.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 2, 2011

Tajuk 52 - Berapa sampel bagi kajian kualitatif?



Berapa ramai sample yang perlu diambil bagi satu kajian kualitatif? Kajian kualitatif dijalankan bagi tujuan meneroka sesuatu fenomena dengan mendalam. Katakan anda ingin mengkaji kes "Kejayaan pelajar terbaik SPM". 


Pertama anda perlu tahu siapakan focus group anda. Bagi kes ini, focus group anda adalah pelajar terbaik SPM. Maka anda mulakan temuduga anda bagi mengetahui segala aspek yang anda fikirkan dapat memberikan gambaran yang jelas bagaimana responden boleh berjaya berbanding dengan pelajar lain. Anda akan memperbaiki kaedah dan soalan temuduga anda dengan pengalaman yang anda perolehi dari temuduga sampel terdahulu. Ini bagi memastikan anda menyediakan soalan yang lebih komprehensif dan mendalam. Anda boleh teruskan temuduga anda sehinggalah anda mencapai “saturation point” atau “takat tepu”. 


Takat tepu ini adalah takat hypothetical yang anda dapati tiada sebarang maklumat baru yang anda terokai dari jawapan responden. Katakan setelah anda temuduga 6 pelajar terbaik, kesemua mereka memberikan jawapan disekitar peranan ibu bapa, guru, kelas tuisyen dan teknik menjawab soalan….. anda boleh jangkakan bahawa responden  seterusnya juga akan memberikan jawapan yang hampir sama. Ini bermakna anda telah capai takat ini,  maka banyak itulah sample anda…. Ya... 6 orang sahaja !
Kalau ambil dia ni sebagai sampel, anda akan dapat data EXTREME

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...