa
1.37 am
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...