.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 4, 2011

Tajuk 65: Kisah 2 - Salah statistik kajian anda "GOING DOWN THE DRAIN" !

Ini kisah tahun 2009 ketika saya bersama isteri mengikuti konvensyen di Pulau Pinang. Dalam satu pembentangan, ada seorang peserta dari sebuah kolej universiti membentangkan kajiannya. Peserta tersebut datang bersama penyelia beliau, seorang Professor dan diperkenalkan kepada hadirin. Mereka kelihatan rapat.

Saya dengar dengan penuh minat pembentangan tersebut. Namun dihujung pembentangan saya perasan ada yang tidak kena dengan pemilihan t-test dan cara sampling dilakukan. Dalam sesi soal jawab......saya ambil peluang bertanya dan mencadangkan analisis statistik yang betul.... namun peserta tersebut kelihatan terganggu dengan soalan dan cadangan saya. Beliau sepatutnya jalankan t-test for independent samples bukannya t-test for dependent sample. Beliau kena uji juga Levene's test, tapi itu tidak berlaku. Jika analisis statistik salah maka saya teringat kata2 Prof Othman Mohamed, tentulah kajian tersebut "GOING INTO THE DRAIN". Tapi OK lah....saya berpendapat peserta tersebut hanya membentang prosiding... boleh dibaiki penulian  tersebut  kemudian.

Semasa sesi minum, saya didatangi oleh seorang peserta lain yang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada pembentang tadi yang mengatakan bahawa, kawannya PANIC semasa saya bertanyakan soalan dan menjelaskan kesilapan analisis statistik kajian tersebut.... kerana data yang dibentangkan tadi sebenarnya adalah data dan analisis tesis master kawannya itu yang telahpun dihantar dan dah selesai viva pun !! Emmm...

Phew......... nak buat camno....saya terus sahaja menghabiskan pulut panggang  ditangan sambil menjeling isteri yang kelihatan berseri2 lebih dari biasa.... maklumlah anak2 tak ikut..dok pulak di Batu Feringgi.

Baby Nine....lahir 9 bulan selepas konvensyen...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...