Saya amat takut membincangkan tajuk ini kerana ianya satu kesalahan dalam dunia akademik. Pernah sekali saya menyemak artikel yang saya tulis dengan perisian turnitin dan saya dapati ada satu ayat yang saya copy and paste dari internet untuk saya baca tetapi akhirnya saya terlupa dan saya tidak buat apa2 dengan ayat tersebut. Nasib baik saya dapat detect dan delete dari artikel saya. Dalam zaman copy and paste ini, banyak terjadi hal2 begini.
Plagiat telah diberikan berbagai tafsiran. Berikut adalah antara tafsiran yang menepati keperluan pelajar siswazah. Anytaranya:
- memetik sebarang idea orang lain yang specific (bukan idea umum) yang anda sedari dan ditulis semula seolah-olah idea anda sendiri wpun anda tidak tahu sumbernya.
- menggunakan semula sumber bercetak mahupun digital sedia ada seperti gambar, jadual, klip video, illlustrasi, jadual statistik seperti milik anda tanpa dinyatakan sumbernya
- menghantar satu artikel yang sama kepada dua penerbitan yang berbeza
- menghantar dua tugasan yang sama kepada dua kursus yang berbeza
No comments:
Post a Comment